My Own Recipe - For ATKINS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum

Welcome to MY PAGE....My Own Recipe. Resipi-resipi dalam page ni semuanya ilham diri sendiri dan tak ada copy@tiru@plagiat dari mana-mana sumber tapi sekiranya ada yang hampir-hampir sama atau kebetulan sama; itu bermakna kebetulan yang tak dijangka atau pelanduk dua serupa atau memang begitu takdirnya hahaha. BUT serious...ini adalah hasil imaginasi aku sendiri. Kalau ada yang tersama here and there jangan pula saman aku (muka serius & sedih) hehehe. Memasak ni kan lebih kurang saja...bahan-bahanpun pusing-pusing itu-itu sahaja more or less the same tinggal lagi cara kita menggunakan dan pengolahan resipi itu sendiri. Chewahhh macam si banar...macamlah expert sangat puiiii!!! hahahaa OK OK...malas nak cakap banyak. Sesiapa yang nak cuba, nak copypaste, nak test try resipi ni silakan. Untuk makluman ini adalah resipi yang sesuai untuk diet ATKINS....mentang-mentanglah aku tengah berdiet Atkins........macam promolah pula! Kebanyakan resipi dalam ni resipi terjun (on the spot)/first time masak so prosesnya agak 'samar bayangan' cos try & error huhuhu....jangan marah haaa.

Resipi Ayam Grilled 2 Benua

Bahan-Bahan (Benua 1):
1. Ayam
2. Serai (tumbuk kasar)
3. Halia (tumbuk kasar)
4. Kunyit Hidup (tumbuk kasar)
5. Bawang merah (tumbuk kasar)
6. Bawang putih (cincang kasar)
7. Garam & serbuk perasa
8. Cili Padi/Serbuk cili - Jika suka
Caranya: lumurkan semua bahan pada ayam dan perap semalaman

Bahan-Bahan (Benua 2):
1. Serbuk kari daging
2. Yogurt
3. Daun kari - Jika suka 

Cara Masak:

1. Ayam dari Benua 1 direbus tanpa air menggunakan kuali/periuk tak lekat (non-stick)...jangan risau nanti ayam ni akan berair dgn sendiri hehehe magic
2. Angkat dan toskan bila sdh separuh masak
3. Bahan2 Benua 2 - serbuk kari bancuh dgn air panas lalu campurkan yogurt kemudian sapukan pada ayam tadi dan silakan grill/panggang
4. Yang suka daun kari boleh dicarik halus dan tabur 2-3 minit sebelum keluarkan ayam 2 benua dari oven
5. Ok siap....sukatan ikut citarasa masing2...kepanasan ovenpun terpulang yg penting masak. Aku sekejap2 tukar kadang 180c...200c...sekejap api atas bawah....sekejap api bawah sahaja hahaha.


Tadhaaaa dah siappun....nyum nyum yummy

Resipi Grilled Ginger Salmon Blackpepper

Bahan-Bahan:

1. Ikan Salmon
2. Halia (tumbuk dan ambil airnya sahaja)
3. Bawang putih (cincang halus)
4. Lada hitam biji (tumbuk kasar)
5. Yogurt
6. Garam dan serbuk perasa

Cara Masak:

Lumur semua bahan pada ikan dan perap semalaman. Esoknya grill@panggang...Hidangkan bersama perahan lemon.

Resipi Telur Kukus ala2 Cup Cake

Bahan-bahan:
1. Telur
2. Sosej (potong kecil2)
3. Carrot (potong halus)
4. Bawang merah (cincang halus)
5. Bawang putih (cincang halus)
6. Daun bawang (potong kecil2)
7. Yogurt
8. Sedikit Soda Bikarbonat
9. Cili padi (potong halus)
10. Garam/serbuk perasa

Cara Masak:

Pecahkan telur dan campurkan semua bahan lalu diputar hingga kembang dan seimbang. Masukkan ke dalam bekas dan kukus 10 - 20 minit. Kalau nampak adunan tu sudah naik kembang dan masak tak payah tunggu lama-lama; boleh keluarkan dan NGAAPPP! nyum nyum yummy


Resipi Sotong Sumbat

Bahan-bahan:

1. Sotong - Bersihkan dan toskan (kepala sotong diasingkan)
2. Isi ayam / udang / kentang dan apa saja yang anda suka (potong kecil2) 
***(makanan dalam tin pun boleh tuna, sardine, etc) - Tapi yang sedang Atkins tu better guna bahan-bahan yang fresh sahaja
3. Kacang Panjang / Kacang Buncis (potong kecil2)
4. Carrot (lobak merah) (potong kecil2)
5. Cili padi (potong kecil2)
6. Bawang merah (cincang halus)
7. Bawang putih (cincang halus)
8. Sedikit Kiub ayam
9. Serbuk kunyit
10. Garam dan serbuk perasa
10. Pencungkil gigi (jangan guna yang dah dipakai....jangan jadi pengotor) hahaha

Cara Masak:

1. Perap sotong dengan garam (termasuk kepala sotong), serbuk perasa dan kunyit. Biarkan seketika.
2. Tumis semua bahan sumbat dengan sedikit minyak dan perasakan. Ketepikan dan biar sejuk
3. Setelah sejuk sumbatkan ke dalam sotong
4. Masukkan kepala sotong tadi di permukaan dan cucukkan dengan pencungkil gigi untuk menutupnya
5. Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan sehingga masak
6. Sedia dihidangkan...makan panas-panas dengan nasi sangat menyelerakan (pada yang sedang Atkins NO RICE please). Kalau suka boleh dipasangkan dengan cicah kicap (bubuh limau, cili api fuuhh meletop). Beware...kicap TAK SESUAI pada yang berdiet Atkins so forget about it hehehe

  
Resipi Sup Udang Pedas

Bahan-bahan:

1. Udang  - Bersihkan dan buang kulitnya (tinggalkan kulit dihujung)
2. Serai - diketuk
3. Bawang merah - diketuk
4. Bawang putih - diketuk
5. Cili padi - Ditumbuk kasar
6. Asam aur-aur /asam keeping/asam jawa
7. Garam dan serbuk perasa

Cara Masak:

1. Didihkan air
2. Masukkan bahan 2 - 6
3. Masukkan udang dan asam aur-aur/asam keeping/asam jawa
4. Perasakan dengan garam dan tutup api bila udang masak


Resipi Kerabu Peria Tomato

Bahan-bahan:

1. Peria  - Buangkan bahagian tengahnya dan potong-potong nipis
2. Tomato - Buangkan bahagian tengahnya dan potong kecil2
3. Bawang merah - dicincang halus
5. Cili padi - Dipotong kecil2
6. Sedikit Limau Kasturi/Cuka
7. Garam

Cara Membuatnya:

1. Perapkan peria dengan garam semalaman (atau beberapa jam pun boleh)
2. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati
3. Sedia dihidangkan



Resipi Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-bahan:

1. Ikan (jenis ikan terpulang) - Bersihkan dan potong mengikut suka (toskan)
2. Tomato - Dibelah 4
3. Bawang merah - dipotong nipis
4. Bawang putih - dipotong nipis
5. Serbuk Kari (Aku suka jenama Babas)
6. Air Asam Jawa
7. Daun Kari
7. Garam/Serbuk Perasa

Cara Masak:

1. Bancuh serbuk kari dengan air panas dan kacau sebati
2. Tumis bahan 3 & 4 sehingga bertukar kekuningan lalu masukkan daun kari
3. Masukkan pula serbuk kari dan tumis sehingga pekat (kecilkan api)
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam/serbuk perasa
5. Tambahkan sedikit air biarkan mendidih dan masukkan tomato
6. Setelah tomato separuh masak masukkan ikan dan biarkan mendidih/sehingga ikan masak


Resipi Sawi Tumis Udang Pedas

Bahan-bahan:

1. Sayur sawi - cuci bersih, potong2 dan toskan
2. Udang - Dibuang kulit dan toskan
3. Bawang merah - dipotong nipis
4. Bawang putih - dipotong nipis
5. Lada Padi - dipotong kecil
6. Garam

Cara Masak:

1. Tumis bahan 3 & 4 dengan sedikit minyak hingga naik wangi
2. Masukkan lada padi
3. Masukkan udang dan perasakan dengan sedikit garam
4. Masukkan sedikit air biarkan mendidih
5. Masukkan sayur sawi dan didihkan lagi seketika....Siap!


Resipi Ayam Rebus Halia

Bahan-bahan:

1. Ayam - Recommended Bahagian Kepak/Sayap
2. Halia - ditumbuk kasar
3. Bawang putih - ditumbuk kasar/cincang kasar
4. Garam

Cara Masak:

1. Lumurkan kesemua bahan pada ayam dan perap semalamam
2. Esoknya rebus menggunakan kuali non-stick tanpa minyak dan tanpa air
3. Masakan ini akan berair dengan sendiri. Rebus sehingga air kering. Sesekali tambahkan air sedikit jika terlalu kering dan balik-balikkan ayam supaya tidak hangus
4. Resipi ini sangat mudah dan simple tetapi rasanya sangat sedap dan menyihatkan


Resipi Daging Panggang Halia dan Brokoli Panggang Yogurt

Bahan-bahan (Untuk Daging):

1. Daging (topside/knuckle) - dipotong lebar dan nipis
2. Halia - ditumbuk lumat
3. Bawang putih - ditumbuk lumat
4. Sedikit serbuk kunyit
5. Garam

Bahan-Bahan (Untuk Brokoli) - Gaulkan dengan semua bahan dibawah dan biar seketika
1. Brokoli
2. Yogurt
3. Garam

Cara Masak:

1. Lumur semua bahan pada daging dan perap semalaman
2. Esoknya panggang dalam ketuhar dengan suhu 180c-200c selama 30-40 minit menggunakan api atas bawah
3. Sesekali periksa daging dan balik-balikkan supaya tidak terlalu kering. Boleh tuangkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Lima minit terakhir masukkan brokoli
5. Setelah masak, keluarkan daging dari ketuhar dan potong seperti didalam gambar berikut.


Resipi Sos Lada Hitam (Tanpa Butter Tanpa Tepung)

Bahan-bahan:

1. Serbuk Lada Hitam
2. Tomato
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Sedikit halia
6. Yogurt
7. Sedikit minyak masak
7. Garam

Cara Masak:

1. Blender hancur bahan 1 - 7 dan simpan semalaman didalam peti sejuk
2. Esoknya tumis menggunakan kuali non-stick, tambahkan sedikit air, perasakan dengan garam dan masak sehingga pekat.


Daging Panggang Pedas & Brokoli + Baby Asparagus Kukus
(Makan dengan Sos Lada Hitam - Resipi di Atas)

Bahan-bahan (Untuk Daging):

1. Daging (topside/knuckle) - dipotong lebar dan nipis
2. Bawang putih - ditumbuk lumat
4. Lada padi - dicincang halus
5. Sedikit Yogurt
6. Garam

Bahan-Bahan (Untuk Brokoli) - Perap dengan semua bahan dan simpan dipeti sejuk semalaman
1. Brokoli
2. Baby Asparagus
3. Yogurt
4. Garam

Cara Masak:

1. Lumur semua bahan pada daging dan perap semalaman
2. Esoknya panggang dalam ketuhar dengan suhu 180c-200c selama 30-40 minit menggunakan api atas bawah
3. Sesekali periksa daging dan balik-balikkan supaya tidak terlalu kering
4. 10 minit terakhir sapukan sos lada hitam pada daging
5. Sementara menunggu daging masak, kukuskan brokoli dan baby asparagus selama 10 minit
6. Setelah masak, keluarkan daging dari ketuhar dan potong seperti didalam gambar berikut.
7. Hidangkan daging dan brokoli berasingan dan makan dengan sos lada hitam.



Salmon Banjir

Bahan-bahan:

1. Ikan Salmon
2. Yogurt
3. Garam
4. Sos Lada Hitam (Resipi di Atas)

Cara Masak:

1. Perap salmon dengan yogurt dan garam. Simpan dipeti sejuk semalaman.
2. Esoknya masak menggunakan microwave selama 5-8 minit
3. Banjirkan dengan sos lada hitam




No comments:

Post a Comment