Tuesday, April 26, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kundasang Part 1 (Perjalanan)-Rumah Terbalik Borneo

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ini adalah throwback  Cuti-Cuti Cinta kitorang tahun 2013. Hahahaaa dah jadi pekasampun tapi aku tetap nak coretkan dalam blog aku ni. Kitorang pergi bercuti tu semasa Raya 2013 dalam bulan Ogos. Ingat-ingat lupa cos dah 2 tahun lebih lamanya hehehe. Sebenarnya bukan tujuan kami bercuti semata-mata tapi memang kami balik beraya di kampung halamanku, Kampung Kebayau Telipok Kota Kinabalu Sabah. Jadi sambil beraya tu kamipun Cuti-Cuti Cinta ke Kundasang, menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Untuk info lebih lanjut tentang hotel ni boleh klik website INI 

Dah lupa the exact date kitorang pergi tu. As I said ingat-ingat lupa dah lama huhuuuu. Tapi kami bertolak awal pagi sebab nak sampai awal di sana dan nak singgah banyak tempat cuci mata. Tempat persinggahan kami yang pertama ialah Rumah Terbalik Borneo Klik DiSini yang terletak di tepi jalan di kawasan Tamparuli. Jalan ni memang akan dilalui kalau hendak menuju ke Kundasang. Kecil saja kawasan Rumah Terbalik ni tapi memang teruja melihat rumah terbalik di depan mata, peningpun ada melihat semua barang-barang upside down.




Masa kitorang pergi tu tiket berharga $10 seorang tak tahulah pula kalau dah naik harga. Aku rasa harga ni pun agak mahal sebab tak boleh mengambil gambar didalam rumah terbalik tu. Nasib baiklah di luar rumah dibolehkan kalau tidak memang tak ada maknanya hahahaa. Jangan nak gatal-gatal tangan curi-curi ambil gambar dalam rumah. Sekeping gambar akan dikenakan denda RM100 dan gambarpun akan dipadamkan. Dah lah kena denda gambarpun tak dapat kan ke buang masa dan tenaga tu so janganlah nak keras kepala pula yeeee orang dah larang tu ikut jak lah hohoho.



Tak adalah best manapun masuk rumah terbalik ni, rumahnya kecil sahaja dan tak banyak elemen menarik di dalam melainkan semua barang-barang disusun terbalik. Aku suka dengan material kayu yang digunakan untuk membuat rumah terbalik ni. For me it's a traditional look I like. OK lah malas nak cerita banyak (well tak ada bendapun yang dapat diceritakan tentang rumah terbalik ni except semua terbalik) so aku belanja gambar-gambar kitorang posing bagai ni biar terbeliak mata hahaha.


Nak masuk beratur yeee adik-adik

Sebelum masuk rumah kena palu gong ni dulu (Minta izin Tuan Rumah)

Haaa ni lah display yang dapat dicapture sebelum masuk
Rumah Terbalik Borneo (Gambar dari luar saja)

Buat-buat terkejut hahaha

Si Badang

Hahaha nak bunuh diri ke minta hempap kereta???



 


 

Semangatnya posing hahahaa







Yang ni dalam souvenir shop

Kami beli T-Shirt ni Yaaiii I like (Harganya dah lupa)

Setakat itu saja cerita persinggahan pertama kami di Rumah Terbalik. Untuk pengetahuan umum, di kawasan Rumah Terbalik ni juga ada restoran Mango Garden Restaurant jadi tak susah kalau nak makan. Harga makananpun berpatutan tak adalah cekik darahpun hehehe. Sebagai orang jati Sabah aku tumpang bangga dengan Rumah Terbalik ni. Walaupun kawasannya tak luas, rumah yang terbalikpun cuma satu, tak boleh bergambar di dalam tapi at least owner tempat ni berpandangan jauh, kreatif dan mampu menarik pelancong untuk datang ke Sabah. Memang respect and salute. Tak kisahlah tujuannya nak mengaut keuntungan semata-mata atau tidak tapi sekurang-kurangnya secara tak langsung dapat mencetuskan kegembiraan dan senyuman pada orang-orang yang datang melawat. At least dia ada Rumah Terbalik....Kau ada????


BACA SAMBUNGAN DI SINI


Tuesday, April 5, 2016

My Atkins DIET (Re-STARTED)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Today aku nak tulis pasal diet. Ada sebabnya kenapa aku nak masukkan entri tentang diet ni di blog Duniaku @ My World ni. Tujuan utama aku adalah untuk memberikan peringatan pada diri sendiri (self reminder). Mudah-mudahan kali ni diet aku benar-benar berjaya dan bukannya diet yoyo atau poyo atau cakap-cakap kosong mula-mula OK lama-lama KO ehehehe. Serius aku ni dah banyak kali berpuluh-puluh kali cuba hendak berdiet. Target aku nak kurus untuk kesihatan sebab aku ni muda-muda dah macam-macam penyakit timbul. Selain obesiti dan arthritis aku sudah mulai diintai encik diabetes. Apa tidaknya pemakanan tak mahu control asyik mencekik mentekedarah ahahahaa makan nasi 2-3 pinggan wooohhoooo mengalahkan anak jin huahuahua macamlah tahu anak jin makan berapa banyak kan kesian anak jin entah-entah anak jin makan sikit jak hohoooo.

OK back to my Atkins Diet......Apakah itu diet Atkins/Atkins Diet?
Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan kita akan mula menyusut. So tak boleh makan nasi, mee, mihun dan yang sewaktu dengannya, roti, buah dan apa sahaja makanan yang mengandungi karbohirat tinggi. Same goes to sugar, apa-apa makanan dan minuman yang bergula mesti dihindari. Kita hanya boleh makan makanan yang berprotein tinggi seperti telur, ayam, daging, ikan, udang, ketam (seafood) dan sayuran hijau.

Makan seperti biasa 3 hidangan utama (breakfast, lunch & dinner) dan 2 hidangan sampingan (10 a.m tea break & 3 p.m afternoon tea). But bear in mind untuk karbohidrat cuma dibenarkan mengambil 20g sehari sahaja huhuuu can you imagine??? Minuman pula hendaklah tanpa gula so tahan jak lah minum kopi kosong. Minum green tea pun boleh but no sugar pleaseeeee! Actually sebelum ni aku dah pernah cuba Atkins, sekali hujung tahun 2014. Masa tu memang semangat membara berkobar-kobar macam nak berperang melawan penjajah hahaha. And I did it miraculously successful from 85kg I managed to reduce my weight to 68kg. Bayangkan hilang 17kg siapa yang tak happy kan even though 68kg tu masih jauh dari my ideal weight 58kg means 10 more kgs to go but the satisfaction of losing weight without any drugs or medicine is beyond expectation.

Alkisahnya aku pergi bercuti ke Bandung awal tahun 2015 dan punah ranahlah diet Atkins aku selama berada di sana. Kerja aku makan makan makan. Makanan di Bandung memang heavenly super delicious sampaikan berguguran iman aku hahaha. Balik dari bercuti tu berat aku dah naik 2kg. Konon-konon nak sambung balik Atkins tapi masih tak konsisten still makan nasi dan karbohirat yang lain. Lepas sebulan tu berat naik lagi ke 72kg OMG barulah menggelabah. So aku bulatkan tekad untuk berAtkins semula tapi tup tup awal Mei 2015 tu aku dapat berita yang tersangat membahagiakan bahawa diri ini sedang berbadan dua. Ya Allah berita yang selama ini ditunggu-tunggu 4 tahun me and hubby menanti. Alhamdulillah syukur segala puji bagiMu Ya Allah terima kasih ya Allah. 

So...because I'm pregnant forget about Atkins Diet or any other diet or whatsoever diet hehehe. Waktu itu aku cuma fokuskan pada kandunganku sahaja. For the record I gained as much as 18kg during my pregnancy uupppsss terlebih sudah dan selain menjadi Mak Buyung yang gemilang dan terbilang aku juga mendapat title GDM (diabetes semasa mengandung). Nasib baiklah selepas bersalin GDM ni hilang syukur alhamdulillah tapi aku masih berisiko tinggi untuk menghidap diabetes tahap 2 nauzubillah minta dijauhkan Allah Aamiin. Selepas habis pantang berat aku turun dan dapatlah semula berat semasa awal-awal mengandung 75kg. Ya inilah beratku sekarang. After 3 months aku bertekad untuk kembali kepada Atkins. Semangat berkobar-kobar seperti dahulu malah lebih membara kerana aku perlu sihat demi si kecil babyku dan encik suami yang ketika ini juga makin gemilang ke arah menjadi Pak Buyung hahahaa jangan marah sayang gurau je hehehe.

90kg (9 months preggy)
current weight 75kg

One thing yang aku perasan bila badan kita gemuk kita akan kelihatan lebih rendah daripada tinggi sebenar kita. Hmmmm dahlah pendek bertambah pendek pula tapi pendek-pendekpun comel kan kan kan ahaaakss! 

Well I officially re-started my Atkins Diet on 1st April 2016. It's not April Fool yaa....not a joke!!! Inilah menu pertama Atkins aku my breakfast, sayur brokoli tumis dengan telur nyum nyum yummy.

Looks yummy right

BTW berat aku sebelum re-start Atkins adalah 75kg. According to My Atkins Diet Weight Loss Goals, I have to reduce 15.4kg mak aiiii banyaknya nak kena buang fuuhhh gus semangat hahaha.

OK setakat ini saja dulu tentang Atkins. Nanti aku update lagi bila dah kurus (chehhh confident konon hahaha) maybe after 1 month let see how many kgs I lost or I gain??? No No No.....



Wednesday, March 16, 2016

Aqiqah & Kesyukuran Baby Kahfi (12/03/2016)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah kami telah selamat mengadakan Aqiqah dan Kesyukuran untuk putera sulung kami Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri pada 12/03/2016 baru-baru ini. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas anugerahNya yang tidak ternilai....mudah-mudahan sembelihan Aqiqah ini diterima disisi Allah dan segala doa dimakbulkan Aamiin Aamiin Aamiin. Lebih menggembirakan lagi kerana keluargaku dari KK pun ada sama di Majlis ini. Kebetulan mereka datang melawat.

Keluargaku dari KK - Mak, Kakak, Anak Buah & Cucu
Untuk Majlis Aqiqah ini kami cuma mengadakan Tahlil dan Doa Kesyukuran kerana baby Kahfi sudahpun bercukur ketika usianya 40 hari. Namun agak lama juga aku membuat persiapan untuk majlis ini kerana aku membuat sendiri DIY pelamin mini, candy bar, photo booth dan meja untuk door gift. Aku pun tak tahu dari mana idea DIY ni datang. Mungkin kerana terlalu excited jadi macam-macam idea timbul. Semangat aku berkobar-kobar nak membuat semuanya sampai sanggup bersengkang mata. Bermula daripada bunga kertas crepe, riben, kertas hiasan dinding, photobooth props dan macam-macam lagi. Selama 2 minggu aku berusaha menyiapkan projek DIY ini. Memang tak tidur malam jawabnya. Aku hanya dapat melakukan kerja-kerja DIY ini selepas baby Kahfi tidur lena. Mujurlah baby Kahfi tidak banyak meragam diwaktu malam. Biasanya dia akan tidur lena dan hanya terjaga sekali dua untuk menyusu. Cerita tentang DIY project ni boleh dibaca di SINI

Pada pagi 12 Mac 2016 tu kami ke pusat sembelihan di Tutong untuk melihat penyembelihan dan penyediaan daging Aqiqah. Kira-kira jam 9.30 pagi kambing disembelih dan mereka selesai memotong daging sekitar jam 10.15 pagi. Memang bagus servis mereka di sini; tidak rugi mengambil pakej keseluruhan kerana mereka memang profesional dalam menguruskan Aqiqah. Malah mereka juga sedekahkan besen besar tempat menyimpan daging kambing.





Daging kambing dipotong kecil untuk dimasak

Selesai semuanya, kami pun membawa daging kambing balik ke rumah untuk proses seterusnya. Daging kambing perlu direbus dahulu beberapa jam agar lembut dan mudah dimasak dry stew nanti. Lebih kurang jam 6 petang selesai memasak dry stew kambing, ikan tongkol masak lemak cili api dan aku juga sempat membuat agar-agar jagung.
Acara bermula sekitar jam 7.30 malam dengan bacaan Surah Yassin diikuti bacaan Tahlil dan kemudian doa kesyukuran. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar Samri yang mengetuai bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikan kepadamu Aamiin.
Membaca Surah Yassin beramai-ramai sebelum Tahlil dan Doa Kesyukuran
Makanan kami tempah katering saja untuk 80 orang. Menunya nasi putih, ayam masak kunyit, telur masak merah dan pajeri nanas. Kami menambah lauk Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api dan Dry Stew Kambing yang kami masak sendiri. Jemputan terdiri daripada ahli keluarga hubby. My hubby ni memang keluarga besar sama macam aku juga big family. Bila berkumpul memang sangat ramai dan meriah. 
Menu Katering + Masak Sendiri

Oleh kerana acara pada malam itu cuma tahlil dan doa selamat, jadi tidak banyak cerita yang dapat dikongsikan disini. Tapi biarlah aku gantikan dengan gambar-gambar kami yang cun melecun ni hahahaa perasan!!!

Mama, Babah & Baby Kahfi

We Are Happy Family

The 3 of us (Love u both to the moon and back)



Dengan mama tersayang


Alolooo comelnya si baby pakai baju Melayu muaahhhh sayang anak mama
Baby aktif sangat tendang2 macam main bola hehehe
Dengan anak buah dan cucu (aku dah jadi nenek hohoho)
Bergambar di PhotoBooth hasil DIY ku


Dengan kakak sulung @Kak Sitia


Sepupu2 dan Makcik2 sebelah hubby

Anak-anak buah (hubby's side)

My anak-anak buah yang gorgeous

Candy Buffet start selepas jam 8 malam sebab kami nak budak-budak makan nasi dahulu sebelum makan makanan ringan ni. Kesian pula tengok budak-budak ni menunggu green light dari encik suami; mundar-mandir mereka. Ada yang sekejap masuk dalam rumah sekejap keluar, sekejap datang ke Candy Bar melirik-lirik hahahaa. Hubby garang dia tak bagi budak-budak ambil junk food sebelum makan nasi hehehe tau takuuuuttt!!!

Antara snacks, candy dan dessert yang ada: buah tembikai & anggur, air mineral, bingka susu, agar-agar jagung, tart telur, kuih pinjaram, choki choki, variasi coklat, variasi gula-gula, lollipop, peanut bar, pop ice, rainbow sour sweet, jelly, ice gem biscuits, amplang, mamee monsters, durian balls dan potato chips.

Candy Bar & Dessert Corner




Yeahhh jom serbu!!!


Tapau jangan tak tapau hahaha

Gambar-gambar di bawah ni gambar DIY pelamin mini, candy bar, photo booth dan door gift corner yang aku buat. Mudah-mudahan dapat memberikan sedikit inspirasi dan ilham kepada sesiapa jua yang membaca entri ini. Sebenarnya DIY @ buat sendiri jauh lebih menjimatkan cuma perlukan kerajinan dan masa yang banyak untuk fokus dan menyiapkannya. Bagi yang single mingle tu tentu tak ada masalah tapi bagi yang dah beranak pinak sudah tentu menghadapi kekangan masa dan tugas-tugas harian di rumah ditambah lagi dengan penat bekerja di office bagi yang berkerjaya. Namun dimana ada kemahuan disitu ada jalan; kalau benar-benar mahu pasti boleh. Ya Aku Boleh! Kamu Boleh! Dia Boleh! Kita Boleh! Kami Boleh! Semua Boleh! Semangat! Semangat! Semangat! hahahaha......

My DIY Pelamin Mini

My DIY Candy Bar


My DIY Photo Booth

My DIY Door Gift Corner
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan dan melancarkan semua urusan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran baby Kahfi ini. Semoga Aqiqah untuk baby Kahfi ini diterima olehMu ya Allah, segala doa diterima dan diperkenankan. Begitu juga dengan Tahlil yang ditujukan kepada arwah bapa Sulaiman bin Gadat dan ahli keluarga yang lain yang telah kembali ke sisi-Mu ya Allah. Semoga roh mereka semua sentiasa didalam rahmat dan mendapat pengampunanMu Aamiin Aamiin Aamiin. Tarikh 12 Mac ini juga adalah tarikh lahir arwah bapa; rindu serindu rindunya pada arwah Al-Fatihah.