Monday, September 26, 2016

Happy Birthday Hubby

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Kelmarin, 25/09/2016 adalah hari lahir my hubby yang ke 47 tahun. Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik dan masih berpeluang menyambut harijadi hubby bersama-sama. Lebih menarik lagi tahun ini kami sambut bertiga dengan baby Kahfi jadi rasa lebih seronok dan meriah walaupun baby belum faham apa itu harijadi hehehe.

Birthday Boy with his birthday cake
Kami menyambut dengan sederhana sahaja; makan tengahari di Restoran Aminah Arif Jerudong BSB. Mengambil pakej makanan berharga $16 yang sudah lebih dari cukup untuk makan berdua (baby belum boleh makan makanan orang dewasa). Kasihan baby tapi dia tak tengok saja dia pun ada makanan dia sendiri 'baby bites'. Sebelumnya, aku membelikan Rocky Cup Cake kecil sebagai kek harijadi hubby, letak lilin sebatang tapi tak nyalakan pun hehehe. Saja jak action untuk ambil gambar.


Kami laki bini memang suka makan set hidangan di Restoran Aminah Arif ni. Masakannya sedap dan boleh dikategorikan murah. Untuk harga $16 tu ada nasi, ikan, sayur, sup, pilihan ayam atau daging, sambal dan ulam-ulaman. Kalau nak tambah menu lain just add in with additional price. Untuk lunch kitorang kami memilih sup tulang, ikan rebus kunyit, kangkung goreng belacan, ayam masak merah dan kami menambah daging masak paprik pedas. Yummy memang sedap, cukup puas hati hubby siap makan dengan tangan.

The food at $16 murah kan??? exclude daging paprik & minuman
Happy birthday sayang semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu disamping kami berdua dan sentiasa didalam rahmat dan perlindungan Allah jua hendaknya Aamiin Aamiin Aamiin. Hope you happy and enjoy the food muaahhh we love you so much.

Babah & Baby Kahfi
Mama & Baby Kahfi
Our Small Family
Babah, Mama & Baby Kahfi



No comments:

Post a Comment