Sunday, March 8, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 3 - Part 2 (Kebun Strawberi) 10/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dari Kawah Putih kami singgah ke Kebun Strawberi yang terdapat di sepanjang perjalanan balik. Ingat tak entri Part 1 perjalanan ke Kawah Putih aku ada menulis tentang kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan tanam-tanaman? Haaa di tempat itulah kami singgah kerana terdapat banyak rumah yang menanam strawberi dan kawasan itu dibuka pada pelancong untuk memetik sendiri buah strawberi tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah Rp60,000 (B$6.52/RM17.21) untuk bayaran masuk, memetik strawberi dan membawa balik 1kg strawberi yang dipetik sendiri tu. murah tak? Bagi aku cukup murah tu berbanding di Brunei atau di Malaysia.

Pengalaman memetik buah strawberi sangat menyeronokkan. Hubby pun sporting ikut sama memetik strawberi sambil memakai topi sawah (Bambu Caping).
Tengok ni gambar-gambar kitorang petik strawberi....jangan jeles hehehe. Strawberi nya sedap tak masam.

Selain kebun strawberi, di sini juga disediakan tempat makan. Oleh kerana waktu ini masa pun sudah lewat tengahari maka kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di sini sahaja.



Kebanyakan tempat makan atau restoran di sini menggunakan konsep pondok-pondok kecil (saung). Sangat unik dan menarik hati juga dapat bersantai dengan selesa, nak tidurpun boleh hahaha (teringat Kampung Daun). Tapi yang paling penting makanan disini sangat sedap walaupun menu yang simple tetapi rasanya sangat sedap, air tangan masyarakat Sunda memang terbaik fuhhh terbayang-bayang keenakan makan di sini. Lagi satu jus buah di sini 100% jus pure, sangat pekat cukup puas hati. Mungkin kerana mereka menanam sendiri buah-buah ini dan mudah didapati disini dengan harga yang murah. Kalau dibandingkan dengan di tempat kita memang cukup berbeza bila order jus nampak ais jak yang lebih dan manis gula tetapi rasa buah pula kurang atau tiada. Dan lagi di Bandung ni menu makanan yang ditawarkan biasanya secara pakej. Misalnya kalau order sup ekor (di Bandung dinamakan sup buntut) itu sudah complete dengan nasi dan lalapan. Ada juga pakej makanan lengkap untuk 2 orang dan berkumpulan, memang sangat kreatif mereka berbisnes. 

Di sini kami mempelawa Mas Hendra untuk makan sekali dengan kami tetapi dia malu agaknya. Kami maklumkan pada pelayan restoran kalau dia nak order apa-apa nanti masukkan saja dalam bil kami. Kami perasan supir kami tu langsung tak makan. Dia cuma membawa minuman (air mineral). Sebenarnya harga sewa kereta kami ni sudah termasuk supir dan makannya tetapi sudah masuk hari ke-3 belum pernah sekalipun kami lihat supir ni makan dari pagi sampai ke malam. Kasihan pula rasanya. Supir kami ni sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tetapi anak isterinya terpaksa ditinggalkan di kampung dan dia mencari rezeki di Bandung. Menurutnya sebulan sekali atau dua bulan sekali dia akan balik melawat keluarganya di kampung dengan menaiki motosikal selama 12 jam perjalanan. Ya Allah kasihan kami mendengar ceritanya. Tapi dia sangat positif orangnya dan memberitahu kami bahawa kehidupan itu sendiri adalah satu nikmat dari Allah jadi harus bersyukur dan berusaha melakukan yang terbaik untuk hidup. Seringkali dia mengucapkan Ahamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada. Hmmm speechless aku, tersentuh hati sedih menusuk jauh ke dasar hati. Mereka di sini memang cukup rajin, kuat semangat dan cekal...really inspiring

Selepas makan kami bergambar lagi di sekitar kawasan restoran yang juga dipenuhi dengan tanam-tanaman.


Selepas itu kami beredar memulakan perjalanan balik ke Bandar Bandung. Program seterusnya ialah SHOPPING yaiiii I likeeee.

BTW inilah strawberi yang kitorang sempat petik cun cun 1kg tau.



Tips Melancong 10: Jangan MEMBAZIR. Jika membeli apa-apa makanan atau buah-buahan pastikan dalam kuantiti yang cukup-cukup untuk kita habiskan. Kalau nak beli banyak-banyak juga, bila rasa tak dapat habiskan sedekahkanlah pada orang lain lebih baik daripada dibuang kerana rosak atau expired. Ketahuilah ramai orang yang tak cukup makan dan ada juga yang kebuluran. Jangan amalkan sikap membazir dan kedekut.





1 comment:

  1. sallam..
    Tuan/Puan..

    Kami dari BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT
    menawarkan sewa kereta murah dan service ok!
    untuk melancong di bandung dan di jakarta..
    kami juga memiliki driver yang berpengalaman di bidang pelancongan,
    dan kami juga menjamin ke selesaan kereta nya..
    harga kereta yang kami tawarkan :

    -toyota avanza
    -suzuki APV
    -daihatsu luxio
    -suzuki ertiga
    -kijang inova
    -KIA Pregio
    -toyota HIACE
    -KIA Pregio
    -ALPHARD
    -HYUNDAI H1
    -isuzu ELF (15 seat)
    -isuzu ELF (19 seat)
    -mini bas (25 seat)
    -medium bas (35 seat)
    -big bas (45 seat)

    Harga dijamin berpatutan dan jimat tentu dengan service yg tetap memuaskan hati..

    harga kereta tersebut sudah termasuk :
    -minyak/petrol
    -parking
    -tol
    -driver meal
    Per hari nye kereta boleh guna dari pukul 08AM hingga 10PM

    kami juga menyediakan pakej hotel + transport seperti :
    3D2N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    4D3N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    5D4N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)
    **jangan ter agak-agak bila Tuan/Puan menginginkan pakej yang sesuai bajet..

    Group yang telah kami layani adalah dari :
    - Kelab Proton Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - UITM Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - TV3 Malaysia (boleh tengok tak FB)
    - rombongan group shopping dari Brunei Darusallam (boleh tengok tak FB)
    - etc

    Service inshaAllah memuaskan, sila tengok pelbagai testimoni2 dari bermacam client kami dalam halaman facebook kami

    hotel yang kami sediakan ada option 2 star/3 star/4 star bergantung sesuai keinginan, semua type hotel confirm with free breakfast buffet, wifi dan facility hotel lain nye

    "YOUR COMFORT AND YOUR SATISFACTION IS OUR TRADITION"

    Sila lawari TIPS BERCUTI JIMAT KAT BANDUNG, GARUT, BOGOR DAN JAKARTA

    untuk mengenai pakej selengkap nya,Tuan/Puan boleh hubungi kami kat :

    whatsapp : +62 83821789103
    call : +62 8812057848
    email : bandungamanahtour@yahoo.com
    FB page : BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT

    ReplyDelete