Friday, September 9, 2016

My Atkins Diet: Update

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Aku nak tulis pasal Diet Atkins lagi. Ini sambungan daripada entri INI

Kiranya aku nak review dan update on my progress. Dalam entri yang lalu katanya nak update lepas sebulan tapi ini dah 5 bulan nampak sangat tak menepati kata-kata sendiri hohoho. OK sorry sorry memang aku dah terlebih lambat update tentang diet Atkins aku ni tapi mohon dimaafkan sebab aku sibuk dengan baby, sibuk dengan Raya dan yang terlebih teruk lagi laptop aku meragam build-in keyboardnya rosak. Dah hantar repair tapi tak dapat diselamatkan sebab tu lah lama tak kemaskini blog dan termissout pula nak update pasal diet ni (ALASAN) hahaha. Betul...now ni aku pakai external keyboard tak percaya??? nak aku ambil gambar??? haaaa tak payah buang karan jak hahaha.

Well as per my previous entry http://yus-ain2.blogspot.com/2016/04/my-atkins-diet-re-started.html aku start re-diet bulan April tahun ni. The first month tu memang berat badan berkurangan dengan drastik sebab aku fully stick to Atkins programme, disiplin ohhh dan tak ada mengelat langsung. Meaning betul-betul 100% diet Atkins dan tak ada curi-curi makan karbohidrat. Dan hasilnya aku berjaya kurangkan 8kg dalam masa sebulan. Berat sewaktu mula-mula diet tu 75kg (itupun check dengan timbangan di rumah) bila check di hospital berat aku 78kg hohoho nak pakai yang mana satu??? Tak kisahlah yang penting selepas sebulan tu berat aku 67kg. Jadi matematiknya:

75kg - 67kg = 8kg (haaaa pandai mak budak ni mengira)

Ini gambar aku ketika mengandung dan gambar progress sebelum dan selepas.

90kg - mak buyung yang gemilang buyung hahaha

Before and After
My progress....the first 2 months memang cantik tapi selepas tu it statics no changes
Refer gambar before and after ni, bulan yang kedua tu (jun) aku cuma turun 1kg. Jadi berat diawal Julai adalah 66kg. Second months onwards berat aku semakin statik payah nak turun. Masa bulan Ramadan tu turun 2kg ke 64kg tetapi naik semula 2kg di bulan Syawal hahaha. Until now it stays at 66kg. Bila dah macam ni mulalah aku nak give-up. Hmmm bosan sebab berat tak turun-turun walaupun dah berdiet sehabis baik. Tapi sebenarnya dah beberapa kali aku melanggar pantang especially the whole month of Syawal. Makan ais krim, minum manis, kuih raya, kek, roti, spagethi, kue tiaw goreng dan yang seangkatan dengannya. Mujurlah iman aku masih tebal dan dapat mencegah diri dari makan nasi. Kalau tidak gerenti berat aku naik mendadak.


Ini awal Syawal berat aku 64kg....di penghujung Syawal naik 2kg huaarrggghhhh

Aku bertekad untuk teruskan diet Atkins ni walaupun lately 'malar' langgar pantang. Bukannya apa once you started makan yang manis-manis that's the main problem because your body tend to crave for sweet. If you can't resist the temptation than it will become a major issue cos even though kita ambil sikit-sikit tapi bila dah selalu makan badan akan ketagih semula pada makanan manis ni. That's what happened to me. Badan ni dah ketagih 'MANIS' semula ohhh nooooo please stop it now or regret it later huhh! Aku plan nak start sit-up dan indoor cycling soon hopefully badan aku dah ready untuk exercise after undergone c-sec operation delivering my precious little prince 8 months ago.

Oh My Atkins Diet....WISH ME LUCK AGAIN AND AGAIN....DON'T STOP BELIEVING...I CAN DO IT!!! YES I CAN!!!


Baca entri tentang MENU MAKANAN ATKINS di http://yus-ain2.blogspot.com/2016/09/my-atkins-diet-menu-makanan.html

No comments:

Post a Comment