Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Semua....
Dah lama saya tak ke teratak Duniaku @ My World ni rasanya dah 28 hari sejak entri saya yang terakhir pada 24 Disember tahun lalu. Macam tak percaya kita kini di tahun baru 2012. Alhamdulillah impian saya pada tahun 2011 telahpun terlaksana iaitu impian untuk berumahtangga. Iya perkahwinan saya telahpun berlangsung dengan selamat dan lancar pada 25 Disember 2011. Syukur alhamdulillah tak terhingga rasa syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya maka segala perancangan perkahwinan saya akhirnya dimeterai dengan sempurna. Dan sekarang saya telahpun bergelar ISTERI dan sangat bahagia dengan kehidupan baru saya bersama suami dan keluarga mertua.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga mertua dan saudara mara suami saya diatas segala bantuan dan persiapan yang dilakukan untuk majlis berbedak, majlis bernikah dan majlis bersanding kami. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang luas dan rahmatNya kepada kalian semua amin amin ya rabbil alamin.
Untuk tatapan bersama saya sertakan disini gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan saya. Kadang-kadang dengan berbuat begini apabila ada kelapangan saya sendiri akan membaca semula entri-entri saya dan melihat kembali gambar-gambar yang disertakan. Banyak kebaikannya pada diri sendiri agar saya tidak lupa pada masa-masa yang indah dan membahagiakan jika saya berada dalam kesedihan. Semoga emosi saya tidak akan dapat mengalahkan kesabaran dan ketabahan saya.
No comments:
Post a Comment