Friday, March 29, 2013

Duniaku

Duniaku pada mataku
adalah bumi dan lautan yang tak terjangkau
adalah embun dan pawana yang tak tergenggam
juga cakerawala yang tak mampu difahami
dunia yang hampir difikiranku namun terlalu jauh dari anganku
dunia yang hijau dan biru tapi kadang-kadang hitam dan merah
aku melihatnya seperti melihat kelibatku sendiri
kadang-kadang aku suka
kadang-kadang aku benci
kadang-kadang aku marah
kadang-kadangpun aku bingung

Duniaku pada mataku mungkin belum cukup besar
tapi intinya selalu saja buat aku gusar
bukan kerana aku belum cukup matang
tetapi kerana aku masih selalu was-was dan bimbang
bagiku duniaku sentiasa dipenuhi kebimbangan
meskipun aku didalam ketenangan