Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Brunei Edutainment Wonderland sedang berlangsung ketika ini bermula dari 9 Disember hingga 31 Disember 2011 bertempat di tempat letak kereta (belakang) Hotel RiverView. Baru-baru ini saya telah membawa keluarga melawat ke sana. Ada banyak tarikan yang boleh dilawati seperti Winter Village, House of Horror (Rumah Hantu), Underwater World, Pyramid Maze, Rumah Ular dan macam-macam lagi. Bayaran masuk pun tidak terlalu mahal cuma B$6.00 seorang untuk membolehkan pelawat memasuki semua wonderland (rumah-rumah buatan). Manakala untuk masuk ke rumah ular pula pengunjung dikehendaki membayar B$3.00 seorang.

Yang ini rumah ular....ada bermacam-macam jenis ular. Memanglah takut dan geli kalau tengok tapi bila dah pegang ular tu rasa lembut dan perasaan takutpun beransur-ansur hilang hehehehe.
Yang ini pula Winter Wonderland...sangat-sangatlah cute :D
Kemudian kami masuk ke Rumah Hantu pula...jeng jeng jeng ada kisah lucu tapi buat kesian juga. Masa dalam Rumah Hantu tu kami sangkakan hantu buatan/patung tapi rupa-rupanya orang memakai topeng hantu. Terkejut mama dan bapa saya bila disergah oleh hantu tu hahahahaaa lucunya masa tu tapi saya kesian juga pada mereka. Kan orang tua ni tak boleh terlalu terkejut nanti sakit dada. Tapi alhamdulillah mereka baik-baik saja dan tak ada perkara buruk yang berlaku.
Selepas Rumah Hantu, kami memasuki Underwater World. Macam-macam spesies hidupan laut buatan yang ada. Saya sangat teruja kerana ikan merupakan haiwan kesukaan saya :D
Sebelum balik kami sempat mengunjungi Pyramid Maze (Rumah Piramid) yang sangat unik. Kesian mak saya dia sampai pening sebab jalan didalam Rumah Piramid ni sangat mengelirukan. Adik saya memimpin tangan mak manakala bapa saya dipimpin oleh cinta hati saya, Yusri. Saya pula jadi photographer jak sebab tu lah gambar saya tak ada dalam ni kesian saya kan...kan kan kan hehehe. Alhamdulillah kami selamat keluar dari kekeliruan yang memeningkan itu hahahaha.
No comments:
Post a Comment