Sunday, March 8, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 3 - Part 2 (Kebun Strawberi) 10/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dari Kawah Putih kami singgah ke Kebun Strawberi yang terdapat di sepanjang perjalanan balik. Ingat tak entri Part 1 perjalanan ke Kawah Putih aku ada menulis tentang kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan tanam-tanaman? Haaa di tempat itulah kami singgah kerana terdapat banyak rumah yang menanam strawberi dan kawasan itu dibuka pada pelancong untuk memetik sendiri buah strawberi tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah Rp60,000 (B$6.52/RM17.21) untuk bayaran masuk, memetik strawberi dan membawa balik 1kg strawberi yang dipetik sendiri tu. murah tak? Bagi aku cukup murah tu berbanding di Brunei atau di Malaysia.

Pengalaman memetik buah strawberi sangat menyeronokkan. Hubby pun sporting ikut sama memetik strawberi sambil memakai topi sawah (Bambu Caping).
Tengok ni gambar-gambar kitorang petik strawberi....jangan jeles hehehe. Strawberi nya sedap tak masam.

Selain kebun strawberi, di sini juga disediakan tempat makan. Oleh kerana waktu ini masa pun sudah lewat tengahari maka kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di sini sahaja.



Kebanyakan tempat makan atau restoran di sini menggunakan konsep pondok-pondok kecil (saung). Sangat unik dan menarik hati juga dapat bersantai dengan selesa, nak tidurpun boleh hahaha (teringat Kampung Daun). Tapi yang paling penting makanan disini sangat sedap walaupun menu yang simple tetapi rasanya sangat sedap, air tangan masyarakat Sunda memang terbaik fuhhh terbayang-bayang keenakan makan di sini. Lagi satu jus buah di sini 100% jus pure, sangat pekat cukup puas hati. Mungkin kerana mereka menanam sendiri buah-buah ini dan mudah didapati disini dengan harga yang murah. Kalau dibandingkan dengan di tempat kita memang cukup berbeza bila order jus nampak ais jak yang lebih dan manis gula tetapi rasa buah pula kurang atau tiada. Dan lagi di Bandung ni menu makanan yang ditawarkan biasanya secara pakej. Misalnya kalau order sup ekor (di Bandung dinamakan sup buntut) itu sudah complete dengan nasi dan lalapan. Ada juga pakej makanan lengkap untuk 2 orang dan berkumpulan, memang sangat kreatif mereka berbisnes. 

Di sini kami mempelawa Mas Hendra untuk makan sekali dengan kami tetapi dia malu agaknya. Kami maklumkan pada pelayan restoran kalau dia nak order apa-apa nanti masukkan saja dalam bil kami. Kami perasan supir kami tu langsung tak makan. Dia cuma membawa minuman (air mineral). Sebenarnya harga sewa kereta kami ni sudah termasuk supir dan makannya tetapi sudah masuk hari ke-3 belum pernah sekalipun kami lihat supir ni makan dari pagi sampai ke malam. Kasihan pula rasanya. Supir kami ni sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tetapi anak isterinya terpaksa ditinggalkan di kampung dan dia mencari rezeki di Bandung. Menurutnya sebulan sekali atau dua bulan sekali dia akan balik melawat keluarganya di kampung dengan menaiki motosikal selama 12 jam perjalanan. Ya Allah kasihan kami mendengar ceritanya. Tapi dia sangat positif orangnya dan memberitahu kami bahawa kehidupan itu sendiri adalah satu nikmat dari Allah jadi harus bersyukur dan berusaha melakukan yang terbaik untuk hidup. Seringkali dia mengucapkan Ahamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada. Hmmm speechless aku, tersentuh hati sedih menusuk jauh ke dasar hati. Mereka di sini memang cukup rajin, kuat semangat dan cekal...really inspiring. 

Selepas makan kami bergambar lagi di sekitar kawasan restoran yang juga dipenuhi dengan tanam-tanaman.


Selepas itu kami beredar memulakan perjalanan balik ke Bandar Bandung. Program seterusnya ialah SHOPPING yaiiii I likeeee.

BTW inilah strawberi yang kitorang sempat petik cun cun 1kg tau.



Tips Melancong 10: Jangan MEMBAZIR. Jika membeli apa-apa makanan atau buah-buahan pastikan dalam kuantiti yang cukup-cukup untuk kita habiskan. Kalau nak beli banyak-banyak juga, bila rasa tak dapat habiskan sedekahkanlah pada orang lain lebih baik daripada dibuang kerana rosak atau expired. Ketahuilah ramai orang yang tak cukup makan dan ada juga yang kebuluran. Jangan amalkan sikap membazir dan kedekut.





Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 3 - Part 1 (Kawah Putih) 10/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Hari ke-3 di Bandung....yeah another day of our Cuti-Cuti Cinta. Semangat berkobar-kobar hendak ke Kawah Putih klik disini untuk info lebih lanjut. Kalau malas nak klik link tu bolehlah just tengok dan baca dalam gambar ni.


Errr tulisan Nampak blurr lah pula...upsss! sorry guys
Kawah Putih merupakan wisata alam yang paling terkenal di Bandung dimana tempat ini sering dijadikan lokasi shooting filem. Salah satu babak dalam filem Indonesia 'Heart' tu dibuat di sinilah.Juga tidak kurang yang menjadikan tempat ini untuk pengambaran video klip dan pre-wedding. Macam biasa aku dah google awal tentang Kawah Putih ni. Memang excited sangat nak ke tempat ni. Melihat gambar-gambar di internet saja sudah cukup mengujakan, I can’t imagine how I will react when I’m standing on the white sand and in front of the cloud alike crater. Pasti perasaan sangat takjub.



Ehhh lupa pula terlajaklah kedepan starting aku ni...sebelum bertolak ke Kawah Putih kami sarapan dulu di hotel. As usual mesti ada gambar kan hiiiyyy.

Tu dia makan tak ingat dunia hahahaaa
Seperti hari sebelumnya, kami bertolak sekitar jam 8.30 pagi. Kali ni perjalanan lebih jauh dan lebih mencabar. Ia memakan masa 2-3 jam dengan perjalanan yang cukup adventure kerana jalan berbukit yang berliku-liku dan jauh ke dalam hutan tebal. Agak menakutkan sebenarnya kerana kedudukan Kawah Putih ini terlalu jauh di pedalaman. Kami melintasi kawasan-kawasan kampung dimana jalannya sangat kecil dan sempit. Namun kenderaan yang melalui jalan ini pula bertali arus tak putus-putus kebanyakannya motosikal dan kereta kuda yang sememangnya menjadi pengangkutan utama penduduk sekitar. Sesekali kami bertembung dengan bas persiaran yang besar, uhhh ngilu nya perasaan kerana kedudukan kenderaan yang terlalu hampir dan seperti akan bergeser. Di sepanjang perjalanan kami dapat melihat corak penempatan di sini yang sangat rapat. Rumah-rumah didirikan terlalu hampir sehingga kelihatan seperti bersambung-sambung. Manakala kawasan sekitar rumah dijadikan tempat bercucuk tanam. Terdapat pelbagai jenis tanaman termasuk sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan malahan juga padi hanya ditanam di kawasan lapang sekitar rumah. Mungkin ini adalah salah satu cara mereka mendapatkan pendapatan tambahan dan mungkin juga ada diantara mereka yang menjadikan kaedah ini sebagai sumber rezeki dan punca pendapatan.


Kami agak terkejut dengan senario ini tetapi SuhanAllah kami juga sangat terkesima kerana keadaan ini secara tidak langsung telah menjadikan landskap sepanjang perjalanan menjadi begitu unik dan cantik. Udara juga sangat segar dan cuaca agak sejuk. Sememangnya Bandung adalah destinasi percutian yang sangat sesuai bagi orang-orang Asia yang tidak gemar pada cuaca panas like us hehehe. Pada pandangan aku secara peribadi Bandung menawarkan terlalu banyak pengalamanan dan pengajaran, jika kita membuka mata hati dan berfikir dengan wajar sudah pasti kita akan dapat mempelajari banyak perkara dan memperbaiki kekurangan diri dengan melihat senario kehidupan di sini. Betullah kata pujangga ‘jauh berjalan luas pengetahuan’yang penting kita harus menilai setiap apa yang kita lihat dan lalui menggunakan kaca mata yang positif agar kita dapat belajar suatu kebaikan walaupun dari suatu keburukan yang kita nampak di depan mata. Iya....boleh jadi hal yang kita nampak buruk merupakan sesuatu yang cantik dimata orang lain dan membawa kebaikan pada mereka. Boleh jadi perkara yang kita benci adalah sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kasih sayang atau kesedaran pada orang lain. Jadi berpada-padalah dalam membuat penilaian dan berfikir dengan bijak sebelum membuat conclusion.


Uppsss lari daripada topiklah pula hehehe…..ok back to the journey…seperti semalam kami kehujanan lagi. Tapi kali ini supir dah bagitahu di Kawah Putih tak macam di Tangkuban Perahu…No Salesman…yahoo!! Setelah mengharungi perjalanan berliku-liku dengan jalan kecil yang sempit kami kemudian dibawa menaiki bukit (dalam kereta) masuk ke kawasan hutan tebal. Lebih kurang setengah jam meredah hutan tu akhirnya kami sampai ke kawasan Kawah Putih. Kami singgah sekejap untuk bergambar di signboard besar ni. Ingatkan dah sampai Kawah Putih rupanya ini hanya tempat untuk membeli tiket masuk sahaja. Kawah putih masih jauh nun di atas bukit didalam hutan.

Tiket masuk ke Kawah Putih berharga Rp50,000 (B$5.43/RM14.34) per orang. Ini merupakan harga bagi pelancong asing. Pak supir bagitahu kami kena menaiki kenderaan lain untuk ke Kawah Putih iaitu sejenis van yang dinamakan Ontang-Anting. Van ini tidak mempunyai cermin tingkap dan tiada aircond. Bayaran yang dikenakan ialah Rp15,000 (B$1.63/RM4.30) seorang. Sebenarnya boleh naik ke atas dengan kereta sendiri tapi harus membayar Rp150,000 (B$16.30/RM43.03). Lagipun konon-konon kami nak merasa naik Ontang Anting ni. Haaa nak merasa sangatkan nah rasakanlah seksanya hahahaaa. Lagi satu hampir lupa, kami diminta membeli penutup hidung katanya mesti memakai mask tu kerana bau belerang di Kawah Putih sangat kuat. Sebenarnya aku ada bawa mask tu dari rumah tapi entah macam mana boleh tertinggal di hotel pula. Hmmm tak apalah rezeki penjual tu bukannya mahal sangatpun cuma Rp10,000 (B$1.08/RM2.85) (mahal sebenarnya huaarrgghhh).



Episod adventure kami bermula sewaktu naik Ontang-anting ni. Satu ontang anting mesti dinaiki 12 orang selagi belum cukup 12 orang mereka tidak akan jalan. Dan walaupun yang naik tu big size (macam kami juga) tapi mereka tetap akan paksakan 12 orang ngam-ngam jadi faham-fahamlah macam mana keadaannya dalam tu macam sardin dalam tin hahahaaa sudahlah tak ada aircond, tingkap tak ada cermin, tak ada pintu, drive pun laju macam pelesit hahahaa mau tercampak keluar dari van tu. Huhhhh inilah first and last (bisik dalam hati then bisik kat husband pula tak puas hati tanggung perasaan takut tu sendiri hahahaaa) sambil berdoa tak putus-putus minta dilindungi Allah selamat sampai dan janganlah terjadi kemalangan jauh palis….bukan apa dorang ni driving kalah-kalah orang yang nak berlumba dah lah naik bukit jalan pula berliku-liku dan sempit hanya boleh dilalui sebuah kereta…lagi mau tekan minyak sampai habis kehujung pedal minyak tu dia tekan kot ish ishh ishhh NO GOOD.
Inilah Ontang anting...warna cute tapi azab didalamnya huaargghhh
Alhamdulillah akhirnya kami selamat didaratkan di kawasan parking Kawah Putih. Lega rasa hati kami lepas turun dari ontang anting tu. Hmmmm dalam hati ‘sabar jak lah’. Disebabkan hujan kami pun menyewa payung dari pekerja-pekerja disana yang memang menyediakan payung-payung untuk disewa. Hendak ke Kawah Putih kena berjalan kaki lebih kurang 5-10 minit. Dari kejauhan itu sudah terhidu bau belerang yang dibawa oleh angin sepoi-sepoi bahasa (bersastera lah pula) huhuuu. Maklumlah aku ni dulu masa sekolah best student of literature chehhh masuk bakul angkat sendiri hahahaa. Ok Ok…sambung cerita. Kitorang sangat suka dengan persekitaran di Kawah Putih ni cantik yang amat dan grhhh sejuuuuk tapi best. Lepas berjalan lebih kurang 5 minit kami menuruni anak tangga menuju ke Kawah Putih. Dari jauh sudah kelihatan sebuah tasik yang seperti diliputi embun SubhanAllah cantiknya CANTIIIIIKKKKKK indahnya ciptaan Allah terkedu aku dan suami.


Kalau nak digambarkan dengan kata-kata memang terlalu banyak bahasa yang indah untuk diumpamakan tetapi berada di sana dan melihat sendiri, merasai sendiri keujudan tempat ini terlalu luarbiasa dan tidak ada tolok bandingannya. Walaupun Kawah Putih hanya sebuah kawah yang tercipta melalui tindakbalas semulajadi dan letusan gunung berapi (nature) tanpa ada architecture tetapi I tell you there is no comparison to it. Bila anda berdiri di atas pasir yang putih itu merenung jauh ke dalam kawah yang seperti diselaputi embun anda akan merasa apa yang kami rasa. Ia benar-benar seperti di awangan, seperti berpijak di atas awan, seperti berada di alam yang lain mungkin dunia kayangan atau alam khayalan tetapi this place is real it is exist it is KAWAH PUTIH. Sehingga ke saat ini aku masih merasakan perasaan itu perasaan seperti berada di dunia yang lain. Betapa besarnya kekuasan Allah, masihkah kita meragukan akan ke-Esaannya???



Disebabkan terlalu ‘in to it’ aku tidak peduli walaupun tidak memakai mask seolah-olah aku dipukau oleh persekitaranku. Perasaanku seperti dibuai-buai sehinggakan bau belerang yang begitu menusuk itu tidak kuhiraukan langsung. Aku terbatuk-batuk dan batukku semakin menjadi-jadi sehinggakan hubby ku naik risau melihat keadaanku dan dia berulangkali meminta aku memakai mask. Tapi entah kenapa aku seperti berada diduniaku sendiri seolah-olah I was blend with the place. I can hear a beautiful music and strange song from far away dan aku langsung tidak memakai mask sebaliknya asyik berposing mengambil gambar.



Hubby pula dah pening walaupun dia memakai mask tetapi masih melayan karenah aku yang belum puas bergambar. Mungkin kerana aku terlalu mengikut perasaan excited sampai terbawa-bawa dan menjadi lalai tidak memikirkan keselamatan atau mendengar nasihat my hubby untuk memakai mask itu. Tengoklah gambar-gambar hubby dan gambar kitorang yang banyak ni. 



Sebenarnya aku memang ada merasakan satu perasaan yang pelik seperti ada sesuatu yang berada dekat denganku sesuatu yang really capture my attention from within but honestly I don’t know what it is and it’s hard to explain. Tapi Alhamdulillah aku masih sedar that there is something unexplainable going on mungkin kerana dalam beg sandangku ada Surah Yassin. I try to get back my conscience by keep on saying ‘Allahuakbar’ dan akhirnya aku seperti tersentak. Rupanya hubby dah banyak kali cuba membawaku keluar dari tempat tu. Kami pun mengorak langkah meninggalkan Kawah Putih dengan tanda tanya dibenakku yang masih memikirkan misteri apa yang berlaku padaku tadi. Kejadian ini tidak kuceritakan pada hubby kerana tidak mahu dia merasa risau.


Keluar dari kawah putih kami singgah di kawasan ruang legar (open area) untuk mengambil gambar dan membaca tentang lagenda Kawah Putih. Rupanya menurut kepercayaan masyarakat setempat dipercayai di Kawah Putih ini terdapatnya roh para leluhur zaman dahulu kala. Hmmmm naik bulu roma aku sekejap…seraaaaaaam!!!


Kami juga sempat lepak di Saung Kecapi sambil mendengar alunan muzik dan lagu keroncong Sunda dari seorang seniman jalanan yang kudung kedua belah kakinya. Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita yang sihat, sempurna tubuh badan namun kita selalu tidak bersyukur, malas berusaha dan sentiasa mengambil mudah akan setiap perkara. Tetapi mereka yang kurang bernasib baik menerima nasib malang mereka dengan redha malah tekun berusaha mencari rezeki dan tidak berputus asa. Mereka juga tidak mengharapkan belas simpati semata-mata sebaliknya tekun berusaha mencari rezeki dengan apa jua cara yang terkudrat oleh mereka. Jika kita meletakkan diri kita di tempat mereka bagaimana agaknya kita menerima kekurangan diri dan berhadapan dengan orang sekeliling? Mampukah kita bersikap terbuka dan redha seperti mereka tanpa ada rasa rendah diri atau malu mencari rezeki untuk meneruskan hidup walau sesusah manapun. Mampukah pemikiran kita seperti mereka yang tetap bersyukur dan menikmati hidup dengan sepenuh hati kerana semuanya adalah pemberian Allah yang wajib kita syukuri?.

Satu pengalaman dan pengajaran yang cukup besar buatku. Another beautiful place with beautiful memories and beautiful people, all are gifted with talent and strength that we might never imagine to discover it from anyone we know or any place we have been. 
Kawah Putih….I fall in love with you….uppsss hampir lupa, sewa payung dikenakan Rp10,000 (B$1.08/RM2.85) dan terdapat juga jurugambar yang menawarkan khidmat photographer dengan caj yang agak murah, cuma Rp10,000 (B$1.08/RM2.85) beserta gambar siap ukuran 3R. Lagi satu di bahagian bawah (tempat membeli tiket masuk) ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan souvenir. Kami sempat membeli sepaket strawberi tapi tak habispun kami makan membazir jak.

Gambar yang diambil oleh photographer di Kawah Putih Rp10,000 sekeping Murah Cukup Murah

Harga sepaket kecil Rp5,000 (B$0.54/RM1.43) yang besar tu Rp50,000 (B$5.43/RM14.34)
Yang ini pula belerang. Harga sepaket Rp5,000 saja (B$0.54/RM1.40). Sebenarnya kitorang ada beli belerang ni sepaket tetapi kitorang tinggalkan di hotel sebab takut nanti masalah di airport cos bungkusan ni macam drug, kami takut nanti kena tahan masa di airport jadi hal pula hehehe 


Tips Melancong 9 : Sekiranya anda melawat ke tempat-tempat yang jauh di pedalaman atau didalam hutan atau tempat-tempat yang terpencil, jangan lupa membaca 'pendinding'(ayat Al-Quran) atau setakat Bismillahirrahmanirrahim pun sudah memadai. Banyakkan juga istighfar.


BACA SAMBUNGAN DI SINI: BANDUNG DAY 3 - PART 2


Friday, March 6, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 2 - Part 4 (Shopping) 9/02/2015

Bismillahirrahminirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Kitorang meneruskan program hari ini dengan SHOPPING. Dengan masa yang agak terhad sempat juga kami terjah beberapa FO. Kami juga sempat singgah di Pasar Baru tetapi tak lama kerana Pasar Baru tutup awal sekitar jam 4.30 petang. Kami sampai di Pasar Baru sekitar jam 4 petang, lebih kurang setengah jam lagi kedai-kedai di Pasar Baru akan mulai ditutup....hmmm sangat awalkan mereka ni tutup kedai. Mas Hendra mengaturkan seorang porter untuk menemani kami di Pasar Baru. Namanya Mas Agus masih muda sekitar 20-an. Tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan kami, menjadi guide dan mengangkat barang-barang shopping kami nanti. Di Bandung ni mereka sangat menghormati pelancong dan memberikan layanan yang sangat baik seperti VIP pula rasanya hehehe.

Oleh kerana kekangan masa, kami memutuskan untuk membeli jeans dahulu. Mas Agus membawa kami ke kedai yang menjual jeans Levi's yang menawarkan pakej bundle harga kilang. Sekurang-kurangnya kena beli minimum 3 pasang jeans untuk mendapatkan harga special Rp160,000 sepasang (B$17.40/RM45.93) murah kan?. Aku pun rembat sehelai jeans di sini Levis juga tetapi kami tidak sempat fitting jadi kami plan bawa balik dulu jeans tu dan cuba di hotel, kalau tak muat boleh ditukar keesokan harinya atau lusa kerana lusa program kami ialah seharian di Pasar Baru. Kemudian kami sempat membeli beberapa helai souvenir T-shirt Bandung, key chain dan fridge magnet sebelum bergegas keluar kerana Pasar Baru hendak ditutup (tak ada ambil gambar time ni).

Dari Pasar Baru kami ke FO Toko Tiga. Toko Tiga ni tempat Jeans yang original katanya (highly recommended....for me it is a compulsory FO to visit). Dapatlah aku rembat sehelai jeans jenama Glow nice I like materialnya soft jeans sangat selesa dipakai hargapun sangat murah tak sampai B$20 compare to the quality memang tak akan dapat harga macam ni di Brunei atau di Malaysia. Di sini ada disediakan tempat untuk alter jeans dengan percuma tapi ikut budi bicara kita kalau nak bersedekah tu lebih afdal kan.
Konsep FO di sini memang menarik. Mereka ada menyediakan tempat untuk duduk dan ruang untuk pengunjung berehat. Jadi kalau penat shopping boleh rehat sekejap then sambung lagi best kan?
Di Toko Tiga


Cantikkan landskap di Toko Tiga ni
Menyesal rasanya tak beli lebih jeans di sini. Niat di hati nak beli Levis ingatkan nak repeat lagi ke FO ni di hari lain tapi sampai kitorang balik tak sempat pergi lagi huarrghhh nak nangis aku. So kalau you all ke sini make sure beli 3-4 helai or more cos confirm menyesal kalau tak beli banyak. Hubby pula beli beberapa helai T-shirt. Aku yang excited nak beli jeans sebenarnya tapi sebab banyak lagi FO lain nak pergi konon-konon simpan dulu semangat shopping yang membara tu untuk tempat lain.
Then kitorang pergi Terminal Tas pula, memang rambang mata tengok segala macam jenis handbag rasa dihati nak grab semua tapi sabarlah duhai hati kuatkan iman di dada huhuhuu.


Kat sini kami membeli satu lagi beg luggage berharga Rp269,000 (B$29.24/RM76) jenama Polo. Memang instinct kami 2 beg tak akan cukup jadi 'sediakan payung sebelum hujan' yeahh ada peribahasa baru.

Kemudian kami ke FO Passion. Tapi di sini kami tidak membeli apa-apa kerana tidak ada yang berkenan di hati.


Bila tidak mendapat apa-apa hasil tangkapan di Passion, kami meminta pak supir membawa kami makan malam di Kedai Belacan.


Makan simple saja sebab masih kenyang dari Kampung Daun

Antara display yang menarik di Kedai Belacan ni
Makanan di sini kurang menepati citarasa aku. Sambal ayam penyet terlalu pedas diluar batas kemampuan aku hahahaa jadi memang aku tak makan kalau aku paksa juga gerenti sakit perut, kalau sakit perut saja tak apa tapi kalau CirBir haaa tu yang menakutkan ehehehe. Nasib baik masih kenyang dari Kampung Daun sebabnya kitorang makanpun dah jam 3 petang. Tapi hubby kata mee goreng sangat sedap. Selepas makan jam pun dah melepasi 9 malam. Kami pun memang dah penat tak larat nak berjalan lagi kedai-kedaipun dah tutup jadi baliklah ke hotel dan ZZZ.....semestinya tidur itu adalah penamat yang paling terbaik untuk satu hari yang penuh dengan keriangan, kekenyangan dan kepenatan. Adiooosss Amigos.....

BTW inilah hasil shopping kami untuk 2 hari ini. Boleh tahan juga kan....


Tips Melancong 8: Sila lah budget berapa jumlah duit yang akan digunakan untuk shopping kerana kalau kita tak budget awal-awal confirm 100% akan over budget kerana disini memang akan rambang mata. Silap-silap haribulan tak cukup duit untuk balik huhuuuu

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 2 - Part 3 (Kg. Daun) 9/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dari Kopi Luwak Cikole kami beredar menuju ke KAMPUNG DAUN
Lihatlah waktu yang tercatat didalam gambar ni sudahpun menunjukkan hampir jam 4 petang betapa lewatnya kami lunch ohhhooiiii.

Kampung Daun ni merupakan salah satu tarikan pelancong di daerah Bandung. Ia merupakan restoran yang berkonsepkan sebuah perkampungan. Tempat untuk makan adalah pondok-pondok kecil (dinamakan Saung) yang didirikan berhampiran satu sama lain, seolah-olah sebuah taman perumahan yang bercirikan kampung. Suasana di sini cukup menyenangkan dengan udara yang segar dan pemandangan hutan yang memang real ditambah lagi dengan deruan air terjun dan sungai kecil di sepanjang laluan menuju ke saung-saung. Landskapnya sangat cantik, menarik dan tertarik ehehhee iya serius sangat-sangat cantik. Perasaan sangat tenang, damai dan tenteram rasanya sampaikan macam nak tinggal kat sini pula huhuuuu.

Masa kitorang sampai tu hujan (bukan setakat renyai-renyai) tapi memang hujan lebat. Kitorang berlari ke reception di sana ada disediakan payung dan terus booking Saung berdekatan dengan air terjun. You must be wondering how do I know there is a waterfall right? Of course lah aku dah survey awal-awal kat Google. Zaman milenium ni memang canggih maklumat hanya dihujung jari kita sesuatu yang cukup memberi manfaat sebenarnya especially untuk tourist macam kami yang first time datang ke sini. Satu hal yang aku observe di Bandung ni di mana-mana tempat kami pergi pasti ada disediakan surau kecil (mushola) sangat respect. Sambil berjalan ke Saung kami menikmati udara yang segar dan keindahan landskap di sekitar tempat ini dan semestinya cukup romantik berpayung berdua dalam hujan. Dalam hati teringat lagu Amelina 'Memori Daun Pisang' macam ni liriknya...... 

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
berdua jalan kaki saat turun hujan
basah baju kita basah hati kita
mesranya berpayung daun pisang

hahahaaa terlajaklah romantik huhuuu. Sebelum masuk ke Saung sempat lagi aku posing sana sini. Biasalah aku memang macam ni sikit-sikit ambil gambar. Arwah bapa aku dulu selalu mengusik aku katanya 'sikit-sikit gambar sikit-sikit gambar' standardlah Pak jiwa anak muda (anak mudalah sangat hahahaa) huarrgghhh teringat pula pada arwah bapa rinduuuuu sob sob. Al-Fatihah buat arwah.


Hubby cakap 'syng makanlah dulu nanti gambar lagi' kesian hubby dah lapar, aku pun satu hal asyik sangat sampai tak ingat perut sorry sayang my mistake hiiiyyyy. Then kitorang pun masuklah ke Saung betul-betul dekat dengan air terjun, best sangat! Haaa dalam saung pun masih sibuk nak bergambar tau ish ish ishhhh buruk perangai hahahaa. Alaaa sambil-sambil menunggu order kitorang datang bolehlah 'menyelam sambil minum air' lagi-lagi peribahasa ni macam tak ada peribahasa lain kan (sebenarnya ini jak yang terlintas di fikiran) hahahaa.

   
 Then gambar lagi setelah makanan sampai. Memang kaki bergambar betullah jangan marah haaa.




Makanan kami yang tersangatlah sedap heavenly super delicious beribu-ribu bintang aku bagi hehehe
Untuk makan tengahari kami di sini, kami membayar Rp469,150 (B$50.39/RM131) yang mana Rp42,650 (B$4.64/RM12.06) mewakili 10% dari jumlah itu adalah cukai (dalam resit tulis PB1) entah cukai apa tak pasti pula. Agak mahal juga makan di sini tetapi for me it is justified with the standard of the venue and the food itself. So tak ada perasaan tak puas hati. Kitorang happy jak ehehe.

Ehem ehemmm ada orang tu sampai tidur kekenyangan. YES lepas makan hubby boleh tidur sekejap dalam Saung tu, punyalah kenyang dan bestnya tempat tu sampaikan tertidur 'lena diulit intan' ada lagu lagi hahahaa.  Tak percaya??? Haaa tengok gambar ni.



Aloloooo tomei-tomei hubby tidur. Then masa nak balikpun gambar lagi haiisshhh apa ke hal aku ni kena sampuk 'Hantu Selfie' kot hahahaa. Layan jak lah gambar-gambar kitorang ni malas nak tulis banyak (padahal dah tulis banyakpun dari tadi) hahahaa....jangan marah!



Yang ni pula gambar-gambar landskap di sekitar Kampung Daun.


Dah puas bergambar kitorang pun beredar dari Kampung Daun membawa segala macam perasaan yang menggembirakan. Apa tidaknya dah lah kenyang, makanan sangat sedap TERBAIK, udara segar, persekitaran cantik, bersih siap tidur-tidur lagi dalam Saung ohhh sungguh membahagiakan tempat ini. Kalau ada peluang mahu ke sini lagi mencuba menu yang lain dan tidur lama sikit hahahaaa suka-suka hati aku jak toiinggsss!!!


Tips Melancong 7: Jangan terlalu berkira dalam soal makan. Tidak salah sekali dua kita berbelanja lebih untuk makan because we deserve it!


BACA SAMBUNGAN DI SINI: BANDUNG DAY 2 - PART 4