Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Daripada Stesen Gambir Jakarta kami menuju ke hotel menaiki teksi Silver Bird. Kami stay di hotel ni ARTOTEL. Dah survey awal, kami pilih hotel ni disebabkan keunikannya yang menampilkan konsep art didalam hiasan dalaman dan lanskap hotel. Bilik-bilik yang disediakan pula berkonsepkan studio dengan pelbagai art yang unik. Kami sampai sekitar jam 3 petang. Bayaran untuk 2 malam ialah Rp1,520,000 (B$162/RM421.20).
![]() |
| Kecil saja hotelnya tapi da boom malatop!!! |
![]() |
| Menunggu nak check-in |
Kitorang dah booking awal hotel , our special request double bed and non-smoking floor tapi sangat mengecewakan kerana kami diberi bilik area smoking floor pula. Bilik yang diberikan pula sangat berbau asap rokok sehinggakan aku tak dapat bernafas (sesak nafas) mungkin orang yang stay dibilik ni baharu saja check-out. Pada mulanya kami tidak dimaklumkan bahawa bilik ini dibahagian smoking. Bilik ni memang cantik tapi kami tak tahan dengan bau rokok yang sangat kuat. Jadi kamipun complaint dan minta untuk ditukar bilik.
![]() |
| Inilah bilik first kitorang cantik tapi bau rokok (can't stand it) |
Menurut penyambut tetamu, bilik non-smoking double bed mereka penuh kerana ada delegasi dari Jepun dan setakat ini hanya ada bilik twin bed sahaja. Disebabkan kami hanya bermalam disini untuk 2 malam dan tidak dapat tolerate dengan bau rokok itu kami pun agree ambil twin bed. So terpaksalah kami tidur separately untuk 2 malam sob sob. Dalam hati ada perasaan geram dan tidak puas hati kerana kami telah menempah awal 2 bulan sebelum bercuti ke sini tetapi tak ada guna kami argue kerana itu tidak akan menyelesaikan apa-apa sebaliknya akan merosakkan mood kami pula.
![]() |
| Bilik Twin Bed....huarggghhh (sedih tau) |
Sebenarnya aku plan untuk berjalan-jalan ke Monas dan Masjid Istiqlal atau Taman Mini tetapi seperti tidak cukup masa dan kami agak letih. Jadi kami memutuskan untuk berehat di hotel saja. Lagipun sudah 5 hari kami berjalan sakan di Bandung. Mungkin ada baiknya kami berehat untuk malam ini. Tetapi kami ada keluar sekejap melihat-lihat di sekitar kawasan hotel. Di seberang hotel kami tu ialah Kompleks Membeli Belah Sarinah. Kami sempat masuk ke sana tetapi hanya di ground floor sahaja kerana kami tidak berniat membeli apa-apa.
Kami mencari tempat untuk makan malam. Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan di luar dan mencari restoran. Kemudian kami ternampak restoran padang ni.
Kami mencari tempat untuk makan malam. Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan di luar dan mencari restoran. Kemudian kami ternampak restoran padang ni.
![]() |
| Restoran Salero Jumbo....cantik |
Hidangan masakan Padang memang superb. Kelazatannya sukar untuk ditandingi sama seperti masakan Sunda. Tetapi masakan Padang disajikan secara berhidang, semua jenis lauk dihamparkan di atas meja. Kita boleh pilih yang mana kita suka dan hanya akan dicaj bagi makanan-makanan yang kita makan sahaja. Jadi pastikan kita menyentuh atau mengambil makanan yang kita inginkan sahaja kerana walaupun mencuba secubit tetap akan dikira sepiring.
Alhamdulillah kenyang, makanan sangat-sangat sedap cukup puas hati tapi.....tapi.....tapi....tapi punyalah MAHAL cekik darah wooo nak pengsan aku dengar harganya grrhhhhh. Kitorang kena lebih dari Rp500,000 (B$55/RM143) terkejut beruk kami. Di Brunei dan Malaysia tak pernah lagi makan sampai mahal macam ni. Kitorang makan Sushi yang agak mahal harga menunya pun tak sampai B$40 untuk kami berdua. Jadi ini memang kategori terlajak mahal bagi kami. Bukannya kami makan semua lauk pauk tu kitorang just makan 2-3 jenis saja. Kalau nak tahu makanan dalam piring kecil tu dorang terus kira X 2 walaupun isi dalamnya ciput. Ikan seekor tu pun boleh kira X 2 adakah patut huhhh nasib baik tempat orang tak nak cari pasal kalau di tempat sendiri memang dah buat hal dah huahuahuaa (cakap jak lebih tapi tak buatpun) huhuhuuu. Berasap juga telinga ni sekejap gara-gara tak puas hati tapi apa boleh buat terpaksa sabar (muka dah berubah warna hijau macam nak tukar jadi hulk) hahahaa. Tak baik marah-marah kan itu rezeki dah makanpun masuk dalam perut. Hmmm patutlah kedai tu kosong tak ada pelanggan selain kami, rupa-rupanya harga makanannya sangat mahal. Lain kali dah tau trick kalau kedai makan tu kosong means mahal atau tak sedap hehehe.
Lepas kena pau tu (makan mahal), kitorang terus balik ke hotel (hilang selera nak jalan-jalan) hahahaa kesian. Then kitorang lepak dalam bilik saja sambil tengok TV dan last-last ZZZ (2 twin bed yang cinonet bagi kami yang saiz XXL ni...so tidur asing-asinglah huaarrgghh)...kesian deh lo! Good Night!!!
Tips Melancong 17 : Pastikan anda mengasingkan duit untuk bayaran hotel sekiranya anda tidak membayar dengan credit card. Biasanya bayaran hotel perlu dijelaskan sepenuhnya ketika check-in.
BACA SAMBUNGAN DI SINI: JAKARTA DAY 2 - TAMAN MINI
![]() |
| Tengok tu berselera hubby makan |
![]() |
| Semua sedap...bukan setakat sedap tapi sangat-sangat tersangatlah sedap...thumbs up!!! |
Lepas kena pau tu (makan mahal), kitorang terus balik ke hotel (hilang selera nak jalan-jalan) hahahaa kesian. Then kitorang lepak dalam bilik saja sambil tengok TV dan last-last ZZZ (2 twin bed yang cinonet bagi kami yang saiz XXL ni...so tidur asing-asinglah huaarrgghh)...kesian deh lo! Good Night!!!
Tips Melancong 17 : Pastikan anda mengasingkan duit untuk bayaran hotel sekiranya anda tidak membayar dengan credit card. Biasanya bayaran hotel perlu dijelaskan sepenuhnya ketika check-in.
BACA SAMBUNGAN DI SINI: JAKARTA DAY 2 - TAMAN MINI























































































