Bismillahirrahmanirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
This is what happened on 18th Syawal. Hari ini kami mengadakan Mini Open House di rumah untuk keluarga mertuaku. Tahun 2016 ni sudah 3 kali kami berpindah rumah. Yang sebelum-sebelum ni rumah sewa manakala yang ke-3 kali ni rumah kerajaan (quarters Jabatan Pertanian). Alhamdulillah akhirnya kami diberikan kemudahan tempat tinggal ni setelah lama memohon. Inilah rezeki baby Kahfi tak lama selepas baby dilahirkan kami mendapat tawaran rumah Kerajaan ni syukur alhamdulillah. Jadi sambil Open House untuk Raya kami terus membacakan doa selamat untuk rumah ini. Thanks to my adik ipar yang membacakan doa.
|
Tu dia my adik ipar yg duduk hujung sekali (baju melayu hijau)....thanks Sam for reciting Al-Fatihah & Doa |
Aku memasak sendiri semua makanan kecuali sate yang kami tempah. Menunya simple sahaja mee goreng udang, mihun goreng ayam, nasi putih, ayam madu goreng, telur masak merah, pucuk ubi masak lemak tempoyak dan sup jagung. Manakala pencuci mulut pula aku membuat puding ubi manis, puding jagung, puding santan dan agar-agar kacang merah. Selain itu kami membeli begedil dan buah tembikai untuk tambahan dessert. Minuman pula air oren dan manisan. Selain itu kami menyediakan makanan ringan (keropok, kekacang, kuaci, gula-gula, lollipop) dan sedikit kuih raya serta kek.
Ini percubaan pertama aku memasak sup jagung. Aku ni suka bereksperimen bila memasak. Ada-ada saja idea yang datang menerpa sampaikan kadang-kadang last minute aku siapkan sesuatu menu tu bila tiba-tiba ilham datang hahahaa.
|
Corn soup...I think I nailed it cos ini yang habis dulu hehehe (perasan kan) hahaha |
|
Kek Lapis Nutella & Kek Lapis Sarawak Puncak Kasih |
|
Nasi Putih |
|
Nasi Impit |
|
Ada kek Tapak Kuda & Cream Oreo juga |
|
Mihun Goreng Ayam |
|
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak |
|
Agar-agar Santan & Kacang Merah |
|
Telur Rebus Masak Merah |
|
Mee Goreng Udang |
And tadhaaaaa gambar-gambar kitorang menjamu selera dan sesi bergambar ramai. Thank you so much my beloved familia for coming. Thank you my bro in law for reciting the DOA. Maybe I'm not that good in communicating, I'm not that good in presenting myself....not that good in socializing but deep down in my heart I really Love you all entirely....YES I DO.
|
kesian bersesak-sesak...rumah kecil (sorry guys) |
|
Dengan baby Kahfi...dia tidur awal malam tu |
THANKS ALL AGAIN AND AGAIN....LOVE YOU ALL!!!
No comments:
Post a Comment