Thursday, September 8, 2016

Baby Kahfi : Demam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ini throwback ketika baby Kahfi demam selepas balik dari beraya di kampung. Actually bukan baby saja yang demam hubby dan aku sendiripun kena tapi hubby 2-3 hari dah sembuh. Dia tu memang kuat antibodi makan Panadol saja terus sembuh. Aku dan baby yang lambat sangat nak sembuh malahan on off demam, batuk dan selesma.

Nak dijadikan cerita suatu malam tu badan baby tiba-tiba panas. Selang beberapa hari sebelumnya dia baru sembuh daripada batuk dan selesma. Tiba-tiba teringat tips yang diberikan oleh kawan aku. Katanya kalau nak buang panas baby gunakan putih telur masukkan ke dalam bekas balut dengan sapu tangan nipis dan tuamkan badan baby. Akupun terus mencuba kaedah ini tanpa memikirkan kesan sampingan ke atas baby. Alhamdulillah memang panas baby turun dan dia tidur lena malam tu. Tetapi bangun pagi keesokannya terkejut aku melihat badan baby penuh dengan bintik-bintik merah seperti ruam.

SAH baby Kahfi alergik dengan telur. Huaarrgghhh nak menangis aku kesian sangat dengan baby. Hubby pun agak marah padaku kerana mengaplikasikan tips dari kawan aku tu. Dan aku sangat-sangat menyesal tapi aku pun tak sangka akan jadi macam ni...sedih aku tau!!! I'm just trying to protect my baby...aku selagi boleh akan mencuba sedaya upaya untuk mengubati baby bila dia sakit naluri seorang ibu kan. I mean tak kan nak biarkan saja kenalah berusaha tapi tak sangka pula sampai begini jadinya. Well ini pengajaran buat aku supaya lebih berhati-hati lain kali.

Ruam satu badan mula-mula tu cuma belakang dan perut lama-lama tangan, kaki dan muka



Kami membawa baby Kahfi ke klinik dan dia cuma diberikan ubat panadol. Dua hari selepas itu  badan baby panas kembali. Pukul 2 pagi kami bawa ke Emergency Hospital RIPAS. Ya Allah selepas diperiksa panas baby 39.6 patutlah baby dah tak berapa nak respond bila dipanggil dia cuma mengerang kesakitan sahaja. Baby ditahan di wad kecemasan dimasukkan ubat pengurang panas yang dimasukkan dari anusnya. Sebelum tu baby muntah banyak sewaktu diperiksa doktor kesian dia dah lah baru habis menyusu.

Kesian baby mama

Baby Kahfi di wad kecemasan Hospital RIPAS
Sehinggalah awal pagi baby ditahan di sini kerana doktor ingin memantau suhu badannya. Selepas suhu badan baby sudah turun ke paras normal 36.7 kami dibenarkan pulang. Alhamdulillah keadaan baby semakin bertambah baik. Ubat calamine yang diberikan juga agak sesuai dengan baby. Ruam dibadannya semakin hilang cuma kulit baby jadi mengelupas. Aku menggunakan krim Shaklee Herbal Multi Purpose Cream untuk menghaluskan dan menghilangkan bekas ruam. And its working!!! Great...thanks to this product. Actually sejak awal aku menggunakan krim Shaklee ni untuk mengubati eczema baby Kahfi. He is detected having an eczema when he was 4 months old and it still haven't completely gone until now. I wish the eczema will fully gone when he grow up.

Highly recommended...Shaklee Herbal Multipurpose Cream
BTW kami memandikan baby menggunakan hirisan lemon dengan air suling. Alhamdulillah ini membantu menurunkan panas badan dan memperbaiki kulit baby yang mengelupas. Hasilnya kulit baby menjadi bersih dan halus selain membuat dia tidur lena pada waktu malam. Selain itu aku menggunakan kunyit untuk mengeringkan hingus baby. Ternyata sangat bagus untuk mempercepatkan penyembuhan selesma. Ada baiknya juga petua orang dulu-dulu ni. Yang mana baik kita ikut tak salahkan.



Now baby dah semakin sihat. Dia kembali aktif dan ceria. selera makanpun makin bertambah. Sekarang baby dah berusia 8 bulan++ dah banyak kepandaiannya. Selain merangkak dan duduk, dia sudah pandai berdiri di katilnya dengan memegang bucu katil. Dia pun sudah pandai bergerak keliling katilnya tetapi masih berpaut dibidai katil. Terbaru, dia sudah pandai bertepuk tangan so cute hehehe. Kata orang memang lumrah bayi akan selalu demam dan sakit-sakit. Itu merupakan salah satu proses ketika dia membesar. Kata orang Brunei.."kan ada pemandainya"...maksudnya setiap kali baby pandai melakukan sesuatu perkara dia biasanya akan 'sakit'.

Chaaakkkk baby siapa yang comel ni haaa

Dah besar anak mama

Wahhh dah pandai berdiri....good boy (first time berdiri 4/09/2016)
Look at him....now....big baby already macam baru semalam aku melahirkannya. Cepatnya masa berlalu and I miss the moment when he was so little sleeping in my arms.

Tengok tu kecil jak si baby kan. Ini dia baru 11 hari (time ni birthday mama)

Oh my baby why you grow up so fast mama miss your little cuddles hehehe. BTW aku tengah tunggu baby tumbuh gigi. Hari-hari aku perhati tapi masih belum ada sampailah hari ini. Baby Kahfi sekarang ni suka menggigit dan bermain airliur kata orang nak tumbuh gigi. Haaa itulah sebabnya mak dia ni excited tunggu giginya timbul nak jadi orang yang pertama nampak baby ada gigi hahahaa.


No comments:

Post a Comment