Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ni 16 Disember 2011....tinggal 7 hari lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Bermacam-macam perasaan sekarang ni. Yang paling ketara ialah berdebar-debar. Sampaikan saya susah untuk tidur malam. Kadang-kadang terbangun tengah malam. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi hehehe. Sebenarnya saya memang gembira dan rasa bahagia kerana akhirnya saya akan mendirikan rumahtangga bersama calon suami yang saya pilih sendiri. Walaupun perkenalan kami tidak lama tetapi saya telah bersedia untuk menerima dia seadanya dan bersedia mengharungi kehidupan bersamanya. Cuma kadang-kadang saya risau juga memikirkan masa depan. Biasalah kita manusia tak pernah lepas dari memikirkan dan membayangkan hal-hal yang belum berlaku. Lagi pun di zaman ini kebanyakan orang tidak lagi menghargai kasih sayang dan terlalu mudah berubah. Manusia begitu mudah terpengaruh dengan hasutan orang dan propaganda yang belum tentu benar juga budaya yang merosakkan. Saya selalu merasa takut kalau selepas berkahwin kasih sayang akan pudar dan hilang. Saya bimbang perasaan pasangan saya akan berubah dan saya takut dipinggirkan. Mungkin kebanyakan wanita pun mempunyai ketakutan seperti ini tetapi bila difikirkan sampai bila saya harus takut? Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semuanya ditentukan Allah jadi kenapa perlu takut bila Allah telahpun menentukan segalanya untuk kita. Yang paling penting adalah keberanian dan usaha kerana nasib kita tidak akan berubah melainkan kita sendiri berusaha merubahnya...Insyaallah dengan izin Allah yang maha berkuasa rumahtangga kita akan dilimpahkan dengan rahmat kebahagiaan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa...amin amin ya rabbil alamin.
Ya Allah berkatilah majlis perkahwinan ku nanti. Permudahkanlah segalanya Ya Allah. Limpahkanlah rumahtangga kami nanti dengan rahmatMu Ya Allah. Semoga aku mampu menjadi seorang isteri yang baik dan taat. Semoga aku dapat memperbaiki diri. Semoga aku dapat membantu suamiku nanti membina keluarga yang beriman, yang beramal, yang harmoni, yang sejahtera, yang bahagia hingga ke syurga....AMIN
No comments:
Post a Comment