Friday, March 29, 2013

Puisi: Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Cinta adalah langit dan bulan
Memancar ghairah dari setiap arah
Membias sinar yang sama di serata maya
Cinta adalah bumi dan lautan
Membenam berahi pada setiap langkah
Memahat debar yang sama di setiap jiwa
Ya Cinta ibarat sebuah dunia, bebola yang tak sekata
Tak sempurna, tak serupa tapi masih juga sama
Ada yang pura-pura, ada yang bersandiwara
Ada yang hanya mencuba
Namun tak kurang juga yang tulus mencinta

International Women's Club (B)....23rd Year Anniversary

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 

Sambutan ulangtahun yang ke-23 tahun penubuhan International Women's Club (B) telah diadakan pada 28 Mei 2011 bertempat di Berkshire Hall Royal Brunei Polo & Riding Club Jerudong, Negara Brunei Darussalam bertemakan 'Celebrating Cultural Diversity'. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh wakil-wakil dari negara luar seperti Malaysia, Filipina, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia, India, USA, UAE dan Negara Brunei Darussalam sendiri sebagai penganjur.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk persembahan tarian kebudayaan, nyanyian, sketsa dan lawak jenaka. Menariknya, wakil-wakil dari setiap negara juga masing-masing membuat persembahan. Tetamu yang hadir pada malam itu juga begitu sporting bersama-sama memberikan sokongan pada wakil-wakil yang membuat persembahan, mengiringi lagu-lagu persembahan dengan tarian joget, cha cha cha dan twist. Gambar di bawah ini adalah sebahagian daripada persembahan yang dipertontonkan pada malam tersebut.

Pengalaman berkenalan dan bertukar-tukar cerita dengan pelbagai tetamu pada malam itu memberikan satu pengajaran yang cukup bermakna pada saya. Selain bertukar-tukar pendapat, saya juga berpeluang melihat variasi kebudayaan negara lain termasuk cara pertuturan dan ideologi masyarakat mereka secara tidak langsung. Pada pendapat saya komunikasi merupakan wadah yang sangat penting untuk kita mempelajari sesuatu. Walaupun berbeza budaya, adat resam, agama, bahasa dan sosiologi tetapi asalkan kita mampu berkomunikasi dengan cara yang betul pasti kita akan dapat berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat.





Debaran...Dub Dab Dub Dab

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
 
Hari ni 16 Disember 2011....tinggal 7 hari lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Bermacam-macam perasaan sekarang ni. Yang paling ketara ialah berdebar-debar. Sampaikan saya susah untuk tidur malam. Kadang-kadang terbangun tengah malam. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi hehehe. Sebenarnya saya memang gembira dan rasa bahagia kerana akhirnya saya akan mendirikan rumahtangga bersama calon suami yang saya pilih sendiri. Walaupun perkenalan kami tidak lama tetapi saya telah bersedia untuk menerima dia seadanya dan bersedia mengharungi kehidupan bersamanya. Cuma kadang-kadang saya risau juga memikirkan masa depan. Biasalah kita manusia tak pernah lepas dari memikirkan dan membayangkan hal-hal yang belum berlaku. Lagi pun di zaman ini kebanyakan orang tidak lagi menghargai kasih sayang dan terlalu mudah berubah. Manusia begitu mudah terpengaruh dengan hasutan orang dan propaganda yang belum tentu benar juga budaya yang merosakkan. Saya selalu merasa takut kalau selepas berkahwin kasih sayang akan pudar dan hilang. Saya bimbang perasaan pasangan saya akan berubah dan saya takut dipinggirkan. Mungkin kebanyakan wanita pun mempunyai ketakutan seperti ini tetapi bila difikirkan sampai bila saya harus takut? Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semuanya ditentukan Allah jadi kenapa perlu takut bila Allah telahpun menentukan segalanya untuk kita. Yang paling penting adalah keberanian dan usaha kerana nasib kita tidak akan berubah melainkan kita sendiri berusaha merubahnya...Insyaallah dengan izin Allah yang maha berkuasa rumahtangga kita akan dilimpahkan dengan rahmat kebahagiaan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa...amin amin ya rabbil alamin.




Ya Allah berkatilah majlis perkahwinan ku nanti. Permudahkanlah segalanya Ya Allah. Limpahkanlah rumahtangga kami nanti dengan rahmatMu Ya Allah. Semoga aku mampu menjadi seorang isteri yang baik dan taat. Semoga aku dapat memperbaiki diri. Semoga aku dapat membantu suamiku nanti membina keluarga yang beriman, yang beramal, yang harmoni, yang sejahtera, yang bahagia hingga ke syurga....AMIN   

My Parent...Bapa & Mak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
 

Ini gambar mak dan bapa saya. Waktu ini sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-46 tahun. Kebetulan ulangtahun perkahwinan kakak saya  dan harijadi anak buah saya pun dalam bulan yang sama jadi kami sambut sekali. Itu yang sampai ada 3 kek hehehe.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kedua ibu bapaku kesihatan yang baik, lanjutkanlah usia mereka, jauhkan mereka dari sebarang musibah, luaskanlah pintu rezeki, ketenangan dan kegembiraan buat mereka. Semoga kami masih dapat bersama-sama meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada tahun-tahun yang akan datang...amin amin ya rabbil alamin.

Mesilau Desa Dairy Farm









Cucu???


Percaya tak saya dah ada cucu? hahahaaa...memang betul! Dalam usia 33 tahun saya dah ada 2 orang cucu. Yang ini gambar cucu pertama saya. Sebenarnya bukan cucu saya secara langsung...secara tak langsung saya pun jadi nenek sebab ini cucu pertama kakak sulung saya. Alolooooo comelnya Aleeya....chaaakkkk busyuk busyuk hohoooooo


Yang ni lah cucu ke-2

Nurisma Hani


Hah yang ni pula anak buah kesukaan saya...saya ada ramai anak buah 23 orang semuanya kalau tak salah. Saya sayang semua anak buah saya dan sangat rapat dengan mereka tapi this is my favourite niece...nama dia Nurisma Hani. Kalau kawan-kawan nak tahu dia ni dilahirkan tak cukup bulan (premature). Waktu tu memang sangat menyedihkan sebab dia lahir beratnya hanya beberapa gram sahaja, rupanya pun tidak menampakkan ciri-ciri bayi yang normal. Tetapi alhamdulillah syukur pada Allah yang mengurniakan kesihatan pada anak buah saya ini. Bukan setakat itu saja, Allah juga mengurniakan kepintaran, kepetahan dan kepandaian padanya. She is so special...it's a miracle to see her growing up like a normal child. Semoga dia membesar menjadi anak yang berjasa dan berbakti pada kedua ibu bapanya, semoga dia beroleh kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup dunia dan akhirat...amin ya Allah.