Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
4/01/2017 - Kami akan check-out awal pagi ni sekitar jam 10 pagi cos macam kemarin kena hantar mak ke Pasar dan Hani ke sekolah. FYI mak aku berniaga gerai kecil-kecilan di Pasar Telipok (jual buah-buahan, makanan kesihatan dan lain-lain). Seperti biasa, Hani dan Haiqal swimming dulu awal pagi. Aku menyediakan sarapan agak banyak pagi ni, mee goreng, ayam goreng, bedal tumis dengan sayur bendi dan nasi putih.
Sebelum jam 10 pagi kami dah ready untuk check-out tapi bell boy pula lambat sampai. 2 kali call reception baru lah bell boy datang. Bukan apa kami kena cepat sebab Hani nak masuk sekolah, takut dia terlambat nanti tak pasal-pasal kena denda hari ke-2 sekolah. Agak lewat juga kami bertolak daripada hotel dah lepas 10.30 pagi nasib baiklah ada jalan short cut kami sampai ke sekolah sekitar jam 11.05 minit masih ada masa 15 minit sebelum loceng masuk berbunyi syukur Alhamdulillah. Selepas menurunkan mak pula di Pasar, kami bergegas balik ke rumah di Kampung untuk menghantar barang-barang yang sarat menimbun dalam kereta. Hubby nekad nak hantar barang-barang dulu baru rasa selesa jalan-jalan katanya.
Siap menghantar barang ke rumah kami keluar balik ke 1Borneo Hypermarket. Mula-mula kami ke Giant mencari pisau pemotong buah lagi tapi still tak ada yang sama macam pakcik hubby mahukan. Alang-alang dah 2 hari mencari at last hubby belikan juga 4 buah pisau tu walaupun tak sama. Kemudian kami window shopping di Parkson, tak ada yang berkenan. Hargapun mahal. Then kami cuci mata di kiosk tudung sekitar 1B. Adik membeli shawl keknis. Akupun tidak ketinggalan meminta hubby belikan 1 shawl keknis warna hijau emerald; thanks hubby. Dan aku belikan shawl bubble hitam untuk Hani (daripada bulan lepas dia minta belikan).
|
Muka bangun tidur |
Selepas tu kami ke KidZoona pula sesi bermain untuk si kecil Kahfi dan Haiqal. Murah saja bayaran masuk ke sini cuma RM10 untuk seorang budak. Orang dewasa tak ada bayaran tetapi semua yang masuk diwajibkan memakai stokin. Mereka ada menjual stokin dengan harga RM3 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk dewasa. Yang kurang bestnya di sini tak ada dijual minuman atau makanan jadi agak boring especially bagi yang menunggu.
|
Kedai Ais Krim |
|
Main Kuda-Kuda |
|
Main Masak_Masak |
|
Seronoknya dapat main kereta |
|
main jumping bouncer dengan babah |
|
Gerai Buah |
|
Hahahaa what a reaction....both mama and son |
|
Nak kena gigit budak ni....bikin gerigitan |
|
Encik suami yang setia menunggu |
Boleh pula baby Kahfi
PooPoo waktu dalam ni. Terlampau seronok bermain sampai terberak hahaha. Sebab tempat ni tak ada ruang khas untuk salin baju, kami just bersihkan dan tukar pampers baby di ruang duduk (sofa). Susah juga nak uruskan baby time ni sebab dia ligat sangat pusing sana sini. Dia tak sabar nak teruskan bermain.
Ni video si baby main kereta.
He is so excited hehehe.
Yang ni pula video dia main jumping bouncer tapi dia belum pandai melompat lagi berdiripun belum pandai hehehe.
Menjelang tengahari kami pun keluar dari KidZoona ni sebab dah sampai waktu untuk makan. Tak tahu nak makan di mana jadi kami keluar ke Alam Mesra mencari restoran. Oleh kerana hujan dan kedai Puteri Kitchen tak buka jadi kami dengan rela hati singgah lagi di Adzie Kitchen. Kali ni semua pakat makan nasi campur saja. Waktu ni tak ada ambil gambar makanan just ambil gambar budak berdua ni yang excited duduk dalam baby chairs.
No comments:
Post a Comment