Sunday, March 15, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 5 - Part 2 (Shopping) 12/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dari Trans Studio Bandung, kami balik ke hotel untuk berehat seketika. Kemudian selepas Maghrib kami keluar semula. Hajat di hati hendak membeli ole-ole untuk anak-anak buah yang masih baby (terlupa) hehehe. Kami bercadang hendak ke FO Anak Kecil LINK dengan menaiki teksi. Waktu ni hujan renyai-renyai.

Nak dijadikan cerita kami telah ditipu oleh pemandu teksi ni. Mungkin juga dia sengaja berbuat begitu kerana malas hendak menghantar kami disebabkan jalan jamm. Dia menurunkan kami di tepi jalan dan memberitahu bahawa FO Anak kecil hanya di seberang jalan. Sudahlah tambang yang diminta agak mahal berbanding yang tertera didalam meter katanya untuk membayar parking di hotel waktu mengambil kami tadi hmmmm. Dalam keadaan hujan tu kami pun keluar dari teksi dan dengan susah payah manage to cross the road.

Ke hulu ke hilir kami mencari tapi tak jumpa FO Anak Kecil tu. Then kami pun bertanya orang-orang disana kata mereka FO Anak Kecil bukan disitu. Mereka menunjukkan arah kepada kami, menurut mereka hanya berjalan kaki sekejap akan sampai ke sana. Huhhh punyalah jauh kami berjalan kaki masih tak nampak-nampak bayang FO Anak Kecil tu sampaikan kami dah give up. Dengan hujan yang semakin lebat kami redah saja dan sekali lagi bertanya pada orang. Nasib baik orang yang ini memberikan kami direction yang details. Selepas berjalan lagi lebih kurang 10 minit sampai juga akhirnya di FO Anak Kecil tu. All and all I think ada lebih kurang 20 minit kami berjalan kaki huaarrrghhhh sakit hati, sakit kaki dan lenguh sangat sampai kejang kaki berjalan. Rupanya bagi mereka di sini setakat berjalan kaki 30 minit atau 1 jam tu bagi mereka itu sangat dekat huhuhuu.

Kami membeli beberapa helai baju baby, sarung tangan dan sarung kaki. Masa ni dah tak larat nak ambil gambar. Just copy gambar dari yahoo hiiyyy.



Selepas shopping di sini, kami meminta staff di Anak Kecil ni untuk mendapatkan teksi. Mujur mereka sangat membantu maka kami tidak perlu berjalan jauh untuk mencari teksi. Sekejap sahaja ada teksi muncul di hadapan FO ini. Kami meminta untuk dihantar ke CiWalk untuk window shopping dan dinner. CiWalk ni hanya di seberang hotel tempat kami stay. Kelmarin dah survey cuma belum masuk ke dalam.

Kat sini Cihampelas Walk (CiWalk)
Oleh kerana tadi dah penat jalan kaki, kami mengambil keputusan untuk terus makan malam sahaja. Kami makan di Restoran Platinum yang sangat unik. Konsepnya sangat menarik terdapat meja makan berkonsepkan bar dan terdapat juga meja makan yang cozy dengan corporate style. Menu yang terdapat disini juga sangat unik.

Menu Spiderman

Menu Finding Nemo



Kitorang makan nasi goreng Platinum dan Kuey Tiaw goreng dan dessert tu sangat-sangat sedap tapi dah lupa namanya. Selepas makan kitorang round-round di sekitar CiWalk ni nak beli keropok. Kami masuk sebuah kedai yang menjual ole-ole keropok. Ada bermacam-macam jenis keropok. Keropok ni pun ada hahahaha....



Keripik Setan????? Seriously??? well....hmmm...X$#@!*&^%)(% hahahahaaaa no comment!!!!
Kitorang beli kerepek pisang ada bermacam-macam perisa, keju, coklat, strawberi, yang originalpun ada dan banyak lagi (lupa pula nak snap) ini semua pasal keripik setan ni punya pasallah hahahaaa.

Dah memborong kerepek, kami berjalan kaki balik ke hotel. Di sepanjang jalan ada banyak gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai barangan. We came across to this stall, huhhh mereka di sini jual senjata (senapang/pistol) just like that. Terkejut dan takutpun ada. Penjual tu siap suruh my hubby pegang dan ambil gambar punyalah sporting hehehe.



Rupanya stall jual senapang ni cuma diseberang jalan betul-betul berdepan dengan Hotel Fave tempat kami stay. Kalau difikirkan secara logik keadaan ini seperti menggamit pemikiran kita untuk mempersoalkan tahap keselamatan disini tapi syukur Alhamdulillah selama kami di sini tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami terus balik ke bilik dan packing barang-barang kami yang menimbun sebelum berehat@tidurWell berakhirlah episod Cuti-Cuti Cinta kami di Bandung selama 5 hari. Esoknya kami akan ke Jakarta pula menaiki keretapi. Wish us a safe journey yaa....Aamiin.

Nampak macam sikitkan tapi banyak sebenarnya

Tips Melancong 15: Berhati-hati apabila berurusan dengan pemandu teksi. Sebaiknya pilih teksi bermeter seperti Blue Bird atau Silver Bird dan sediakan duit kecil (small note) secukupnya kerana kebanyakan pemandu teksi tidak akan memulangkan baki dengan memberi alasan tidak ada duit tukar (sesetengahnya menganggap lebihan duit itu sebagai tips)



BACA SAMBUNGAN DI SINI: JAKARTA DAY 1 - PART 1

1 comment:

  1. sallam..
    Tuan/Puan..

    Kami dari BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT
    menawarkan sewa kereta murah dan service ok!
    untuk melancong di bandung dan di jakarta..
    kami juga memiliki driver yang berpengalaman di bidang pelancongan,
    dan kami juga menjamin ke selesaan kereta nya..
    harga kereta yang kami tawarkan :

    -toyota avanza
    -suzuki APV
    -daihatsu luxio
    -suzuki ertiga
    -kijang inova
    -KIA Pregio
    -toyota HIACE
    -KIA Pregio
    -ALPHARD
    -HYUNDAI H1
    -isuzu ELF (15 seat)
    -isuzu ELF (19 seat)
    -mini bas (25 seat)
    -medium bas (35 seat)
    -big bas (45 seat)

    Harga dijamin berpatutan dan jimat tentu dengan service yg tetap memuaskan hati..

    harga kereta tersebut sudah termasuk :
    -minyak/petrol
    -parking
    -tol
    -driver meal
    Per hari nye kereta boleh guna dari pukul 08AM hingga 10PM

    kami juga menyediakan pakej hotel + transport seperti :
    3D2N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    4D3N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    5D4N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)
    **jangan ter agak-agak bila Tuan/Puan menginginkan pakej yang sesuai bajet..

    Group yang telah kami layani adalah dari :
    - Kelab Proton Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - UITM Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - TV3 Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - rombongan group shopping dari Brunei Darusallam (boleh tengok tak FB)
    - etc

    Service inshaAllah memuaskan, sila tengok pelbagai testimoni2 dari bermacam client kami dalam halaman facebook kami

    hotel yang kami sediakan ada option 2 star/3 star/4 star bergantung sesuai keinginan, semua type hotel confirm with free breakfast buffet, wifi dan facility hotel lain nye

    "YOUR COMFORT AND YOUR SATISFACTION IS OUR TRADITION"

    Sila lawari TIPS BERCUTI JIMAT KAT BANDUNG, GARUT, BOGOR DAN JAKARTA

    untuk mengenai pakej selengkap nya,Tuan/Puan boleh hubungi kami kat :

    whatsapp : +62 83821789103
    call : +62 8812057848
    email : bandungamanahtour@yahoo.com
    FB page : BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT

    ReplyDelete