Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Baru-baru ni 16/03/2018 hingga 21/03/2018 kami ke KK lagi bercuti bersama family hubby dari Brunei. If you guys can recall my latest posting about our cuti-cuti survey...haaa secara tidak langsung percutian ini adalah kesinambungan daripada entry tu. Kan aku dah kata kami bercuti untuk survey hotel....kiranya this is the actual vacation for that particular reason. Boleh baca di link ini https://yus-ain2.blogspot.com/2018/03/throwback-cuti-cuti-kk-december-2017.html dan link ini juga https://yus-ain2.blogspot.com/2018/03/throwback-cuti-cuti-kk-december-2017_27.html
Jumaat, 16/03/2018 kami sekeluarga konvoi 7 buah kereta bertolak dari Bandar Seri Begawan Brunei selepas subuh; menunggu di border Kuala Lurah, sempadan Brunei dan Malaysia yang dibuka pada jam 6 pagi. Perjalanan agak lancar kerana kami bertolak awal; Q tidaklah panjang sangat dan proses pemeriksaan imigresen juga agak cepat. Perancangan untuk percutian ni sudahpun dibuat awal 4-5 bulan sebelum tarikh yang dirancang disebabkan cuti sekolah Brunei dan Malaysia jatuh pada masa yang sama. Jadi booking hotel dan transport juga sudah diatur lebih awal. Untuk 16hb ni kami akan menginap di Likas Square Apartment Hotel (LSAH) untuk semalam kerana keesokan harinya kami akan ke Kundasang Ranau dan bermalam di sana pula. Bayaran di LSAH untuk semalam ialah lebih kurang RM336 untuk sebuah apartment 3 bilik yang kami kongsi dengan pakcik dan sepupu hubby so satu family cuma membayar RM112.
Seawal jam 6.30 pagi kami check out di LSAH dan terus menuju ke Bukit Payung, rumah my sis untuk parking kereta di sana. Kami menaiki 2 buah van yang disewa untuk ke Kundasang bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi dengan bayaran RM1,700 (diatur oleh anak buahku thank you Mai) . Cuaca sangat baik pada hari itu dengan langit yang cerah diliputi awan-gemawan yang berarak sekata dan siulan burung-burung yang merdu mengiringi perjalanan kami....hahahaa terlajaklah puitis......seramai 25 orang termasuk babies; most of my hubby family ni first time bermalam di Kundasang so semua sangat excited. We are going to stay at Dream World Resort....hotel yang kami dah survey awal dalam percutian KK Disember yang lalu. Ni gambar-gambar DWR yang aku copy dari google so bukan aku yang ambil gambar ni yaa dan jangan pula korang kata aku curi gambar orang lain...ini kiranya menggunakan khidmat mr google hehehe. Hmmm btw cantik pula DWR ni dalam gambar...tapi depan2pun cantik juga hiiyyy.
Dalam perjalanan kami singgah di Pekan Nabalu dan juga Strawberry Farm. Banyak juga ambil gambar di Pekan Nabalu tapi tak dapat singgah lama-lama cos perjalanan masih jauh plus kami belum sarapan. Memandangkan check in time jam 2 petang, kami plan nak singgah Pekan Kundasang untuk sarapan dan teruskan perjalanan ke Poring Hotspring. Well tak afdal kalau tak ada gambarkan....jom.....lets cuci mata with our pictures at Pekan Nabalu and Strawberry Farm. Malangnya time ni strawberi belum berbuah so tak dapatlah bergambar dengan buah strawberi. FYI Pekan Nabalu ni open market tak ada bayaran masuk manakala Strawberry Farm pula bayaran masuk RM1 seorang. Kalau yang menginap di sini masuk adalah percuma.
Alhamdulillah sampai di Pekan Kundasang kira-kira jam 11 pagi; perut dah keriuk-keriuk....lapaaaar!!!
kami makan di restoran.........aduhh lupa nama restoran dahhh lapar punya pasal...aku lapar tahap kebulur dahlah aku tengah berdiet atkins imagine dah jam 11 masih belum isi perut fuhhh gigil satu badan hehehe.
Selepas makan, kami bertolak ke Hotspring tapi sempat lagi singgah makan durian di gerai buah sebelum Pekan Ranau. MashaAllah sedapnya durian disini rasanya manis dan lunak....sampai saat ini masih terbayang-bayang keenakan rasa durian tu (hmmm kecur air liur hahahaa). Time ni lah pula anak mama ni tertidur so kami ber2 stay dalam van saja yang lain semua turun berpesta makan durian hehehe. Tapi babah dengan romantiknya datang hantar durian siap nak suap mama lagi hohoho. Look at these durian pictures OMG kalau dekat hari-hari nak pergi tempat ni....boleh???
Destinasi seterusnya ialah kolam air panas Poring. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Pekan Ranau. Ini yang entah keberapa kali aku ke sini tapi alang-alang dah datang Kundasang/Ranau memang ada yang tak kena kalau tak singgah di Hotspring. Lagipun family hubby ni ada yang belum pernah sampai. Sadly kami tak mandi kolam/air panas/waterfall masing-masing dah penat; so kitorang just ambil gambar dan duduk rehat. Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM3 dewasa , RM1 kanak-kanak dan pelancong asing RM15 dewasa, RM10 kanak-kanak.
Antara aktiviti yang disediakan di taman ini termasuk mandi di swimming pool, canopy walk, melawat taman rama-rama, air terjun dan gua kelawar. Kalau ingin mandi di swimming pool hendaklah membayar di kaunter masuk pool di bahagian dalam RM3 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Begitu juga jika ingin melawat canopy dikehendaki membayar tiket masuk lain. Namun untuk mandi di kolam-kolam kecil yang disediakan diluar kawasan swimming pool dan berendam di kolam air panas sudah termasuk dalam harga tiket masuk main entrance. As usual bila cuti sekolah semua tempat biasanya sesak dengan orang ramai; same thing here at hotspring. Kalau nak mandipun tak ada space; its really crowded....kolam-kolam kecilpun tak ada yang kosong; apatah lagi tempat berendam kaki air panas. Semua tempat fully occupied so kitorang bertebaran duduk/berdiri di sekitar kawasan yang agak redup sambil bergambar dan bersembang kosong.
Daripada hotspring kami sepakat untuk balik ke Kundasang walaupun sudah request awal untuk late check in. Sewaktu check in we have to pay $100 for security deposit tapi duit ni akan dikembalikan ketika check out nanti. Masing-masing sangat teruja berada di Kundasang at Dream World Resort to be exact. Dengan cuaca yang semakin sejuk dan kabus yang seputih salju meliputi puncak Gunung Kinabau dan kawasan sekitarnya menjadikan pemandangan sangat cantik dan menyenangkan. This place is really good untuk tenangkan fikiran, honeymoon dan bercuti bersama keluarga. Yang ni gambar-gambar selepas check in dan malamnya kitorang dinner di Restoran Dream World. FYI disini kami membayar RM252.94 untuk bilik Deluxe.
Bilik Deluxe Ixora 3 connecting dengan Superior Ixora 5 |
Keesokan harinya kami semua bangun awal untuk bergambar. Nak dapatkan latar belakang Gunung Kinabalu yang penuh kena keluar awal sebelum matahari naik. Biasanya kalau dah jam 8 keatas puncak gunung akan diliputi kabus dah tak cantik untuk bergambar. Tips ni kami dapat masa cuti-cuti survey Disember tu pasalnya kami tak dapat gambar latarbelakang gunung cos kami keluar matahari dah naik. Patutlah lepas subuh tu aku tengok ramai orang keluar rupanya mereka nak ambil gambar. Tapi tak apalah yang penting this time we managed to capture a lot of pictures with the mountain as a background dengan tersergam indah dan megah cheeewaaahhh!
Nahh yang ni pula gambar-gambar kitorang di atas batu2 kecil hasil idea encik suami nampak macam bergambar atas gunung; kreatif pula laki aku ni hehehe. Sampaikan semua yang lain pakat ikut bergambar pose yang sama jenuh jurukamera kena membongkok melutut ke Tanah untuk shoot gambar ni hahaha.
Pose Titanic yang gagal hahaha |
Kahfi anak mama sayang |
Sebelum check out sempat lagi sarapan di Restoran Dream World. Aku nak repeat order sup ekor tapi tak available pula time breakfast kecewa hati hamba huhuuu.
Kami check out jam 10.00 pagi; selesai semua urusan check out terus zoom ke Desa Dairy Farm. Still the same, it's so crowded tersangatlah ramai orang. luckily kali ni kami travel by van ada driver so kena turunkan depan2 bangunan Desa tak adalah nak menapak jalan kaki. Baby Kahfi pula tertidur time ni terpaksalah mama gendong ke sana ke mari. Jom tengok gambar-gambar sebelum check out dan ketika di Desa.
driver kami baju hijau khabarnya dia ni baru kahwin....thank you bro for the great service memandupun berhemah dia ni |
Bye-bye Dream World....See you next time....katanya ramai yang fall in love hehehe
sempat ambil gambar di sini....uppss Kahfi terbangun |
OK nantikan sambungan cuti-cuti Brunei Family ni di entry yang lain pula....tungguuuuu....
Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
ReplyDeleteWhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282214441280
WhatsApp : +6282280000071
Call : +6282280000071
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : dhanibandung@yahoo.com
Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
HARGA PROMOSI
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
ReplyDeleteMAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."