Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...
Hari ni saya nak menulis tentang perkahwinan adik kesayangan saya. Kalau pembaca masih ingat saya pernah menulis tentang adik saya dalam entri saya sebelum ini. Ya adik saya tu sudahpun berkahwin pada 5 Febuari 2012 yang lalu. Majlis perkahwinannya diadakan di rumah pengantin lelaki dalam suasana yang cukup meriah dan menghiburkan. Macam tak percaya adik bungsu saya tu dah jadi isteri orang. Bukannya apa pada saya adik saya tu is always like a baby macam adik kecil yang selalu perlu dijaga. Berat rasanya hati hendak melepaskan satu-satunya adik perempuan yang saya ada. Lagipun antara kami there is a strong bond sebab masa adik masih bayi dahulu sayalah yang menjaga dia kerana emak sakit. Saya memang sangat sayangkan adik bungsu saya ni. Bukan saya saja bah kan seluruh keluarga sangat menyayangi dan memanjakan dia. Saya terharu sangat melihat dia bersanding duduk di atas pelamin sebagai ratu sehari tapi airmata saya tak tumpah saya tahan sedalam-dalamnya. Biarlah kesedihan itu larut di dalam hati saja dan hanya kegembiraan yang terpancar di ruang mata saya merestui perkahwinan adik saya dan sama-sama berbahagia untuk kehidupan barunya sebagai isteri dan menantu. Walaupun selepas ini kami jarang dapat berjumpa, walaupun selepas ini kami akan jarang mengadu nasib tetapi saya akan tetap memberi sokongan padanya dalam apapun keadaan. I will always love her as a baby. She is indeed my baby sister.
Hmmm...terbawa-bawa pula saya ni dengan emosi kan huhuuu. Sebenarnya saya nak bercerita tentang majlis perkahwinan adik saya tu. Memang ramai tetamu yang hadir terutama disebelah keluarga suami dia. Sebanyak 5 persalinan dipakai oleh kedua-dua pengantin pada hari itu dimana acara bermula seawal jam 11 pagi apabila kedua-dua mempelai tiba di rumah pengantin lelaki setelah berkonvoi lebih kurang 45 minit dari kediaman pengantin wanita di Kg. Kebayau Telipok. Ada lebih kurang 20 buah kereta berkonvoi termasuk keluarga pengantin perempuan dan geng-geng pengantin lelaki dari SBC (Sabah BLM Community). Yang paling menarik adalah persembahan tarian Pakiring dari keluarga pengantin lelaki. Memang sangat menghiburkan dan mengasyikkan. Begitu juga persembahan nyanyian yang merdu dan memukau jiwa huhuuu. Saya ni kalau sebut pasal menyanyi memang hilang kewarasan sekejap hahahaa sekejap saja 1 saat pun tak sampai LOL. Tapi memang sangat meriah dan kemeriahaan itu diraikan sehingga ke malam dimana pengantin mengenakan persalinan baju adat pada akhir acara sekitar jam 9 malam. Fuhhh bayangkan betapa penatnya kedua pengantin yang duduk bersanding dan mengayakan pakaian-pakaian khas dari pagi hingga ke malam. Solute pada adik dan suami yang begitu bertenaga dan sporting memberi peluang kepada jurugambar-jurugambar mengambil gambar-gambar yang vouge....kelassss gitu!
OKlah...banyak lagi sebenarnya kalau nak dijadikan ceritera tapi saya nak cepat ni ada kerja sikit so saya berhenti setakat ini saja. Apapun disini saya sertakan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan adik saya tu untuk tatapan bersama. Subhanallah adik saya memang tersangat cantik dimajlis itu macam puteri pun ada macam Barbie pun ada. Semoga adik saya berbahagia disamping suami yang tercinta dan seterusnya beroleh cahayamata yang comel-comel, cantik-cantik seperti dia. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap jejak langkahnya dan semoga jodohnya berkekalan hingga ke hujung nyawa...amin amin ya rabbil alamin.
No comments:
Post a Comment