Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
3/01/2017 - Hari ni
last day tidur hotel. Macam tak puas lagi sebenarnya.
Best tidur hotel ni selesa sangat-sangat dengan
aircond dan
swimming pool yang memang menjadi tarikan utama sampaikan encik suami pun terjebak sama tukang mandi kolam hahaha.
Plan hari ni hantar mak ke Pasar Telipok dan anak buah Hani ke sekolah. Hari ni dia
first day masuk Tingkatan 1, dah besar dah anak buah aku ni. Tapi
as usual dia nak
swimming dulu. Awal pagi dah bangun termasuk anak buah aku yang kecil umur 3 tahun lebih adik Haiqal bangun awal juga nak mandi kolam katanya.
Aku menyediakan sarapan; teh o, mihun goreng dan ayam goreng, telur dadar juga nasi sebab mak aku memang kebiasaannya akan makan nasi (orang dulu-dulu memang terbiasa sarapan makan nasi). Sup sayur semalampun masih baik jadi aku panaskan saja.
Selepas anak-anak buah
swimming barulah kami bersiap-siap untuk keluar dari hotel. Lebih kurang jam 10 pagi kami beredar. Anak buah masuk sekolah jam 11.20 pagi. Jarak ke Pasar Telipok dan sekolah tidaklah jauh tetapi takut jalan
jam so kami bertolak awal. Sampai di Pekan Telipok lebih kurang jam 11 pagi.
|
OTW hantar anak buah ke sekolah |
|
Orang excited nak masuk Tingkatan 1 hehehe |
Selepas menghantar mak ke Pasar dan Hani ke sekolah, kami kembali ke Bandar untuk makan tengahari dan untuk mencari pisau pemotong buah kiriman pakcik
hubby. Susah juga mencari pisau seperti yang dikirim sebab tak ada yang sama. 2-3 kali kami pusing-pusing sekitar Alam Mesra mencari pisau tu tapi tak ada.
At last kami berhenti makan di Azie Kitchen. Hubby dan adik makan nasi campur. Aku pula
order set sea food yang dihidang bersama nasi memang berbaloi-baloi cuma rasanya tak sama macam yang aku makan dulu. Dah tukar tukang masak agaknya.
Hinava (ikan mentah) tak sesedap dulu dan ketam sambalnya
over masin memang keterlaluan
over masinnya.
Next time tak mahu makan sini lagi, dah tak sedap.
|
Set Seafood dengan nasi (RM19.80) siap dengan minuman iced lemon tea |
|
My sis dengan anaknya Haiqal |
|
Hubby Makan ni |
|
Yang ni makanan baby Kahfi....sup ayam dgn nasi putih |
|
Tersangatlah masin sambal ketam ni....nasib baik tak pengsan makan hahahaa |
Dah habis makan, kitorang ro
und-round lagi nak mencari pisau pemotong buah tu tapi
still tak jumpa.
Since kekenyangan badan rasa letih dan mata nak tertidur pula.
So kami pun balik ke hotel untuk berehat. Baby Kahfi pun dah terlentok, 'kalat mata' (ngantuk).
Petangnya, kami keluar mengambil mak di Pasar dan Hani dari sekolah. Tengok dia lembik semacam katanya belum makan tak sempat membeli di kantin sebab terlalu ramai orang. Kesian pula tengok dia. Terus bagitahu
hubby direct dinner saja. Jadi kami terus
zoom ke KK Plaza, parking kereta di sana dan akan
dinner di Pasar Malam. Sebelum tu sempat aku membelikan
popcorn untuk Hani isi perut sebelum makan malam.
|
Yummy: Siput kerang sambal, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, lobster telur masin, sup ayam & bendi tumis belacan |
|
Kesian Hani lapar....makan Popcorn dulu k |
|
Lobster Telur Masin (RM75/100g) |
|
Birthday girl yang kelaparan |
|
Baby lapar sampai tarik2 rambut hahaha |
Waktu ni hujan renyai-renyai tapi nasib baiklah selepas kitorang selesai makan hujan pun dah reda.
Since dah malam kami bergegas balik ke hotel. Mak pun dah penat tak larat nak berjalan jauh. Hani pula ada kerja sekolah katanya. Esok kena bangun awal sebab dia nak
swimming lagi hmmm anak buah aku ni tak habis-habis dengan
swimming; addicted hahaha.
No comments:
Post a Comment