Tuesday, September 13, 2016

Baby Kahfi : Tumbuh Gigi???

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal gigi. Hahahaa apa kes macam tak ada cerita lain? Tak kesah aku nak juga cerita pasal gigi...pasal anak aku tumbuh gigi hehehe. Bukannya apa...aku ni dah beberapa bulan tunggu gigi anak aku ni timbul maklumlah first experience ada anak semuanya serba excited. Since baby 4 bulan aku dah tunggu-tunggu giginya keluar cos masa tu dia dah mula bermain air liur dan terkial-kial menggigit apapun yang dapat dicapainya termasuk tangan aku laki bini hahaha. Kata orang-orang sekeliling itu tanda-tanda nak tumbuh gigi. Aku punyalah excited hari-hari check mulut baby tengok kalau-kalau giginya dah timbul hahahaa...Rupanya proses tumbuh gigi bayi ni memakan masa dan setiap bayi tidak sama. Ada yang seawal 5-6 bulan sudah tumbuh gigi. Ada pula yang sampai 12 bulan masih belum timbul. Tetapi berdasarkan pembacaan, katanya rata-rata gigi bayi akan tumbuh sekitar 8 bulan ke atas.

Nah sekarang ni anak aku 8 bulan++ memang betul waktu inilah giginya keluar. At first aku tak perasan tapi masa dia makan biskut 'baby bites' aku terdengar bunyi agak kuat biskut tu dia gigit. Jadi aku suspect mesti gigi dia dah keluar sikit. Dan memang benar dah timbul gigi si baby Kahfi tapi masih halus nampak putih sedikit bila kurasa dengan jari sah gigi sebab rasa tajam hehehe. OKlah aku abadikan tarikh keramat ini 10/09/2016 sebagai hari ini dalam sejarah si baby Kahfi untuk peristiwa 2 gigi pertamanya timbul ahhaaaha....

10/9/2016....inilah harinya gigi baby Kahfi timbul

11/9/16 - Tu dia gigi tapi belum nampaklah hehehe

Errr BTW tengok-tengok gigi baby Kahfi ni macam tak rata. Adakah disebabkan dia menggunakan 'puting kosong' aka 'puting temberang'? Aku try google jawapannya itu perkara biasa, memang ada bayi yang akan tumbuh gigi agak 'miring' kerana pertumbuhan gigi bayi tidak sama. Namun katanya tidak ada yang perlu dirisaukan kerana itu cuma gigi susu. Di kemudian hari nanti akan tumbuh gigi kekal dan ia akan rata. Hmmm hopefully gigi baby Kahfi tumbuh dengan baik dan tidak ada sebarang masalah Aamiin.


No comments:

Post a Comment