Friday, January 20, 2017

Cuti-Cuti Baby Kahfi: Part 4 (4/01/2017) - KidZoona 1B

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

4/01/2017 - Kami akan check-out awal pagi ni sekitar jam 10 pagi cos macam kemarin kena hantar mak ke Pasar dan Hani ke sekolah. FYI mak aku berniaga gerai kecil-kecilan di Pasar Telipok (jual buah-buahan, makanan kesihatan dan lain-lain). Seperti biasa, Hani dan Haiqal swimming dulu awal pagi. Aku menyediakan sarapan agak banyak pagi ni, mee goreng, ayam goreng, bedal tumis dengan sayur bendi dan nasi putih.

Sebelum jam 10 pagi kami dah ready untuk check-out tapi bell boy pula lambat sampai. 2 kali call reception baru lah bell boy datang. Bukan apa kami kena cepat sebab Hani nak masuk sekolah, takut dia terlambat nanti tak pasal-pasal kena denda hari ke-2 sekolah. Agak lewat juga kami bertolak daripada hotel dah lepas 10.30 pagi nasib baiklah ada jalan short cut kami sampai ke sekolah sekitar jam 11.05 minit masih ada masa 15 minit sebelum loceng masuk berbunyi syukur Alhamdulillah. Selepas menurunkan mak pula di Pasar, kami bergegas balik ke rumah di Kampung untuk menghantar barang-barang yang sarat menimbun dalam kereta. Hubby nekad nak hantar barang-barang dulu baru rasa selesa jalan-jalan katanya.

Siap menghantar barang ke rumah kami keluar balik ke 1Borneo Hypermarket. Mula-mula kami ke Giant mencari pisau pemotong buah lagi tapi still tak ada yang sama macam pakcik hubby mahukan. Alang-alang dah 2 hari mencari at last hubby belikan juga 4 buah pisau tu walaupun tak sama. Kemudian kami window shopping di Parkson, tak ada yang berkenan. Hargapun mahal. Then kami cuci mata di kiosk tudung sekitar 1B. Adik membeli shawl keknis. Akupun tidak ketinggalan meminta hubby belikan 1 shawl keknis warna hijau emerald; thanks hubby. Dan aku belikan shawl bubble hitam untuk Hani (daripada bulan lepas dia minta belikan).




Muka bangun tidur



Selepas tu kami ke KidZoona pula sesi bermain untuk si kecil Kahfi dan Haiqal. Murah saja bayaran masuk ke sini cuma RM10 untuk seorang budak. Orang dewasa tak ada bayaran tetapi semua yang masuk diwajibkan memakai stokin. Mereka ada menjual stokin dengan harga RM3 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk dewasa. Yang kurang bestnya di sini tak ada dijual minuman atau makanan jadi agak boring especially bagi yang menunggu.


Kedai Ais Krim


Main Kuda-Kuda




Main Masak_Masak


Seronoknya dapat main kereta



main jumping bouncer dengan babah












Gerai Buah


Hahahaa what a reaction....both mama and son











Nak kena gigit budak ni....bikin gerigitan
Encik suami yang setia menunggu
Boleh pula baby Kahfi PooPoo waktu dalam ni. Terlampau seronok bermain sampai terberak hahaha. Sebab tempat ni tak ada ruang khas untuk salin baju, kami just bersihkan dan tukar pampers baby di ruang duduk (sofa). Susah juga nak uruskan baby time ni sebab dia ligat sangat pusing sana sini. Dia tak sabar nak teruskan bermain.

Ni video si baby main kereta. He is so excited hehehe.


Yang ni pula video dia main jumping bouncer tapi dia belum pandai melompat lagi berdiripun belum pandai hehehe.


Menjelang tengahari kami pun keluar dari KidZoona ni sebab dah sampai waktu untuk makan. Tak tahu nak makan di mana jadi kami keluar ke Alam Mesra mencari restoran. Oleh kerana hujan dan kedai Puteri Kitchen tak buka jadi kami dengan rela hati singgah lagi di Adzie Kitchen. Kali ni semua pakat makan nasi campur saja. Waktu ni tak ada ambil gambar makanan just ambil gambar budak berdua ni yang excited duduk dalam baby chairs.



Cuti-Cuti Baby Kahfi: Part 3 (3/01/2017) - Makan Makan Makan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

3/01/2017 - Hari ni last day tidur hotel. Macam tak puas lagi sebenarnya. Best tidur hotel ni selesa sangat-sangat dengan aircond dan swimming pool yang memang menjadi tarikan utama sampaikan encik suami pun terjebak sama tukang mandi kolam hahaha.

Plan hari ni hantar mak ke Pasar Telipok dan anak buah Hani ke sekolah. Hari ni dia first day masuk Tingkatan 1, dah besar dah anak buah aku ni. Tapi as usual dia nak swimming dulu. Awal pagi dah bangun termasuk anak buah aku yang kecil umur 3 tahun lebih adik Haiqal bangun awal juga nak mandi kolam katanya.

Aku menyediakan sarapan; teh o, mihun goreng dan ayam goreng, telur dadar juga nasi sebab mak aku memang kebiasaannya akan makan nasi (orang dulu-dulu memang terbiasa sarapan makan nasi). Sup sayur semalampun masih baik jadi aku panaskan saja.


Selepas anak-anak buah swimming barulah kami bersiap-siap untuk keluar dari hotel. Lebih kurang jam 10 pagi kami beredar. Anak buah masuk sekolah jam 11.20 pagi. Jarak ke Pasar Telipok dan sekolah tidaklah jauh tetapi takut jalan jam so kami bertolak awal. Sampai di Pekan Telipok lebih kurang jam 11 pagi.

OTW hantar anak buah ke sekolah
Orang excited nak masuk Tingkatan 1 hehehe
Selepas menghantar mak ke Pasar dan Hani ke sekolah, kami kembali ke Bandar untuk makan tengahari dan untuk mencari pisau pemotong buah kiriman pakcik hubby. Susah juga mencari pisau seperti yang dikirim sebab tak ada yang sama. 2-3 kali kami pusing-pusing sekitar Alam Mesra mencari pisau tu tapi tak ada. At last kami berhenti makan di Azie Kitchen. Hubby dan adik makan nasi campur. Aku pula order set sea food yang dihidang bersama nasi memang berbaloi-baloi cuma rasanya tak sama macam yang aku makan dulu. Dah tukar tukang masak agaknya. Hinava (ikan mentah) tak sesedap dulu dan ketam sambalnya over masin memang keterlaluan over masinnya. Next time tak mahu makan sini lagi, dah tak sedap.


Set Seafood dengan nasi (RM19.80) siap dengan minuman iced lemon tea

My sis dengan anaknya Haiqal

Hubby Makan ni

Yang ni makanan baby Kahfi....sup ayam dgn nasi putih

Tersangatlah masin sambal ketam ni....nasib baik tak pengsan makan hahahaa
Dah habis makan, kitorang round-round lagi nak mencari pisau pemotong buah tu tapi still tak jumpa. Since kekenyangan badan rasa letih dan mata nak tertidur pula. So kami pun balik ke hotel untuk berehat. Baby Kahfi pun dah terlentok, 'kalat mata' (ngantuk).

Petangnya, kami keluar mengambil mak di Pasar dan Hani dari sekolah. Tengok dia lembik semacam katanya belum makan tak sempat membeli di kantin sebab terlalu ramai orang. Kesian pula tengok dia. Terus bagitahu hubby direct dinner saja. Jadi kami terus zoom ke KK Plaza, parking kereta di sana dan akan dinner di Pasar Malam. Sebelum tu sempat aku membelikan popcorn untuk Hani isi perut sebelum makan malam.

Yummy: Siput kerang sambal, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, lobster telur masin, sup ayam & bendi tumis belacan



Kesian Hani lapar....makan Popcorn dulu k

Lobster Telur Masin (RM75/100g)




Birthday girl yang kelaparan

Baby lapar sampai tarik2 rambut hahaha
Waktu ni hujan renyai-renyai tapi nasib baiklah selepas kitorang selesai makan hujan pun dah reda. Since dah malam kami bergegas balik ke hotel. Mak pun dah penat tak larat nak berjalan jauh. Hani pula ada kerja sekolah katanya. Esok kena bangun awal sebab dia nak swimming lagi hmmm anak buah aku ni tak habis-habis dengan swimming; addicted hahaha.