Wednesday, March 18, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Jakarta Day 2 - (Taman Mini Indah) 14/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Hari ini 14 Febuari 2015, hari ke 7 Cuti-Cuti Cinta kami, hari ke-2 di Jakarta dan hari ini ialah Hari Valentine (tapi kami tak sambut tau). Kalau mengikutkan perancangan awal kami sebenarnya mahu ke ANCOL tetapi disebabkan jalan menuju ke sana banjir, kami terpaksa membatalkan perancangan ini huaarrghhh sedih tau! Dah terbayang-bayang ikan lumba-lumba membuat persembahan akrobatik, really disappointed tak dapat pergi tapi mungkin bukan rezeki kami. Tak apalah mungkin lain kali jika ada kesempatan ke sini lagi hmmmm itupun kalau ada rezeki.

Kitorang change plan ke TAMAN MINI INDONESIA INDAH
Sebelum gerak dari hotel, kitorang sarapan dulu dan bergambar disekitar hotel. Cantik betul landskap di hotel ni. Di bahagian lobi dipenuhi dengan bunga-bunga segar, wanginya sangat harum dan menyegarkan. Memang sangat menyenangkan dan mindapun rasa tenang, aman damai gitu ehehehe.


Banyaknya makanan...boleh habis ke tu?

Minum Jamu



Comelkan hotel ni? Penuh dengan kesenian dan keunikan tersendiri.

Unikkan? Macam Predator pun ada

Tengoklah gambar-gambar kitorang posing didalam hotel ni, semuanya penuh dengan art.


The art very the cutest...
OK lets talk about the story for today eheheee (sibuk nak tunjuk gambar kan) huhhh! Kitorang ke TMII dengan menaiki teksi Blue Bird. Perjalanan ke TMII memakan masa lebih kurang 40 minit, agak jauh dari Bandar Thamrin tempat kami menginap. Nasib baik jalan tak macet walaupun agak sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Rupanya pemandu teksi ni melalui jalan lebuhraya patutlah tak jamm. Kami kena membayar tol sebanyak 2 kali tapi dah lupa berapa. Di Indonesia ni duit bayar parking atau tol kita kena bayar sendiri dorang tak ada nak bayarkan punya semua penumpang kena tanggung sendiri dorang tahu hantar saja. Tambang ke TMII lebih kurang Rp140,000 (B$15.22/RM39.57) termasuk bayaran tol (ingat-ingat lupa sebenarnya).

Untuk masuk ke TMII kami membayar Rp10,000 seorang (wow sangat murah) cuma sekitar B$1.04/RM2.70. Teksi akan menghantar kita sampai ke dalam dan macam biasa kita terpaksa membayar parking fee untuk teksi walaupun mereka cuma drop kita sahaja. Hmmm segala-galanya perlu keluarkan duit di sini terutama pelancong dari luar tapi nasib baiklah tak mahal. Untuk makluman TMII ni sangat luas tau seharian pun tak cukup untuk benar-benar mengunjungi dan menghayati segala wahana yang ada di sini. Ada bermacam-macam kemudahan dan permainan seperti Snow Bay Water Park, Cable Car, Giant Balloon, Cultural Houses, Istana Anak-Anak, Kolam Pancing dan banyak lagi. Tempat makanpun sangat banyak kerana terdapat gerai-gerai dan restoran yang menawarkan variasi menu yang pelbagai. Begitu juga dengan kedai-kedai cenderahati yang rata-rata menjual barangan mereka dengan harga yang sangat murah. Selain itu terdapat juga penjual-penjual yang menjual barangan permainan kanak-kanak ditempat terbuka serta penjaja-penjaja yang menjual pelbagai jenis makanan ringan. Pada pandangan aku TMII ini adalah one-stop centre untuk beriadah,bermain, makan-makan dan bersantai yang complete  sangat berpatutan (malahan terlajak murah) dan cukup sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
Our...Wefie
Perkara pertama yang kami lakukan di sini ialah meninjau-ninjau. Kami tak tahu banyak tentang TMII ini kerana ia bukanlah destinasi pilihan awal kami. Jadi we are like clueless about what to do here ehehehe so kami observe dulu apa yang ada. Setelah meninjau-ninjau kami dapati tempat ini tersangatlah luas. Tetapi ada banyak kemudahan transport di sini yang menawarkan kita untuk mengelilingi seluruh TMII. Kita boleh menyewa ojek, motosikal dan basikal atau menyewa kereta. Ada juga keretapi mini, bajaj, angkutan dan pengangkutan bas pun ada disediakan. Tempat pertama yang kami lawati ialah Rumah Adat yang terletak di kawasan terbuka sekitar TMII ini. Tidak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke rumah-rumah adat ini (cool). Memang cukup unik seni binaan rumah-rumah adat yang ada di sini, begitu juga dengan landskap yang dibuat disekitarnya.

Rumah Adat Jambi

Rumah Rakyat
Landskap Rumah Rakyat


Candi Borobudur Mini

Rumah Adat Lampung

Rumah Adat Jawa Barat

Rumah-Rumah Adat Yang Lain
Yang ini Muzium Indonesia tapi kami tak ada masuk ke dalam, just bergambar di luar sahaja.
Muzium Indonesia
Cuaca agak panas waktu itu, kami singgah minum di gerai tepi jalan yang terdapat di sini dan selepas itu bermulalah episod kembara kami di sekeliling TMII ini. Dan yang pastinya photo time.....huhuhuu


Teh botol yang sedap...I'm addicted to it


Display Model Keretapi berhampiran gerai makan

Selepas membasahkan tekak, kami menyambung perjalanan jalan kaki mengelilingi TMII ini. Kami dapat lihat banyak tarikan di sekeliling kami. Ada tempat untuk menyewa basikal, ada kedai cenderahati dan macam-macam lagi.

Sangat murah cuma Rp15,000 se jam (B$1.63/RM4.24)


Stall menjual soto & laksa Betawi...siap boleh delivery
Kami mengambil keputusan untuk masuk ke Dunia Air Tawar memandangkan both of us sangat suka dengan hidupan laut terutama ikan. Hubby pula memang hobinya memancing. Tiket masuk ke DAT cuma Rp25,000 seorang (B$2.72/RM7.07) sangat murahkan. Bayaran ini sudah termasuk bayaran masuk ke Dunia Serangga. Terlopong juga seketika bila diberitahu harga tiket yang boleh digunakan untuk masuk ke dua buah planetarium yang berbeza. Rasanya ini pertama kali kami masuk ke tempat lawatan yang sebegini murah respect bro. Seronoknya.....yuhuuuu. Jom layan gambar-gambar kitorang dalam Dunia Air Tawar dan Dunia Serangga.
 
Dunia Air Tawar
Dunia Serangga
Selepas itu, kami ke Muzium Prajurit. Harga tiket cuma Rp2,500 seorang (B$0.27/RM0.70) shockingly cheap!!! tetapi kami cuma mengambil gambar di sekeliling dan tidak masuk ke dalam dewan pameran. Konon-konon kami nak menjelajah dan menghabiskan semua tempat di sini sebelum petang.

Muzium Prajurit/Pahlawan
Dah puas bergambar di Muzium Prajurit, kami singgah di kedai menjual souvenir membelikan set baju TMII untuk anak-anak buah. Harga sepasang cuma Rp30,000 (B$3.26/RM8.48) dan boleh memprint nama serta gambar dengan percuma (terlajaklah murah).
Destinasi kami seterusnya ialah Istana Anak-Anak. Tempat ni memang sangat cantik seperti istana dalam filem Disney. Aku yang dah tua-tua ni pun excited tengok apa lagi kalau kanak-kanak mesti out of control seronoknya. Kitorang bergambar di luar istana ini dan masuk ke dalam dengan bayaran Rp10,000 (B$1.09/RM2.83) dan mengambil gambar dengan photographer dengan bayaran Rp25,000 (B$2.72/RM7.07). Di dalam Istana Anak ini terdapat pelbagai permainan seperti kolam renang, keretapi kelinci, mandi bola, bumper car, kiddy boat, monorail dan macam-macam lagi dengan kadar bayaran yang berbeza namun sangat murah sekitar Rp5,000 (B$0.54/RM1.40) ke Rp10,000 (B$1.09/RM2.83).


Istana Anak-Anak
Gambar siap Rp25,000 (B$2.72/RM7.07)

Dari Istana Anak ini, kami sepakat untuk balik kerana sudah penat dan kami juga merancang untuk ke Tanah Abang, hendak membeli telekung. Tanah Abang ni sama seperti Pasar Baru di Bandung tutup awal dalam jam 4.30 macam tu. Entah kenapa dorang ni tutup awal, pelik juga aku macam office hour pula ehehee. Tapi sebelum balik kami sempat menaiki Kereta Gantung (Cable Car), dengan bayaran Rp30,000 seorang (B$3.26/RM8.48).
Yeaahh naik cable car

Tengok ni, cantiknya pemandangan dari atas masa naik cable car....breathtaking view.

Pemandangan dari dalam Cable Car
Kitorang menaiki teksi Silver Bird lagi. Kali ni pemandu teksi ni sengaja nak cekik darah kitorang kot. Dia tanya kitorang nak lalu highway ke jalan biasa. Aku cakap lalu jalan yang tak jamm. Then dia bagitahu dua-dua jalan pun sama saja tapi highway kena bayar tol lebih baik lalu jalan biasa. Kami pun setuju dah kami bukannya tahu jalan biasa tu macam mana. Sekali punyalah teruk jamm nak menangis aku. Sampai hati pemandu teksi ni tipu kami. Agaknya dia sengaja guna jalan biasa supaya meter teksi melambung. Memang betul kami terpaksa membayar hampir Rp200,000 (B$21.74/RM56.52) untuk ke Tanah Abang huaarrrghhh geramnya dalam hati. Dah tu sampai di Tanah Abang, kedai-kedai mostly dah tutup. Nasib baik sempat membeli telekung yang kami nak tu. Itupun dengan susah payah mencari kedai yang masih buka dan hampir-hampir sesat sewaktu nak keluar dari sana. Besar sangat kawasan Tanah Abang ni berblok-blok, kalau tak ada guide ada kemungkinan sesat.

Waktu ni dah hampir jam 5 petang. Kitorang belum lunch lagi kerana hendak cepat-cepat ke Tanah Abang tadi takut tak sempat. Punyalah lapar perut berkeriuk-keriuk. Tak tahu nak makan di mana, kan kitorang first time ke sini. Last-last kitorang cari teksi balik ke hotel. Kitorang fikir lebih baik makan di kawasan hotel sahaja. Pada mulanya ada teksi tu nak cekik darah kami lagi dia minta Rp200,000 untuk hantar kitorang ke Thamrin. Aku tak percaya sebegitu mahal harganya sedangkan yang aku google Thamrin tu berdekatan saja dengan Tanah Abang. Jadi aku memberitahu my hubby untuk cari teksi lain. Sah memang teksi tadi tu nak pau kami. Kitorang naik teksi lain tak sampai Rp30,000. Cuba korang kira berapa jauh beza 200,000 dengan 30,000 huhhh cekik darah nasib baik kami tak agree dengan teksi yang first tadi tu.  Jadi kena hati-hati, banyakkan google tentang tempat-tempat yang kita nak pergi cos kita tak tahu mungkin ada orang yang akan cuba untuk mengambil kesempatan dan menipu kerana mereka tahu kita ni pelancong.

Dipendekkan cerita disebabkan lapar kitorang suruh driver teksi tu turunkan kitorang di Kompleks Sarinah seberang hotel. Then kitorang makan di KFC Sarinah tu. Lapar tahap Gaban, makan tak ingat dunia nasib baik tak tercekik hahahahaa. Selepas makan kitorang balik ke hotel, berehat dan tidur sepuas-puasnya.


Tips Melancong 18: Walaupun anda sangat excited berjalan-jalan atau shopping, pastikan anda makan mengikut masa yang sepatutnya. Jangan menunda waktu makan semata-mata kerana ingin shopping lebih lama atau kerana belum puas berjalan-jalan. Ingat KESIHATAN itu lebih penting apatah lagi bila berada di luar negara.




2 comments:

  1. sallam..
    Tuan/Puan..

    Kami dari BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT
    menawarkan sewa kereta murah dan service ok!
    untuk melancong di bandung dan di jakarta..
    kami juga memiliki driver yang berpengalaman di bidang pelancongan,
    dan kami juga menjamin ke selesaan kereta nya..
    harga kereta yang kami tawarkan :

    -toyota avanza
    -suzuki APV
    -daihatsu luxio
    -suzuki ertiga
    -kijang inova
    -KIA Pregio
    -toyota HIACE
    -KIA Pregio
    -ALPHARD
    -HYUNDAI H1
    -isuzu ELF (15 seat)
    -isuzu ELF (19 seat)
    -mini bas (25 seat)
    -medium bas (35 seat)
    -big bas (45 seat)

    Harga dijamin berpatutan dan jimat tentu dengan service yg tetap memuaskan hati..

    harga kereta tersebut sudah termasuk :
    -minyak/petrol
    -parking
    -tol
    -driver meal
    Per hari nye kereta boleh guna dari pukul 08AM hingga 10PM

    kami juga menyediakan pakej hotel + transport seperti :
    3D2N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    4D3N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    5D4N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)
    **jangan ter agak-agak bila Tuan/Puan menginginkan pakej yang sesuai bajet..

    Group yang telah kami layani adalah dari :
    - Kelab Proton Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - UITM Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - TV3 Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - rombongan group shopping dari Brunei Darusallam (boleh tengok tak FB)
    - etc

    Service inshaAllah memuaskan, sila tengok pelbagai testimoni2 dari bermacam client kami dalam halaman facebook kami

    hotel yang kami sediakan ada option 2 star/3 star/4 star bergantung sesuai keinginan, semua type hotel confirm with free breakfast buffet, wifi dan facility hotel lain nye

    "YOUR COMFORT AND YOUR SATISFACTION IS OUR TRADITION"

    Sila lawari TIPS BERCUTI JIMAT KAT BANDUNG, GARUT, BOGOR DAN JAKARTA

    untuk mengenai pakej selengkap nya,Tuan/Puan boleh hubungi kami kat :

    whatsapp : +62 83821789103
    call : +62 8812057848
    email : bandungamanahtour@yahoo.com
    FB page : BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete