Friday, March 29, 2013

International Women's Club (B)....23rd Year Anniversary

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 

Sambutan ulangtahun yang ke-23 tahun penubuhan International Women's Club (B) telah diadakan pada 28 Mei 2011 bertempat di Berkshire Hall Royal Brunei Polo & Riding Club Jerudong, Negara Brunei Darussalam bertemakan 'Celebrating Cultural Diversity'. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh wakil-wakil dari negara luar seperti Malaysia, Filipina, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia, India, USA, UAE dan Negara Brunei Darussalam sendiri sebagai penganjur.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk persembahan tarian kebudayaan, nyanyian, sketsa dan lawak jenaka. Menariknya, wakil-wakil dari setiap negara juga masing-masing membuat persembahan. Tetamu yang hadir pada malam itu juga begitu sporting bersama-sama memberikan sokongan pada wakil-wakil yang membuat persembahan, mengiringi lagu-lagu persembahan dengan tarian joget, cha cha cha dan twist. Gambar di bawah ini adalah sebahagian daripada persembahan yang dipertontonkan pada malam tersebut.

Pengalaman berkenalan dan bertukar-tukar cerita dengan pelbagai tetamu pada malam itu memberikan satu pengajaran yang cukup bermakna pada saya. Selain bertukar-tukar pendapat, saya juga berpeluang melihat variasi kebudayaan negara lain termasuk cara pertuturan dan ideologi masyarakat mereka secara tidak langsung. Pada pendapat saya komunikasi merupakan wadah yang sangat penting untuk kita mempelajari sesuatu. Walaupun berbeza budaya, adat resam, agama, bahasa dan sosiologi tetapi asalkan kita mampu berkomunikasi dengan cara yang betul pasti kita akan dapat berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat.





No comments:

Post a Comment