Friday, March 29, 2013

Majlis Kesyukuran Dan Sambut Menantu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...

Wah sudah lama rasanya saya tak update entri di blog ni. Kalau refer catatan terakhir sekitar bulan Febuari yang lalu. Maklumlah saya agak sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai isteri. Alhamdulillah kehidupan saya bahagia disamping suami dan keluarga mertua cuma kadang-kadang teringatkan keluarga di kampung lebih-lebih lagi memikirkan kedua ibu bapa yang semakin tua dan sering sakit-sakit.

Hari ni saya nak menulis tentang Majlis Kesyukuran Dan Sambut Menantu yang diadakan pada 9 Jun 2012 di kampung saya Kg. Kebayau Telipok Kota Kinabalu Sabah. Majlis ini adalah untuk meraikan perkahwinan saya dan adik saya dan diadakan serentak. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar dan terima kasih kepada saudara mara yang hadir termasuk saudara mara sebelah suami dari Brunei yang sudi datang.

Di sini saya sertakan beberapa gambar sekitar majlis tersebut.  






My Lovely Sister's Wedding

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak menulis tentang perkahwinan adik kesayangan saya. Kalau pembaca masih ingat saya pernah menulis tentang adik saya dalam entri saya sebelum ini. Ya adik saya tu sudahpun berkahwin pada 5 Febuari 2012 yang lalu. Majlis perkahwinannya diadakan di rumah pengantin lelaki dalam suasana yang cukup meriah dan menghiburkan. Macam tak percaya adik bungsu saya tu dah jadi isteri orang. Bukannya apa pada saya adik saya tu is always like a baby macam adik kecil yang selalu perlu dijaga. Berat rasanya hati hendak melepaskan satu-satunya adik perempuan yang saya ada. Lagipun antara kami there is a strong bond sebab masa adik masih bayi dahulu sayalah yang menjaga dia kerana emak sakit. Saya memang sangat sayangkan adik bungsu saya ni. Bukan saya saja bah kan seluruh keluarga sangat menyayangi dan memanjakan dia. Saya terharu sangat melihat dia bersanding duduk di atas pelamin sebagai ratu sehari tapi airmata saya tak tumpah saya tahan sedalam-dalamnya. Biarlah kesedihan itu larut di dalam hati saja dan hanya kegembiraan yang terpancar di ruang mata saya merestui perkahwinan adik saya dan sama-sama berbahagia untuk kehidupan barunya sebagai isteri dan menantu. Walaupun selepas ini kami jarang dapat berjumpa, walaupun selepas ini kami akan jarang mengadu nasib tetapi saya akan tetap memberi sokongan padanya dalam apapun keadaan. I will always love her as a baby. She is indeed my baby sister.

Hmmm...terbawa-bawa pula saya ni dengan emosi kan huhuuu. Sebenarnya saya nak bercerita tentang majlis perkahwinan adik saya tu. Memang ramai tetamu yang hadir terutama disebelah keluarga suami dia. Sebanyak 5 persalinan dipakai oleh kedua-dua pengantin pada hari itu dimana acara bermula seawal jam 11 pagi apabila kedua-dua mempelai tiba di rumah pengantin lelaki setelah berkonvoi lebih kurang 45 minit dari kediaman pengantin wanita di Kg. Kebayau Telipok. Ada lebih kurang 20 buah kereta berkonvoi termasuk keluarga pengantin perempuan dan geng-geng pengantin lelaki dari SBC (Sabah BLM Community). Yang paling menarik adalah persembahan tarian Pakiring dari keluarga pengantin lelaki. Memang sangat menghiburkan dan mengasyikkan. Begitu juga persembahan nyanyian yang merdu dan memukau jiwa huhuuu. Saya ni kalau sebut pasal menyanyi memang hilang kewarasan sekejap hahahaa sekejap saja 1 saat pun tak sampai LOL. Tapi memang sangat meriah dan kemeriahaan itu diraikan sehingga ke malam dimana pengantin mengenakan persalinan baju adat pada akhir acara sekitar jam 9 malam. Fuhhh bayangkan betapa penatnya kedua pengantin yang duduk bersanding dan mengayakan pakaian-pakaian khas dari pagi hingga ke malam. Solute pada adik dan suami yang begitu bertenaga dan sporting memberi peluang kepada jurugambar-jurugambar mengambil gambar-gambar yang vouge....kelassss gitu!

OKlah...banyak lagi sebenarnya kalau nak dijadikan ceritera tapi saya nak cepat ni ada kerja sikit so saya berhenti setakat ini saja. Apapun disini saya sertakan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan adik saya tu untuk tatapan bersama. Subhanallah adik saya memang tersangat cantik dimajlis itu macam puteri pun ada macam Barbie pun ada. Semoga adik saya berbahagia disamping suami yang tercinta dan seterusnya beroleh cahayamata yang comel-comel, cantik-cantik seperti dia. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap jejak langkahnya dan semoga jodohnya berkekalan hingga ke hujung nyawa...amin amin ya rabbil alamin.



My Wedding @ Perkahwinanku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Semua....

Dah lama saya tak ke teratak Duniaku @ My World ni rasanya dah 28 hari sejak entri saya yang terakhir pada 24 Disember tahun lalu. Macam tak percaya kita kini di tahun baru 2012. Alhamdulillah impian saya pada tahun 2011 telahpun terlaksana iaitu impian untuk berumahtangga. Iya perkahwinan saya telahpun berlangsung dengan selamat dan lancar pada 25 Disember 2011. Syukur alhamdulillah tak terhingga rasa syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya maka segala perancangan perkahwinan saya akhirnya dimeterai dengan sempurna. Dan sekarang saya telahpun bergelar ISTERI dan sangat bahagia dengan kehidupan baru saya bersama suami dan keluarga mertua.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga mertua dan saudara mara suami saya diatas segala bantuan dan persiapan yang dilakukan untuk majlis berbedak, majlis bernikah dan majlis bersanding kami. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang luas dan rahmatNya kepada kalian semua amin amin ya rabbil alamin.

Untuk tatapan bersama saya sertakan disini gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan saya. Kadang-kadang dengan berbuat begini apabila ada kelapangan saya sendiri akan membaca semula entri-entri saya dan melihat kembali gambar-gambar yang disertakan. Banyak kebaikannya pada diri sendiri agar saya tidak lupa pada masa-masa yang indah dan membahagiakan jika saya berada dalam kesedihan. Semoga emosi saya tidak akan dapat mengalahkan kesabaran dan ketabahan saya.





24-12-2011

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ini 24 Disember 2011...bermulanya detik-detik bersejarah yang paling bermakna dalam kehidupan saya. Insyaallah pada sebelah malam nanti, upacara berbedak akan dilakukan selepas solat Isyak. Tetapi hari ini saya masih bekerja. Nasib baik half day. Mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Semalam saya ke rumah bakal suami melihat persiapan di sana sambil membantu apa yang patut. Ada perasaan sayu di dalam hati saya kerana keluarga dari KK tidak dapat datang disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Mujurlah ada mak, bapa dan adik bungsu saya. Tapi apapun keluarga bakal suami saya begitu mengambil berat tentang majlis ini dan bergotong-royong menyediakan segala keperluan/kelengkapan. Pada saya apa yang penting adalah majlis berjalan dengan lancar dan tetamu yang datang mendapat layanan sebaik mungkin. Saya tidak memikirkan sangat tentang kesempurnaan persandingan. Apa yang paling penting pada saya Ijab & Qabul. Cukuplah jika saya kelihatan paling cantik di hati suami. Kerana melalui pandangan mata memang terlalu ramai wanita-wanita yang lebih cantik di luar sana. Jadi tidak perlu paling cantik di mata suami yang penting paling cantik di dalam hatinya dan paling cantik di dalam fikirannya.

Dengan izin Allah, esoknya upacara pernikahan dan persandingan akan berlangsung. Semoga bakal suami saya dipermudahkan menjalani sesi pernikahan. Semoga juga tetamu-tetamu yang hadir akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami. Doa yang baik-baik...itulah yang paling saya harapkan. Saya tidak kisah, tidak malu, tidak tersinggung dan tidak akan melatah sekiranya ada komen-komen buruk terhadap apa-apa jua keadaan dalam majlis perkahwinan saya nanti. Bagi saya setiap manusia mempunyai persepsi, pemikiran, percakapan dan tabiat masing-masing. Prinsip saya menghormati orang lain walau apapun keadaan mereka tertakluk pada budi bicara kita sendiri. Memahami dan menerima keadaan, teguran, komen, pendapat dan hinaan tidak akan menjatuhkan nama baik kita sebagai manusia. Sebaliknya dengan berhati lapang dan fikiran yang terbuka akan menaikkan lagi martabat kita. Jadi saya hanya akan bersikap 'Open'....selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa. Doa saya...semoga Allah permudahkan segalanya...semoga perkahwinan saya diiringi dengan doa yang baik-baik.Amin......

Doakan saya yaa...doakan kebahagiaan rumahtangga saya agar kekal selamanya hingga ke syurga...Terima Kasih Semua.

3 Hari Saja Lagi...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
3 hari saja lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Semakin hampir detik itu semakin berdebar-debar dan banyak perkara yang saya fikirkan. Begitu juga banyak hal yang merisaukan saya. Bukannya saya tidak bersedia untuk bergelar isteri tetapi saya terlalu memikirkan tentang bagaimana kehidupan yang akan saya jalani selepas berkahwin. Banyak perubahan yang harus saya lakukan. Banyak pengorbanan yang harus saya relakan. Banyak pengertian yang harus saya semaikan. Selama ini apapun keputusan dalam hidup, saya tetapkan sendiri. Begitu juga dengan cara hidup, pergaulan, penampilan, penilaian dan pemikiran saya...semuanya atas kehendak dan cara saya sendiri. Tetapi bila sudah berkahwin nanti saya tidak boleh lagi hanya mengikut kehendak dan cara sendiri. Saya pun tidak boleh lagi menilai dan menghakimi sesuatu perkara hanya berdasarkan pemahaman dan kemahuan saya. Segala-galanya perlu dikongsi bersama suami. Susah senang, sihat sakit, perasaan, emosi bah kan cara berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah tidak lagi dapat dilakukan seorang diri. Apa sahaja yang saya lakukan adalah wajib untuk mendapat redha suami kerana syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami iaitu wajib mentaati suami selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum Islam.

Mampukah saya melakukannya? Inilah persoalan yang sering bermain di benak saya. Mampukah saya menjadi seorang isteri yang baik? Mampukah saya menjalankan tanggungjawab saya dengan baik? Mampukah saya membahagiakan suami saya? Mampukah saya membahagiakan keluarga mentua saya? Mampukah saya membahagiakan ibu bapa saya? Setelah berkahwin kehidupan kita akan dikelilingi oleh satu masyarakat. Satu masyarakat yang lain daripada masyarakat di luar sana. Iya masyarakat yang saya maksudkan di sini adalah masyarakat keluarga. Mengapa saya panggil ia masyarakat ialah kerana keluarga kita akan semakin berkembang apabila terjadinya perkahwinan. Jadi di dalam keluarga juga kita sudah hidup bermasyarakat. Oleh kerana itu pandangan kita hendaklah luas dan bukan hanya tertumpu pada diri sendiri dan suami. Setelah berkahwin tanggungjawab kita semakin meningkat dan bertambah dari masa ke semasa. Bukan hanya tanggungjawab pada suami, diri sendiri, anak-anak, keluarga mentua, ibu bapa, keluarga, saudara mara...begitu juga tanggungjawab kita terhadap agama, masyarakat, negara, bangsa dan alam ini secara keseluruhannya. Begitu besarnya tanggungjawab itu kerana setiap apapun langkah kita, keputusan kita, cara hidup kita selepas berkahwin...semuanya akan mempengaruhi kehidupan orang lain...semuanya akan mempengaruhi institusi kekeluargaan...semuanya akan mempengaruhi perkembangan Islam, masyarakat, negara, bangsa dan alam ini seluruhnya. Kerana selepas berkahwin kitalah yang akan melahirkan generasi muda yang bakal menerajui masa depan dan mencorakkan imej agama, masyarakat, negara, bangsa dan alam ini.

Disebabkan tanggungjawab sebeginilah saya seringkali dihantui fikiran-fikiran yang kadang-kadang membebankan minda. Perjalanan hidup kita sebagai manusia sememangnya telah tertulis di Loh Mahfuz. Kerana itu Rukun Iman yang ke-6 menyebut "Percaya pada Qada dan Qadar". Tetapi kita pun tidak boleh menyerahkan bulat-bulat pada takdir kerana sebelum berlaku Qadar akan berlaku Qada dahulu. Di sinilah kita diberi peluang untuk mengubah takdir itu dengan usaha dan doa kepada Allah S.W.T. Dalam hidup ini kita diberi terlalu banyak pilihan, terlalu banyak ruang, terlalu banyak masa, terlalu banyak kemudahan, terlalu banyak kekayaan, terlalu banyak kepandaian, terlalu banyak kekuatan, terlalu banyak kekuasaan sehinggakan semua yang terlalu banyak ini menjadikan kita manusia yang alpa, manusia yang lalai, manusia yang tamak, manusia yang bongkak, manusia yang ingkar, manusia yang jahil, manusia yang hilang perikemanusiaan, manusia yang bertopengkan syaitan. Kita lupa bahawa disebalik semua yang terlalu banyak itu tersembunyi lebih banyak kelemahan dan keburukan. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat Allah, tidak lupa diri, bersederhana, sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri, membangunkan diri sendiri dan keluarga ke arah pembangunan rohani dan bukan ilmiah semata-mata. Sama-sama membangkitkan semangat untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Semua inilah yang saya fikirkan. Selama 33 tahun saya hidup di muka bumi ini dengan tidak bertudung. Bila saya cuba melakukannya saya merasa rimas, panas, pening kepala dan seperti hendak pitam. Begitu juga dengan solat kadang-kadang ada yang tertinggal tetapi saya ambil ringan.Mampukah saya melakukannya dengan sempurna selepas berkahwin? Mampukah pula suami saya melakukannya? Mampukah kami berdua sama-sama berubah? Mampukah kami berdua sama-sama mengaplikasikan Ad-Din didalam rumahtangga kami? Mampukah kami ya Allah...hanya padaMu aku bermohon bukakanlah pintu hatiku dan pintu hati suamiku untuk sama-sama berubah. Jadikanlah kami suami dan isteri yang beriman dan beramal. Kurniakanlah kami dengan anak-anak yang sihat, anak-anak yang soleh dan solehah. Bantulah kami, bimbinglah kami, pimpinlah kami Ya Allah...binalah keteguhan peribadi kami, binalah kekuatan akal dan fikiran kami, peliharalah keimanan dan keyakinan kami, peliharalah amalan kami. Semoga rumahtangga kami dilimpahi dengan kasih sayang, aman damai, rukun dan bahagia hingga ke akhir hayat dengan rahmat dan restu Mu Ya Allah...Amin Amin Ya Rabbil Alamin.

Simple Japanese

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
BAHASA MELAYU/ENGLISH
NIHON-GO (JAPANESE)

1. UCAPAN HARIAN (DAILY EXPRESSION)

SELAMAT DATANG (WELCOME)

SELAMAT PAGI (GOOD MORNING)

SELAMAT TENGAHARI/PETANG (GOOD AFTERNOON/EVENING)

SELAMAT PETANG/MALAM (GOOD NIGHT)

SELAMAT TINGGAL (GOOD BYE) 

SELAMAT MALAM (IF GOING TO BED)

SAYA DAH BALIK (I’M BACK)

SELAMAT PULANG (WELCOME HOME)

APA KHABAR? (HOW ARE YOU)

TAHNIAH (CONGRATULATIONS)

JAGA DIRI (TAKE CARE OF YOURSELF)

SAMA-SAMA (YOU’RE WELCOME)

TUNGGU SEKEJAP (WAIT A MOMENT)

BERUSAHALAH (TO ENCOURAGE)

TERIMA KASIH BANYAK (THANK YOU VERY MUCH)

ULANG SEKALI LAGI (ONCE MORE, PLEASE)

AWAS! (LOOK OUT!)

SAYA MAHU MAKAN

OH BEGITU (I SEE)

SUDAH TENTU (SURE/CERTAINLY)

BETUL, SUNGGUH (REALLY, TRULLY)

SILAKAN MASUK (DO COME IN)

SILAKAN DUDUK (PLEASE HAVE A SEAT)

MAAFKAN SAYA (EXCUSE ME)                 

SILAKAN MAKAN (PLEASE EAT/HAVE SOME)



IRASSHAIMASE

OHAYOGOZAIMASU

KONNICHIWA


KONBANWA

SAYONARA

OYASUMI NASAI

TADAIMA

OKAERI NASAI

O-GENKI DESU KA

OMEDETO GOZAIMASU

O-DAIJINI

DO ITASHIMASHITE

CHOTTO MATTE KUDASAI

GAMBATTE KUDASAI

DOMO ARIGATO GOZAIMASU

MO ICHIDO ONEGAISHIMASU

ABUNAI

ITADAKIMASU

SO DESU KA

WAKARIMASHITA

HONTO NI

OHAIRI KUDASAI

OKAKE KUDASAI

SUMIMASEN

MESHIAGATTE KUDASAI
2. TANDA (SIGN)

LELAKI (MAN, GENTLEMAN)

PEREMPUAN (WOMEN, LADIES)

TANDAS (TOILET)

DILARANG MEROKOK (NO SMOKING)

MAHAL (EXPENSIVE)

MURAH (CHEAP)

MENARIK (INTERESTING)

CANTIK (PRETTY)

SEDAP/NYAMAN (TASTY)               

BELI BELAH (SHOPPING)

MINUM

MAKAN               

SARAPAN PAGI (BREAKFAST)

MAKAN TENGAHARI

MAKAN PETANG/MALAM (DINNER)

MEMBELI (BUY)

KENAPA (WHY)

DI MANA (WHERE)

HELLO

KELUARGA (FAMILY)

ISTERI (WIFE)

KANAK-KANAK (CHILD)

ANAK LELAKI (SON)

ANAK PEREMPUAN (DAUGHTER)

CUCU (GRANDCHILD)

ANAK BUAH LELAKI (NEPHEW)

ANAK BUAH PEREMPUAN (NIECE)

SEPUPU (COUSIN)

BAPA (FATHER)

MAK (MOTHER)           

DATUK (GRANDFATHER)

NENEK (GRANDMOTHER)

BELUM LAGI (NOT YET)
                 
PUKUL BERAPA (WHAT TIME)

GO (PERGI)

DUIT (MONEY)             

CUTI (VACATION/DAY OFF)                  

SAYA (ME)

KAMU (YOU)

SEMUA


MASA (TIME)           

IKAN

DAGING

SAYUR

ROTI (BREAD)

BUAH-BUAHAN

AIR (WATER)

KAWAN (FRIEND)

TV

HARIJADI (BIRTHDAY)

ALAMAT (ADDRESS)

NOMBOR TELEPHONE

IYA (YES)


OTOKO

ONNA

O-TEARAI

KIN’EN

TAKAI

YASUI

OMOSHIROI

KIREINA

OISHII

KAIMONO

NOMIMASU

TABEMASU

ASA-GOHAN

HIRU-GOHAN

BAN-GOHAN

KAIMASU

DOSHITE

DOKO/DOCHIRA DESU KA

MOSHI MOSHI

KAZOKU

KANAI

KODOMO

MUSUKO

MUSUME

MAGO

OI

MEI

ITOKO

CHICHI

HAHA

SOFU

SOBO

MADA DESU

NAN-JI

IKIMASU

O-KANE

YASUMI

WATASHI WA

ANATA WA

MINNA


JIKAN

SAKANA

NIKU

YAO

PAN

KUDAMONO

MIZU

TOMODACHI

TEREBI

TANJOBI

JUSHO

DENWA-BANGO

HAI




3. MEMPERKENALKAN DIRI (INTRODUCE)

“APA KHABAR? NAMA SAYA KAINI. GEMBIRA BERTEMU DENGAN ANDA”
(HOW DO YOU DO? MY NAME IS KAINI. I’M VERY GLAD TO MEET YOU”


HAJIMEMASHITE. WATASHI WA KAINI-SAN DESU. DOZO YOROSHIKU.
4. DAY & TIME

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

HARI INI

ESOK

KELMARIN

SEMALAM

MAAFKAN SAYA. PUKUL BERAPA SEKARANG?


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

GETSU-YOBI

KA-YOBI

SUI-YOBI

MOKU-YOBI

KIN-YOBI

DO-YOBI

NICHI-YOBI

KYO

ASHITA

OTOTOI

KINO

SUMIMASEN. IMA NAN-JI DESU KA

ICHI
NI
SAN
YON
GO’
ROKU
NANA
SHICHI
HATCHI
KYU
JU

5. TANYA SOALAN ( ASKING QUESTION)
KAMU TAK MAHU JALAN-JALAN KAH?

SAMPO NI IKIMASEN KA

Brunei Edutainment Wonderland

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Brunei Edutainment Wonderland sedang berlangsung ketika ini bermula dari 9 Disember hingga 31 Disember 2011 bertempat di tempat letak kereta (belakang) Hotel RiverView. Baru-baru ini saya telah membawa keluarga melawat ke sana. Ada banyak tarikan yang boleh dilawati seperti Winter Village, House of Horror (Rumah Hantu), Underwater World, Pyramid Maze, Rumah Ular dan macam-macam lagi. Bayaran masuk pun tidak terlalu mahal cuma B$6.00 seorang untuk membolehkan pelawat memasuki semua wonderland (rumah-rumah buatan). Manakala untuk masuk ke rumah ular pula pengunjung dikehendaki membayar B$3.00 seorang.

Yang ini rumah ular....ada bermacam-macam jenis ular. Memanglah takut dan geli kalau tengok tapi bila dah pegang ular tu rasa lembut dan perasaan takutpun beransur-ansur hilang hehehehe.
Yang ini pula Winter Wonderland...sangat-sangatlah cute :D

Kemudian kami masuk ke Rumah Hantu pula...jeng jeng jeng ada kisah lucu tapi buat kesian juga. Masa dalam Rumah Hantu tu kami sangkakan hantu buatan/patung tapi rupa-rupanya orang memakai topeng hantu. Terkejut mama dan bapa saya bila disergah oleh hantu tu hahahahaaa lucunya masa tu tapi saya kesian juga pada mereka. Kan orang tua ni tak boleh terlalu terkejut nanti sakit dada. Tapi alhamdulillah mereka baik-baik saja dan tak ada perkara buruk yang berlaku.



Selepas Rumah Hantu, kami memasuki Underwater World. Macam-macam spesies hidupan laut buatan yang ada. Saya sangat teruja kerana ikan merupakan haiwan kesukaan saya :D


Sebelum balik kami sempat mengunjungi Pyramid Maze (Rumah Piramid) yang sangat unik. Kesian mak saya dia sampai pening sebab jalan didalam Rumah Piramid ni sangat mengelirukan. Adik saya memimpin tangan mak manakala bapa saya dipimpin oleh cinta hati saya, Yusri. Saya pula jadi photographer jak sebab tu lah gambar saya tak ada dalam ni kesian saya kan...kan kan kan hehehe. Alhamdulillah kami selamat keluar dari kekeliruan yang memeningkan itu hahahaha.