Friday, March 29, 2013

24-12-2011

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ini 24 Disember 2011...bermulanya detik-detik bersejarah yang paling bermakna dalam kehidupan saya. Insyaallah pada sebelah malam nanti, upacara berbedak akan dilakukan selepas solat Isyak. Tetapi hari ini saya masih bekerja. Nasib baik half day. Mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Semalam saya ke rumah bakal suami melihat persiapan di sana sambil membantu apa yang patut. Ada perasaan sayu di dalam hati saya kerana keluarga dari KK tidak dapat datang disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Mujurlah ada mak, bapa dan adik bungsu saya. Tapi apapun keluarga bakal suami saya begitu mengambil berat tentang majlis ini dan bergotong-royong menyediakan segala keperluan/kelengkapan. Pada saya apa yang penting adalah majlis berjalan dengan lancar dan tetamu yang datang mendapat layanan sebaik mungkin. Saya tidak memikirkan sangat tentang kesempurnaan persandingan. Apa yang paling penting pada saya Ijab & Qabul. Cukuplah jika saya kelihatan paling cantik di hati suami. Kerana melalui pandangan mata memang terlalu ramai wanita-wanita yang lebih cantik di luar sana. Jadi tidak perlu paling cantik di mata suami yang penting paling cantik di dalam hatinya dan paling cantik di dalam fikirannya.

Dengan izin Allah, esoknya upacara pernikahan dan persandingan akan berlangsung. Semoga bakal suami saya dipermudahkan menjalani sesi pernikahan. Semoga juga tetamu-tetamu yang hadir akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami. Doa yang baik-baik...itulah yang paling saya harapkan. Saya tidak kisah, tidak malu, tidak tersinggung dan tidak akan melatah sekiranya ada komen-komen buruk terhadap apa-apa jua keadaan dalam majlis perkahwinan saya nanti. Bagi saya setiap manusia mempunyai persepsi, pemikiran, percakapan dan tabiat masing-masing. Prinsip saya menghormati orang lain walau apapun keadaan mereka tertakluk pada budi bicara kita sendiri. Memahami dan menerima keadaan, teguran, komen, pendapat dan hinaan tidak akan menjatuhkan nama baik kita sebagai manusia. Sebaliknya dengan berhati lapang dan fikiran yang terbuka akan menaikkan lagi martabat kita. Jadi saya hanya akan bersikap 'Open'....selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa. Doa saya...semoga Allah permudahkan segalanya...semoga perkahwinan saya diiringi dengan doa yang baik-baik.Amin......

Doakan saya yaa...doakan kebahagiaan rumahtangga saya agar kekal selamanya hingga ke syurga...Terima Kasih Semua.

No comments:

Post a Comment