Monday, March 26, 2018

Kahfi 2 Years Birthday Party - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Wahh long time no see kan. My last entry bulan Ogos tahun lepas, almost 6 months menyepi tanpa post/entry. Jangan ditanya kenapa it's simply happened that way plus I have nothing much to share...well ada sebenarnya tapi malas nak menaip hahaha got me? kedapatan? tak kisahpun kalau korang tahu aku malas nak menaip. I'm back to story mory about my little prince 2 years birthday party. Kalau ikutkan masih malas nak menaip tapi takut nanti lama-lama cerita ni akan terpendam menjadi pekasam.

his pictures from 1 year to 2 years

Baiklah....masihkah korang ingat my entry last year for my prince 1st birthday? let me refresh you all with this link https://yus-ain2.blogspot.com/2017/01/kahfi-1st-birthday-party.html
Disebabkan a bit 'KECEWA' dengan event organizer last year tu this year mama dengan confidentnya DIY sendiri theme table dan candy buffet. Semua buat sendiri jak tau dengan bantuan anak-anak buah yang super creative (thanks darlings).

Mickey theme

tadhaaaa my DIY theme table....Mickey theme

Kebanyakan props hiasan ni recycle guna balik yang tahun lepas punya termasuk belon, riben, bekas makanan dan lain-lain. Aku cuma membeli kain warna merah dan hitam ni 2 meter dengan kos lebih kurang B$12 dan gambar-gambar Mickey di dinding tu adalah kertas pembalut hadiah B$0.50 sen satu total B$2 untuk 4 pcs (kreatif tak mak hahaha). Yang banner atas sekali tu sponsored by my client. Patung Mickey dan hiasan yang lain semuanya ready item dalam rumah hehehe jimatkan yang penting tetap menarik da boom meletop! cheewahh!

As usual invitation card just copy design from google then edit touch up apa yang patut. Same goes to banner, stickers, label and toppers. Yang bestnya one of my client sponsor untuk semua print out benda alah ni termasuk paper bag untuk door gift (thank you). Gambar-gambar dibawah ni semua sponsored by my client Alhamdulillah....thank you.






This year banyak save cos most of everything DIY kecuali makanan (fully catered) dan kami menyewa sebuah kem dengan 3 set meja dan 60 kerusi dengan harga B$45. Since decoration semua buat sendiri, adalah budget lebih untuk makanan. lebih baik berbelanja lebih pada makanan untuk dihidangkan pada para tetamu daripada membayar hampir B$500 untuk event organizer just for simple decoration of theme table (huhuuu terlajaklah mahal) bagi kami yang bukan 'ada-ada' ni.

OK cut the story short yang ni invitation card, banner dan program yang bertemakan Mickey Mouse. Kahfi ni sangat sukakan kartun Mickey. Tahun lepas kita buat tema Finding Nemo ikut selera mama babah dia ni hehehe. Tahun ni dia dah pandai tunjuk apa yang dia suka so kita ikut taste dia ambil his most favourite cartoon Mickey Mouse as the birthday theme.

Banner

Invitation Card

Program
Emm actually Kahfi birthday is 22nd December tapi memandangkan masa ni school holiday dan ramai family yang tak available (cuti-cuti) so kitorang buat majlisnya 1/1/2018 yang lalu. Alang-alang terus menyambut Tahun Baru dan actually harijadiku keesokannya tapi kami tak sambut sekali. Malas nak sambut cos dah tua huahuahuaa. Walaupun celebrate belated tapi we still throw him a birthday surprise on 22nd. Just the 3 of us with the SCR resto staff. Below are the link to my IG for the pics and videos. Feel free to scroll.

https://www.instagram.com/p/BdAey8mgT_Ptyxg5rrHXluGHqp9mPrSxMbgmLQ0/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BdAfZ7fgg0hB2Is67A3ycuAkgT6WAzWKD89-SA0/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BdAgVNUA5HjyxAxCygXNbkxk0kt_EhPQB4kDN40/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BdATOW2Afx175crBHzSjHaPKU2Mv0LBVebKAQk0/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BdAhwoCAdaX0xjs4lauGHJiLTHg8e2R_por6VM0/?taken-by=krisyayusmira

BTW baju untuk birthday Kahfi tahun ni dah tempah awal 3 bulan sebelum acara. Baju sedondon corak Mickey Mouse by my cousin, boleh check ig @aanaharon RM149 termasuk pos untuk set sedondon ni (sepasang t-shirt dengan seluar untuk baby dan 2 helai t-shirt untuk mama dan babah)








Berbalik pada majlis harijadi on the 1st January 2018, kami mengadakan majlis ni dirumah mertuaku sama macam last year (Thank you mak). Tahun ni tak ada karaoke cuma aku mengambil khidmat photographer dengan bayaran B$100 (kira murah ni cos recommended by my bff...thanks darl). Sebelum acara dimulakan kami 3 beranak photo2 dulu. Kahfi tak berapa sihat sebenarnya. Beberapa hari sebelum acara ni dia selesma and then mama dia ni pun terjangkit sama acchhuummm but luckily his condition not that worse still ligat aktif bermain macam biasa.


edited by photographer...macam anak kembarlah pula







Haaaaa ni dia birthday boy yang bukan main happy lagi. Macam faham2 jak birthday dia super excited hahahaa muaahhh sayang anak mama.









Yang ni pula gambar-gambar kami ber3 ketika acara potong kek. Kahfi pun pandai suapkan mama kek. Al-kisahnya warna krim kek ni melekat so habis comot mulut dan muka baby and mama. Aku pula tak perasan tak sedar mostly gambar-gambar dengan muka comot hahahaa.




Amboiiiii sukanya dia

senget benget cekak mickey dia hahaha





hahahaa si baby comot







alolooo dia suapkan mama kek....thank you syng

hahahaa dia ambil balik kek yang dia suapkan mama tapi pakai mulut

kahfi oh kahfi sudah bagi ambil balik haahaha

comotnya mulut hahahaa

langsung tak sedar mulut comot hahaha
Yang ni pula gambar kek dan cup cakes yang aku tempah dari HomeMade Nabil boleh search FB. Kek chocolate crunch 2 tingkat (4 paun) termasuk patung Mickey and friends B$85. Cup cakes perisa vanilla dan coklat untuk 40 biji @B$1 sebiji termasuk topper.


 

cup cakes with toppers


Seterusnya gambar-gambar candy buffet (budget dalam B$200 sponsored by hubby) thanks sayang.















Door Gift; kitorang sediakan minuman kotak macam tahun lepas budget dalam B$100. Paper bag dan stickers sponsored by my client; thanks again.




Main course pula kami tempah dari Restoran Tindulang https://www.facebook.com/HYSTindulang/ (also sponsored by hubby) dengan pakej makan tengahari (B$5 x 60 pax = B$300) dan minum petang (B$3.50 x 60 pax = B$210). Menunya seperti berikut:


catering setup by Tindulang

nasi putih

ayam rendang

kailan + Japanese tofu diganti dengan sayur campur (last minute changes)

mango fish

mee goreng

chicken pie

karipap

penjaram & tapai

popia



kelupis & kari daging
Birthday boy paling happy dapat banyak hadiah. Special Mickey bike daripada aunty Eyna tapi Kahfi takutlah pula. Menangis dia tengok lepas tu lari jauh-jauh menyorok huhuuu kesian pula aku tengok. Tapi lucupun ada boleh pula dia takut basikal Mickey tu. Lepas sebulan lebih barulah hilang rasa takut; lama basikal Mickey tu terperap dalam stor.

Wahh banyaknya hadiah

happy dapat hadiah banyak

Kahfi takut basikal ni...almost after 2 months baru dia berani main

sesi buka hadiah










 










sedekah untuk baby Kahfi....terima kasih semua

Acara sampingan dan gambar-gambar lain nanti sambung di entry yang lain pula yaa. Inipun dah panjang sangat disebabkan gambar yang banyak. Secara keseluruhan majlis kali ni lebih jimat daripada tahun lepas sebab tak ada karaoke dan hiasanpun semua buat sendiri. Alhamdulillah majlis berjalan lancar baby Kahfi pun tak meragam. Terima kasih semua yang mendoakan untuk kesihatan dan kesejahteraan baby Kahfi. Terima kasih abang ipar Sam yang membacakan doa selamat. Terima kasih mak mertua dan semua ahli keluarga terutama anak-anak buah yang menolong menghias dan menyusun apa yang patut. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang. Terima kasih untuk semua hadiah dan sedekah untuk baby Kahfi; semoga semuanya dimurahkan rezeki dan sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Aamiin ya Allah. Semoga ada rezeki lagi umur panjang untuk berkumpul bersama-sama menyambut harijadi Kahfi di tahun-tahun yang akan datang in shaa Allah.

To be continued......Baca Sambungan disini https://yus-ain2.blogspot.com/2018/03/kahfi-2-years-birthday-party-part-2.html 

No comments:

Post a Comment