Monday, January 9, 2017

Kahfi 1st Birthday Party - The PARTY DAY

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Cerita tentang sambutan hari lahir yang pertama untuk baby Kahfi. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar feel so blessed and happy with the sponsors and gift from family members and friends. Special thanks to my in laws cos buat party ni di rumah mentua.  And thank you all for coming, relatives, friends and not forgetting my officemates as well. Yang bersedekah, yang membawa hadiah terima kasih banyak-banyak syukur Alhamdulillah.

Entri tentang preparation dan decorations party ni boleh dibaca di link ini PREPARATION dan ini DECORATIONS. Acara bermula jam 7 malam dengan kedatangan para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga hubby, kawan-kawan aku dan officemates. Program malam tu very straight forward, dimulakan dengan bacaan doa selamat, acara memotong kek dan jamuan makan. Kemudian diteruskan dengan acara-acara sampingan iaitu games Musical Chairs both children and adult, best Disney outfit competition dan jawab soalan kuiz. BTW karaoke ON tapi pertandingan menyanyi dibatalkan kerana tidak ada penyertaan; semua malu-malu hohoho. Menyanyi untuk suka-suka saja katanya tak mahu bertanding.

Program @ AturCara
Sebenarnya baby Kahfi tak berapa sihat. Dia selesma dan batuk-batuk. Aku pun sama terjangkit daripada baby. Few days before the event kami dua beranak jatuh sakit. Nasib baiklah ada supplement 4Life lepas 2 kali bagi makan (campur dalam susu), baby dah OK sedikit.

Gambar pertama umur 1 tahun (Lepas Mandi) minta makanan
Majlis berlangsung pada waktu malam, jadi siangnya kami menghantar baby ke Day Care seperti biasa. Akupun kerja half day pagi. Pakaian baby untuk acara birthday sudahpun aku siapkan awal, kemeja putih panjang bow tie dengan vest dan seluar panjang hitam.



Baju baby
OK lets go through the pictures of the night. Banyak gambar beribu-ribu lemon hahaha tapi aku upload mana yang patut saja.

Alhamdulillah persiapan untuk majlis ni berjalan lancar. Sekitar 5 petang semua sudah tersedia. Catering pula ready sekitar jam 6 petang. Since everything ready on time, kami 3 beranakpun mengambil peluang untuk bergambar di theme table 'Finding Nemo' sebelum acara bermula.

Birthday Theme Table by Pretty Lynn Collection

Dengan si mama yang gemuk hahaha
Selepas bacaan doa selamat, maka acara yang ditunggu-tunggupun dimulakan iaitu acara nyanyian Happy Birthday dan seterusnya memotong kek harijadi. Actually baby Kahfi belum fahampun pasal harijadi ni mama dia yang over excited hahaha.



Happy birthday sayang. Mama & Babah love you so much Muaahhhh




Birthday Cake by HomeMade Nabil (perisa Rainbow Coklat & Cheese Oreo)
Colourful....nice...taste good as well
Seterusnya gambar-gambar dengan tetamu yang datang dan gambar sekitar acara-acara sampingan. Sayangnya gambar dengan mak mertua dan bapa mertua tak ada cos tak sempat bergambar (sibuk sangat) dengan aktiviti lagi dan acara-acara lain. Mana nak layan tetamu lagi fuhh tak menang tangan. Baby Kahfi pun dah start buat perangai nak tidur tapi melawan mata. Agaknya dia bingung tengok ramai orang dan bunyi kuat karaoke.


Anak-anak buah, sepupu & anak-anak sepupu...nice kan pakai Disney outfit

With my officemates....Thanks for coming guys

Dengan my BFF & cousin...Thanks for coming

Baby Kahfi with Abg Apiq
Yang ini pula gambar-gambar sekitar acara-acara sampingan dan penyampaian hadiah. Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak berjaya tu jangan putus asa yaa cuba lagi di lain kali hehehe.

Musical Chairs Kanak-Kanak (Perempuan)

Pemenang Musical Chair Kanak-Kanak (Perempuan)....Damia

Musical Chairs Kanak-Kanak (Lelaki)

Pemenang Musical Chairs Kanak-Kanak (Lelaki)....Zakwan

Musical Chairs Dewasa (Lelaki)

Musical Chairs Dewasa (Lelaki)

Pemenang Musical Chairs Dewasa (Lelaki)....Samri

Pemenang Musical Chairs Dewasa (Perempuan)....Mimie

Pertandingan Best Disney Outfit (Boys)

Pertandingan Best Disney Outfit (Boys)

Pertandingan Best Disney Outfit (Boys)

Pemenang Best Disney Outfit (Boys).....Arsyad

Pertandingan Best Disney Outfit (Girls)

Pertandingan Best Disney Outfit (Girls)
Pemenang Best Disney Outfit (Girl)....Iman
Bagi pertandingan kuiz, terdapat 3 kategori soalan iaitu Kuiz 1, Kuiz 2 dan Kuiz 3. Berikut adalah pemenang-pemenangnya.

Pemenang Kuiz 1 - The Trio Syasya, Alya & Damia

Pemenang Kuiz 2 - Babu Hjh Zainon

Pemenang Kuiz 3 - Shahirah (Kakak Irah)
Nampaknya semua orang enjoy dan happy especially acara Musical Chairs sangat havoc dan meriah; few videos recorded. Juga karaoke ramai yang turun padang menyumbangkan suara. Cuma feedback tentang makanan agak mengecewakan, even my mom in law pun cakap tak sedap adooiii kecewa hati hamba patutlah makanan masih banyak dan tak ada orang nak tapau hahahaa. Tapi ada juga yang cakap sedap hmmm nak jaga hati aku kot huhuhuuu. Aku pula tak makan langsung sebab kenyang sepanjang malam (excited punya pasal). Catering oh Catering....tak ada maknanya bayar mahal hmmm.

Secara keseluruhan...everything went well....syukur Alhamdulillah. Banyaknya hadiah baby. Thank you so much kepada yang bawa hadiah dan yang memberi sedekah. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati selalu Aamiin.


Bingung pula dia tengok hadiah banyak hahaha




No comments:

Post a Comment