Tuesday, March 15, 2016

My DIY Project

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Projek DIY aku ni adalah untuk Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran baby Kahfi yang telah diadakan pada 12 Mac 2016. Aku banyak google sebenarnya, mencari idea dan belajar cara-cara membuat hiasan dinding. Sejujurnya untuk membuat banner, label, kad jemputan dan sticker semua aku copy saja design dari google. Just edit, touch up tambahkan apa yang patut hehehe. Cuma idea susunan hiasan, décor pelamin mini, photo booth dan door gift corner memang 100% idea sendiri. Banyak lagi sebenarnya idea yang bermain di fikiran tapi tak apalah simpan untuk lain kali mungkin majlis harijadi in shaa Allah mudah-mudahan ada rezeki, umur panjang, ada izin dari Allah S.W.T Aamiin.

Banner

Sticker

Kad Jemputan
Gambar-gambar di bawah ni sewaktu membuat bunga kipas untuk hiasan pelamin mini. Apa yang diperlukan cuma kertas, double sided tape, gunting dan hot glue sahaja. Kalau nak lebih kreatif, boleh tambahkan manik atau ready made accessories macam bunga-bunga kecil, riben, patung-patung kecil dan apa sahaja yang difkirkan sesuai dan unik. Kalau nak save budget gunakan saja apa yang sedia ada didalam rumah (macam yang aku buat hehehe), yang penting kita kena pandai mengolah dan sesuaikan dengan warna atau corak dan susunatur pelamin itu nanti. Percaya tak pelamin mini yang aku buat ni kos untuk hiasannya tak sampaipun B$10 lillahi betul bukan betulkah bohong tapi ini memang betul hehehe. Aku cuma berbelanja untuk wrapping paper, kertas crepe, kertas warna dan riben roll. All and all cuma dalam B$8. Itupun semuanya digunakan untuk menghias empat tempat iaitu pelamin mini, candy bar, photo booth dan door gift corner. Jimat sejimat-jimatnya kan kan kan!!!
 
Dalam proses membuat bunga kipas untuk hiasan pelamin mini
Simpan manik kreatif gitue
 
Yang dah siap
Kertas-kertas yang lain aku just gunakan rough paper dan ada juga brochure serta fliers Pizza Hut, Sushi dan lain-lain. Daripada dibuang kan ada gunanya aku jadikan hiasan ehehehe. Manik-manik pula memang sedia ada dalam simpanan. Yang dah berkurun zaman dalam rumah tapi tak pernah digunakan jadi apa lagi aku pun ambil dan lekat kat hiasan bunga kipas ni pintar kan huhuhu.

Masih dalam proses pembikinan

comel tak?
Banner yang lekat di dinding tu sponsor dari kawan. Begitu juga dengan sticker untuk door gift. Kain backdrop ni aku guna kain ela yang sedia ada di rumah. Kain ni untuk buat baju kurung sebenarnya hadiah dari kawan office aku yang berhijrah ke Dubai ikut suami dia. Daripada membeli baru lebih baik aku gunakan resources yang sedia ada hehehe bukanlah kedekut tapi nak berjimat dan sebab tak ada budget juga huhuuu.

Inilah hasilnya setelah siap. Bunga kipas hiasan paling atas aku tukar warna biru ni
Aku gunakan Play Pen baby hadiah dari kawan untuk ganti buaian. Rak tepi hijau tu memang sedia ada dan hiasan-hiasannya pun aku just pakai barang-barang yang ada dalam rumah. Karpet biru ni pun ready item. Manakala cadar dan sarung bantal pula dijahit oleh tukang jahit tempat aku biasa menempah baju dengan upah B$20 termasuk samping untuk baju Melayu. Manakala baju Melayu dan topi untuk baby Kahfi dia jahit percuma. Terima kasihlah pada semua yang memberi hadiah dan yang bersedekah kepada baby Kahfi. Semoga Allah membalas dengan seribu kebaikan Aamiin. Alhamdulillah murah rezeki baby. Kos keseluruhan untuk pelamin mini ni lebih kurang dalam B$30 termasuk kos double sided tape dan hot glue. Kalau nak sewa pelamin mini di sini kos paling murah B$400 untuk design yang paling simple. Kan terlajak jimat kalau buat sendiri hehehe.
 
Yang ini pula Snack & Candy Bar And Dessert Corner. Untuk hiasan dinding aku gunakan banner yang sama dengan bunga kipas pelbagai saiz dan warna.
 
 
 
 
 
 
Bunga carnation ni aku DIY menggunakan kertas crepe. Cantikkan???
 
DIY carnation using crepe paper
 
Frame gambar untuk hiasan meja Candy Bar
 
Kos keseluruhan untuk hiasan Candy Bar ni juga sekitar B$30. Yang agak mahal frame gambar hampir B$20 untuk 3 frame ni. Aku juga membeli lapik meja 2.5m dengan harga B$6.25 dan selebihnya kos untuk kertas, double sided dan hot glue. Hiasan yang lain semuanya recycle guna balik kain lace dan accessories masa kahwin 5 tahun lepas hehehe.
 
Bagi Photo booth aku berbelanja sekitar B$15 untuk blackboard, props stick, wrapping paper dan pomander ball.
  
 
 

Props buat sendiri hehehe

cun tak???
Last but not least my DIY Door Gift Corner. Yang ini aku cuma spend B$5 untuk lapik meja dan B$1 untuk wrapping paper (tak termasuk kos door gift yaa).
 
 
 
Door gift: Telur rebus untuk kanak-kanak & Minuman untuk dewasa
 
Jadi secara keseluruhannya untuk membuat dan menghias keempat-empat set up (Pelamin Mini, Candy Bar, Photo Booth & Door Gift Corner) ni aku cuma berbelanja sekitar B$80 terlajaklah murah kan kan kan.  

No comments:

Post a Comment