Friday, March 29, 2013

Adik Kesayanganku


Ini adik kesayangan saya...adik bungsu...comel kan?
Dia ni lahir 11 tahun selepas saya. Waktu tu kami memang tak menjangka emak akan mengandung lagi sebab menurut doktor emak sudah tak boleh mengandung. Tapi Allah itu maha berkuasa dengan izin-Nya emak saya mengandung lagi di usia lewat 40-an. Banyak keistimewaan dalam kelahiran adik bungsu saya ni. Dia ni dilahirkan bersendirian oleh emak saya tanpa doktor, bidan atau sesiapapun di sisinya. Waktu itu saya masih di sekolah rendah. Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila balik dari sekolah terdengar suara bayi menangis di rumah. Rupa-rupanya emak saya telah bersalin dengan sendirinya. Kemudian saya memanggil datuk untuk melihat emak. Datuk telah memotong tali pusat adik menggunakan buluh. Setelah bidan datang tali pusat adik dipotong sekali lagi kerana dikhuatiri buluh tadi mengandungi kuman. Sejak adik masih bayi lagi hubungan kami sangat rapat kerana sayalah yang menjaga adik ketika emak sakit disebabkan komplikasi mengandung lewat usia. Walau bagaimanapun alhamdulillah akhirnya emak saya sembuh dan adik saya ni pun membesar dengan sihat...menjadi budak yang pintar ketika kecil dan membesar menjadi anak gadis yang cantik dan menawan. Adik saya ni seorang yang kreatif dan serba boleh. Dia pandai melukis dan berbakat dalam bidang kecantikan. Sekarang dia sudah 22 tahun dan sudahpun bertunang....Insyaallah tak lama lagi dalam tahun 2012 akan naik pelamin. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kegembiraan dan kebahagiaan buat adik saya. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya...Amin.

No comments:

Post a Comment