Tuesday, April 26, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kundasang Part 2 (Perjalanan)-Kinabalu Park

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dah puas menterbalikkan pandangan di Rumah Terbalik Borneo, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perlu diingatkan kepada pelancong atau orang luar yang baru first time ke Sabah, jika hendak ke Gunung Kinabalu, Kundasang dan Ranau hendaklah mengisi minyak full tank siap-siap. Jangan risau kalau terlupa mengisi minyak di Kota Kinabalu, Pekan Telipok atau Tuaran, di sebelah Rumah Terbalik ni ada stesen minyak terakhir sebelum stesen minyak seterusnya di Ranau. Di Tamparuli ada juga tapi kena masuk ke Pekan pula. OK dah re-fill minyak full tank, membeli sedikit makanan dan minuman ringan, kamipun sambung perjalanan.

Jalan menuju ke Kundasang agak mencabar dengan jalan berliku-liku dan agak tinggi. More or less the same to Cameron Highlands and Genting Highlands. Aku dah biasa lalu jalan ni cos kampung mak aku (nenek) tak jauh dari Gunung Kinabalu. Kesejukan mula terasa jauh sebelum sampai di kawasan gunung. Kami sengaja tak pasang air-cond dan buka cermin kereta sedikit to feel the fresh air. Kadang-kadang macam terasa embun menerjah ke pipi dari kabus yang berarak turun dari atas gunung. Syahdunya feel so comfortable, cold and peaceful.

Persinggahan ke-2 kami ialah di Pekan Nabalu just for cuci mata (juga untuk merehatkan badan dan minda). Di Sini terdapat gerai-gerai jualan kraftangan, makanan dan bunga-bungaan (malangnya di sini kami tidak mengambil gambar). Gambar-gambar dibawah ni is courtesy from Google.






Kemudian kami meneruskan perjalanan sehinggalah kami sampai di Kinabalu Park. Di sini Persinggahan ke-3 dan kami memutuskan untuk masuk ke dalam park. Tiket yang dikenakan cuma RM3.00 seorang.

Yaaiiii ada tarikhlah (so kami CCC tu 14 Ogos 2013) hehehe
Agak luas juga Kinabalu Park ni tapi kami tak masuk sampai jauh ke dalam. Just ambil angin di hadapan pintu masuk dan kawasan berhampiran. Malas nak menjelajah sebenarnya sebab kami bukannya ada plan nak jungle tracking di sini. Cuma singgah sebentar melepaskan lelah kata orang hehehe. Adalah kitorang snap gambar sekeping dua (sekeping dua???) banyak sebenarnya (tapi malas nak upload banyak-banyak karang ada yang jatuh cinta pula) weiikksss perasan!!! hahaha.






Gunung Kinabalu Malu-Malu (Diliputi Kabus)


Tak lamapun kami di sini. Kan dah cakap cuma untuk melepaskan lelah. Then kamipun teruskan perjalanan ke Kundasang. Daripada Kinabalu Park ni ke Kundasang tak sampai setengah jam pun dekat sangat. Sampai di Kundasang kami terus ke Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa untuk urusan check-in.

OK nanti sambung Part 3 ceritera di hotel pula yaaa....chaooo!!!


BACA SAMBUNGAN DI SINI

No comments:

Post a Comment