Friday, December 30, 2016

Kahfi 1st Birthday Party - The Decorations

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

OK now lets read about the decorations pula. As I mentioned in the previous entry, main décor for birthday party ni will be done by the event organizer Pretty Lynn Collection. Tapi aku sendiri tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat terpendam aku ni yang gian sangat nak menghias satu rumah (dah lah pinjam rumah mertua, sibuk pula nak menghias itu ini tak malu huhuuu). Nasib baik mak mertua aku ni jenis yang sporting thank you mak love you muuaahhh!!!

2 days before the event, kitorang dah start menghias bilik tamu. My helpers are all my baby fruits yang kreatif dan rajin semuanya. Most of the props aku memang dah siapkan awal termasuk flag nama baby Kahfi, poster dan board. Manakala hiasan bunga kipas pula aku gunakan yang aku buat sewaktu aqiqah baby dulu. Aku just touch up sikit-sikit tampalkan characters Nemo and friends untuk seragamkan dengan tema dari event organizer.



Bunga kipas dengan Finding Nemo characters





Finding Nemo Quote Board by ME

Anak2 buah yang sangat kreatif dan rajin

Thank you so much lovelies muaahhh


Belon di siling ni kitorang tak guna gas pun untuk apungkan just guna double sided tape lekatkan atas siling, idea yang bernas kan.


Anak-anak buah kata nak simpan curl ribbon supaya nampak lebih menyerlah. Aku setuju saja as long as they are happy and enjoy. Budak-budak suka bila idea mereka diterima dan dipuji tapi honestly memang cantik dan lebih menyerlah dengan reben curly tu.



  
  
Mineral Water

Mix Keropok

Chocolates

Sweets & Lollipop

Choki Choki

Marshmallow
  
Activity and Karaoke Corner


Hadiah untuk pertandingan


Door Gift & Goodies Bag corner
Thank you so much to my anak buah Alya yang melekatkan hiasan untuk DG &GB corner. She did it on her own without asking me how to do it. Such a creative little girl. Thanks again dear.

Seterusnya ialah additional candy buffet dan dessert table by ME. Very simple but look so inviting right....apanya yang inviting tu?...hahh yang tu lah all the foods on the table macam-macam ada memanggil-manggil melambai-lambai hahaha.
 
  
My décor VS event organizer....macam comel jerrrr

Sudut aktiviti dan karaoke
Yang ni pula arrangement untuk dinner dari Restoran Nadz. Aku just tambah Dinner Entrée frame untuk menghidupkan suasana. I mean tak adalah orang tertanya-tanya apa makanan dalam tu cos dah ada tertulis menu. Of course suasanapun 'alive' cos tetamu mesti curious how it tastes dan tambah lapar huahuahua. BTW frame ni aku beli 3 keping @B$2.90 satu.  

Dinner Entrée di setiap meja hidangan


  
Dessert by Me: Puding Jagung & Kek Batik Nestle Cream

Yang ni hidangan di dalam rumah
Last but not least, the main decorations by the event organizer Pretty Lynn Collection. Honestly, I think this setup is quiet simple far from my expectation. I was wondering where is the ocean cos the BLUE colour is very less (macam tak ada langsung except for the banner). I was also looking high and low where is the other friends of Nemo (kura-kura,sotong,tapak sulaiman,burung,jerung and many more) why only Nemo and Dory??? Why? Why? Why? hahaha. A bit disappointed also cos banner tak ada nama baby Kahfi pun just Happy Birthday. My first thinking is that they want to take back the banner so that they can use it for other functions that's why baby Kahfi's name is not there.

In fact the candy treats also seems insufficient (I don't think everyone will dapat) that's why we decided to make additional table for candy buffet and dessert. Terpaksalah kami beli extra sweets, chocolate, lollipop dan various crackers. One more thing, they didn't inform us that they will change the muffin with cotton candy. Masa datang setup baru bagitahu. Geram juga rasa hati, at least she can inform me through wassap earlier so that I can arrange something. Imagine cotton candy hanya 10 tetapi kanak-kanak sangat ramai. Hmmm memang agak frust juga tapi I just take this as a lesson. First time hiring an event organizer; this is an eye opener for me to plan something else in future. I guess relying to outsiders is not the best option sometimes. Better arrange on our own next time.  



  

  



Whatever it is, we were thankful that the event went well and everything were smooth all day long. Baby Kahfi pun behaves well dan memberikan kerjasama yang baik dalam semua acara. Thank you baby...mama and babah love you so much. Semoga dipanjangkan umur dan dapat bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran yang akan datang Aamiin.



Kahfi's 1st Birthday Party - The Preparation

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

I have been thinking about throwing a 'special' birthday party for my little boy since the day he was born 1 year ago. I guess the feeling of becoming first time MOM makes me so excited to do this and that for my baby. It seems like Dream Comes True for me as I have been waiting for 4 years for him to come into this world. YES he is so precious to us, a miracle; a gift from Allah after we almost give-up to conceive.

Well...about the party, I try to save penny by penny every month to make it happened and of course with the sponsors from hubby, family and friends as well (Thanks guys). I Choose Finding Nemo theme as me and hubby love fish very much and it seems that baby also kinda like it hiiyyy. 3 months before I have already booked the theme and design with Party Planner "Pretty Lynn Collection" at $490 complete package which includes:

  • Party table for candy buffet
  • Table decorations
  • Backdrop for table theme
  • Party balloons decorations
  • Bunting flags
  • Plate/Spoon/Tissue
  • Cupcakes and muffins Topper
  • Platting for table theme decorations
  • Greeting board
  • 2 unit balloons stand
  • 15 cupcakes
  • 6 sweet treat in decorated cup
  • 6 chocolate in decorated cup
  • 30 mixed lollipops
  • 40 coloured marshmallow
  • 15 muffins
  • 10 chocolates wrap in cartoon theme
  • 40 mixed candies
  • 15 mixed coned jelly
  • 25 mixed chocolates
Meanwhile, for Door Gift and Goodie Bags aku buat sendiri saja. Untuk orang dewasa I called it as Door Gift (DG) dan untuk kanak-kanak is Goodie Bags (GB). As simple as that, label untuk DG dan GB aku buat dan print sendiri. Tak susahpun cari saja design yang berlambak di Google then edit ikut sukahati kita hehehe. Budget untuk DG dan GB diperuntukkan sebanyak $200 (DG: 80 pax & GB: 50 pax) untuk barang-barangnya termasuk paper beg dan hiasan. Untuk DG aku menyediakan minuman dan untuk GB pula makanan-makanan ringan dan party whistle/blower juga duit sedekah dari baby Kahfi.

plastic bag untuk minuman (DG)



Goodies Bag


Beg kertas ni murah sahaja dlm $4 untuk 100 pcs. Actually ini paper bag yang untuk simpan makanan tu (macam kuih atau sosej); aku improvise hiaskan macam ni jadilah GB yang comel ehehehe. Just guna doily paper putih untuk hiasan cover dan lekatkan paper ribbon biru kuning yang memang sedia ada tak payah membazir beli baru. Isi dalamnya ada dalam gambar di bawah ni. Manakala plastik untuk DG pula aku gunakan balance beg plastik lama yang ada di rumah.

for Goodies Bag
Sampul untuk sedekah
Kad jemputan juga create sendiri. As usual design copy dari Google. Just edit sahaja; thanks to my friend yang tolong edit.

Invitation Card
Program @ AturCara
Mulanya macam-macam idea dalam kepala ni. Nak sewa bouncer tetapi memandangkan majlis diadakan sebelah malam, I don't think it is appropriate nak bagi budak-budak main air malam-malam karang masuk angin pula. So bouncer is cancelled from the list. Then nak sewa karaoke tapi pun majlis bukannya malam minggu the next day is working day...is it ok ke bukan apa for us memanglah ok sangat tapi how about the neighbours??? kena fikirkan juga kan. Walaupun sekarang ni cuti sekolah tapi mak bapak dan budak-budakpun mesti nak tidur lena juga. Hmmm I'm still thinking whether to proceed or not with the karaoke. Tapi macam ON cos nak buat game rebut kerusi for kids and adults kalau tak ada muzik susahlah kan tak bestlah main game tu hehehe. Well let's wait and see..... 

Selain label DG dan GB, aku juga membuat label untuk stand meja, label untuk mineral water, puding dan marshmellow yang aku beli separately. Puding pula homemade by me; puding jagung dan Kek Batik Nestle Cream yang aku akan buat macam puding, masukkan dalam bekas-bekas kecil.




Mineral Water

Label untuk marshmalow, puding dan kek batik



Untuk makanan pula, kami menempah catering dari Nadz Restaurant dengan pakej $5/pax untuk 90 orang. Menunya nasi putih, ayam masak merah, daging rendang, ikan sweet and sour, sayur campur, kue tiaw goreng, papadam, buah-buahan, minuman panas dan minuman sejuk. Manakala untuk kek pula aku menempah dari HomeMade Nabil, 1 kek harijadi (for baby Kahfi) $80 dan 1 kek anniversary (for our 5 years wed anniversary) $38.

Selain itu, aku pun harus menyediakan hadiah untuk acara-acara sampingan yang akan diadakan nanti. In mind banyak game yang nak dibuat tapi as I mentioned earlier party ni diadakan pada waktu malam so memang tak cukup masa. So far aktiviti yang confirmed adalah pertandingan pakaian tercantik kanak-kanak (boys & girls), pertandingan rebut kerusi kanak-kanak (boys & girls) dan dewasa serta pertandingan kuiz. Kalau jadi karaoke mungkin akan diadakan pertandingan karaoke juga yang akan dibuka kepada umum.

Hadiah untuk games kanak-kanak dah disediakan awal. Untuk pakaian tercantik hadiah hamper beg. Manakala untuk pertandingan rebut kerusi pula peralatan sekolah. Mentang-mentang sekolah nak buka in January pakat sediakan hadiah barang-barang untuk sekolah, better than other things kan hehehe.

Winner - Best Outfit (Boy)

Winner - Best Outfit (Girl)

Winner - Musical Chairs (Boy)

Winner - Musical Chairs (Girl)
Manakala hadiah untuk Musical Chairs dewasa dan kuiz pula ialah minuman tin dan duit saguhati.



Untuk hiasan-hiasan lain aku akan menggunakan belon dan bunga kertas buatan made by me yang aku gunakan sewaktu majlis aqiqah baby Kahfi, masih tersimpan rapi recycle guna balik save budget. Maybe there will be some additional decors as per the birthday theme 'Finding Nemo'.


Wednesday, December 21, 2016

22/12/2016 : Happy Birthday Baby KAHFI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

22nd December….the most meaningful date in my life ever and for the years to come; 1 year ago I gave birth to a chubby adorable 3.44kg little baby boy into this beautiful world and he is amazingly grows up as a ‘prince charming’ for US and today 22/12/2016 he is officially not a little baby anymore as he turns 1 YEAR OLD. Syukur Alhamdulillah to Allah S.W.T for His rahmah and mercy blessed us with this miracle we named Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri. Tiada kata-kata yang paling indah untuk menggambarkan rasa syukur dan terima kasih dalam sanubari kami. Words can’t describe our feelings. It is just MAGIC and MIRACLE. Happy birthday to our beloved son KAHFI; mama and babah always wish, hope and pray for your good health and happiness. Thank you for bringing colours in our lives with your sweet smile and laughter. You are such a happy baby with six teeth by now and more to come out…mama loves to tease you by pretending that it is painful every time you bite or try to bite and babah also does the same thing hehehe. Semoga anak mama & babah membesar dengan sihat, panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh, taat dan berbakti pada ibu bapa, agama dan sesama manusia. Semoga sentiasa dilindungi Allah, dipermudahkan dalam apa jua urusan dan semoga menjadi hamba Allah yang memperjuangkan Islam dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W Aamiin ya rabbal alamin. We love you so much anak muaahhhh Happy Birthday!
P/s: Nanti kita celebrate yaaa 27hb (belated celebration) Happy Birthday again baby Kahfi....Love you to the moon and back.




Thursday, December 1, 2016

ASEAN ICT Award 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

This entry is about the ASEAN ICT Award 2016 which was held on 25th November 2016 at Plenary Hall International Convention Centre (ICC) Brunei Darussalam. I attended this event together with my Operations Manager on behalf of our Company as one of the Sponsor.

Nice entrance....cantiiikkk
With My Operations Manager
Acara bermula pada pukul 7 malam. Sebenarnya aku tak senang duduk sebab terpaksa meninggalkan baby Kahfi dirumah. Terpaksalah encik suami yang menjaga serba salah pula rasanya tapi apa boleh buat this is one of my responsibility as well. Hari tu aku dah missed one event cos baby Kahfi tak sihat so this time I have to attend takut pula nanti my Management unhappy kalau aku tak datang lagi untuk event yang ini. Actually this event is organized by Ministry of Communications (MINCOM) and Authority for Info-Communications Technology Industry (AITI), Negara Brunei Darussalam. The participant is all ASEAN countries. This award ceremony is part of the 'Telecommunications & IT Ministers Meeting' (TELMIN) and  'Senior Officials Meeting' (TELSOM).

The event was started with cultural performance followed by the speech from Minister of Communications, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Mustappa bin Haji Sirat.

The Minister delivering his speech
A lot of performance were presented that night including singing, dancing, cultural performances and phantom of opera. In between, the award is presented to the winners.

Beauty and The Beast

Phantom of The Opera

Local Singer

Local Singer

Local Singer

Local Singer...dia ni nyanyi lagu Thai (BEST)
Persembahan diadakan berselang seli dengan pengurniaan award sambil menikmati jamuan. Jadi tak adalah membosankan.




Most of the Gold Award went to Singapore. It is proven that Singapore is really one step ahead in ICT compared to other Asean Countries. Congrats and well done Singapore.

Makanan malam tu boleh tahan not bad. Aku tak makan nasi dietlah katakan tapi ada juga 2-3 kali tambah lauk hahaha.



Sebelum majlis berakhir, kesemua wakil Asean dan peserta dipanggil ke atas pentas untuk sesi bergambar ramai.

The ASEAN representatives and participants


Wednesday, November 9, 2016

TelBru ICT Forum 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Baru-baru ini aku telah menyertai Forum ICT yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi Brunei iaitu Telekom Brunei Berhad (TelBru). Forum ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh pihak TelBru dalam rangka membangunkan dan mempelbagaikan perkhidmatan ICT di negara ini disamping meningkatkan kesedaran dikalangan organisasi kerajaan dan swasta serta individu yang berkepentingan tentang keperluan untuk membina masyarakat dan negara yang bertamadun dalam konteks "Smart Nation" atau "Negara Pintar". Sudah pasti senario ini adalah berkait secara langsung dengan teknologi dan internet.



Forum ICT ini diadakan pada 5 November 2016 yang lalu dengan bertemakan 'Smart Nation'. Lebih kurang 350 peserta yang menyertai forum ini terdiri daripada kakitangan beberapa agensi kerajaan di Brunei, syarikat swasta dan pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi tempatan.  Kebanyakan topik yang disampaikan berkisar tentang IOT - Internet of Things yang menjurus kepada keperluan untuk mengaplikasikan cara hidup 'pintar'. Manakala speaker yang didatangkan khas untuk diskusi forum adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Speaker of the Forum:

1. Government
a) E-Government National Centre (EGNC) - Prime Minister Office
b) Autoriti Monetari Brunei Darussalam
c) Infocom Federation Brunei
d) Land Transport Department
e) Smart & Safe City Centre of Excellence - Singapore

2. Economy & Environment
a) Dr. Suwon Song - Korea Institute of Civil Engineering & Building Technology
b) Keeran Janin - Entrepreneur/Darussalam Enterprise
c) Yuzilawati Hj Abdullah - Associate Researcher, CSPS
d) Dr. Thierry Lestable - LoRa Alliance

3. People & Living
a) Dr Justin Wong - Medical Supt of Public Health
b) Rano Iskandar - Brunei leading blogger
c) Hakim Yakob - Newgate Plus
d) Rahimah Yussof - Leading Google Developers Group (GDG) Brunei



Selain daripada forum, terdapat juga expo produk daripada syarikat dan organisasi berikut:

1) Bang & Olufsen Smart Home Solution - Sejalin Enterprises Sdn Bhd
2) First Blood App - NewGate Plus
3) Deployable Flood Monitoring System - Universiti Teknologi Brunei/Celebral Network Technologies
4) OffAT - Universiti Brunei Darussalam
5) V décor - Universiti Brunei Darussalam



Di abad ke-20 ini, kita bercakap tentang generasi internet, generasi ICT, generasi tanpa sempadan. Internet telah mengambilalih sepenuhnya hampir keseluruhan cara hidup dan proses kehidupan itu sendiri daripada aspek pergaulan, gaya hidup waima proses pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada proses pengagihannya sampai kepada pengguna akhir (end user). Tidak mustahil suatu masa nanti segala aktiviti yang dahulunya dilakukan sendiri oleh manusia akan diambil alih oleh mesin seperti robot atau klon. Mungkin sekarang kita boleh katakan ini semua imaginasi yang melampau tetapi adalah tidak mustahil ianya akan menjadi seperti itu kelak apabila manusia telalu taksub dengan teknologi dan berlumba-lumba untuk mencipta mesin. Let's look at those movies like the Terminator, The Robots, Iron Man, The Steel and many more. Semua itu adalah gambaran masa depan yang dijadikan sebagai objektif bagi sesetengah manusia yang gemar mencipta.       


BTW aku bersama-sama dengan rakan sekerja menyertai forum ini; bersama dengan Technical Manager dan Operations Manager (as picture above). Agak menarik juga forum ini terutama sekali topik tentang Smart City Singapura. It really shows how Singapore is one step ahead in terms of ICT compare to neighbouring countries. Believe it or not di Singapura sudah diperkenalkan Driverless Taxi. I couldn't help but thinking kalau semuapun kita nak mesin yang lakukan what is the purpose of our lives then??? Bukankah Allah telah mencipta kita manusia sebaik-baik kejadian dan dianugerahkan kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Kalaulah setiap apa yang perlu kita lakukan hanya bergantung kepada mesin di masa hadapan maka kita akan kehilangan nikmat sebenar tujuan hidup kita. Atau dalam kata lain kita tidak lagi mandiri bergantung sepenuhnya pada kekuatan diri sendiri sebaliknya terlalu bergantung pada teknologi semata-mata. Tidak mustahil ramai diantara kita yang akan menjadi malas, suka membuang masa dan tidak fokus dalam mencapai sesuatu matlamat; wallahualam bissawab.

Sebelum forum berakhir pada jam 5 petang, telah diadakan lucky draw dan antara hadiahnya ialah iphone7 dan speaker. Ada juga point rewards kepada mereka yang terawal mendaftar dilaman web smart nation TelBru di www.smartnation.com.bn.  Hmmm seperti biasa aku bukan diantara yang lucky tapi tak apalah bukan rezeki lain kali cuba lagi huhuuuu.