Wednesday, November 9, 2016

TelBru ICT Forum 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Baru-baru ini aku telah menyertai Forum ICT yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi Brunei iaitu Telekom Brunei Berhad (TelBru). Forum ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh pihak TelBru dalam rangka membangunkan dan mempelbagaikan perkhidmatan ICT di negara ini disamping meningkatkan kesedaran dikalangan organisasi kerajaan dan swasta serta individu yang berkepentingan tentang keperluan untuk membina masyarakat dan negara yang bertamadun dalam konteks "Smart Nation" atau "Negara Pintar". Sudah pasti senario ini adalah berkait secara langsung dengan teknologi dan internet.



Forum ICT ini diadakan pada 5 November 2016 yang lalu dengan bertemakan 'Smart Nation'. Lebih kurang 350 peserta yang menyertai forum ini terdiri daripada kakitangan beberapa agensi kerajaan di Brunei, syarikat swasta dan pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi tempatan.  Kebanyakan topik yang disampaikan berkisar tentang IOT - Internet of Things yang menjurus kepada keperluan untuk mengaplikasikan cara hidup 'pintar'. Manakala speaker yang didatangkan khas untuk diskusi forum adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Speaker of the Forum:

1. Government
a) E-Government National Centre (EGNC) - Prime Minister Office
b) Autoriti Monetari Brunei Darussalam
c) Infocom Federation Brunei
d) Land Transport Department
e) Smart & Safe City Centre of Excellence - Singapore

2. Economy & Environment
a) Dr. Suwon Song - Korea Institute of Civil Engineering & Building Technology
b) Keeran Janin - Entrepreneur/Darussalam Enterprise
c) Yuzilawati Hj Abdullah - Associate Researcher, CSPS
d) Dr. Thierry Lestable - LoRa Alliance

3. People & Living
a) Dr Justin Wong - Medical Supt of Public Health
b) Rano Iskandar - Brunei leading blogger
c) Hakim Yakob - Newgate Plus
d) Rahimah Yussof - Leading Google Developers Group (GDG) Brunei



Selain daripada forum, terdapat juga expo produk daripada syarikat dan organisasi berikut:

1) Bang & Olufsen Smart Home Solution - Sejalin Enterprises Sdn Bhd
2) First Blood App - NewGate Plus
3) Deployable Flood Monitoring System - Universiti Teknologi Brunei/Celebral Network Technologies
4) OffAT - Universiti Brunei Darussalam
5) V décor - Universiti Brunei Darussalam



Di abad ke-20 ini, kita bercakap tentang generasi internet, generasi ICT, generasi tanpa sempadan. Internet telah mengambilalih sepenuhnya hampir keseluruhan cara hidup dan proses kehidupan itu sendiri daripada aspek pergaulan, gaya hidup waima proses pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada proses pengagihannya sampai kepada pengguna akhir (end user). Tidak mustahil suatu masa nanti segala aktiviti yang dahulunya dilakukan sendiri oleh manusia akan diambil alih oleh mesin seperti robot atau klon. Mungkin sekarang kita boleh katakan ini semua imaginasi yang melampau tetapi adalah tidak mustahil ianya akan menjadi seperti itu kelak apabila manusia telalu taksub dengan teknologi dan berlumba-lumba untuk mencipta mesin. Let's look at those movies like the Terminator, The Robots, Iron Man, The Steel and many more. Semua itu adalah gambaran masa depan yang dijadikan sebagai objektif bagi sesetengah manusia yang gemar mencipta.       


BTW aku bersama-sama dengan rakan sekerja menyertai forum ini; bersama dengan Technical Manager dan Operations Manager (as picture above). Agak menarik juga forum ini terutama sekali topik tentang Smart City Singapura. It really shows how Singapore is one step ahead in terms of ICT compare to neighbouring countries. Believe it or not di Singapura sudah diperkenalkan Driverless Taxi. I couldn't help but thinking kalau semuapun kita nak mesin yang lakukan what is the purpose of our lives then??? Bukankah Allah telah mencipta kita manusia sebaik-baik kejadian dan dianugerahkan kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Kalaulah setiap apa yang perlu kita lakukan hanya bergantung kepada mesin di masa hadapan maka kita akan kehilangan nikmat sebenar tujuan hidup kita. Atau dalam kata lain kita tidak lagi mandiri bergantung sepenuhnya pada kekuatan diri sendiri sebaliknya terlalu bergantung pada teknologi semata-mata. Tidak mustahil ramai diantara kita yang akan menjadi malas, suka membuang masa dan tidak fokus dalam mencapai sesuatu matlamat; wallahualam bissawab.

Sebelum forum berakhir pada jam 5 petang, telah diadakan lucky draw dan antara hadiahnya ialah iphone7 dan speaker. Ada juga point rewards kepada mereka yang terawal mendaftar dilaman web smart nation TelBru di www.smartnation.com.bn.  Hmmm seperti biasa aku bukan diantara yang lucky tapi tak apalah bukan rezeki lain kali cuba lagi huhuuuu.  


No comments:

Post a Comment