Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Masih lagi tentang Raya 2016. This is for the 3rd Syawal.
Tema kitorang hari ni ialah
orange. Awal pagi dah bersiap sebab kami nak beraya ke rumah tuan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pos sebelum sambung beraya ke rumah keluarga sebelah mak mertua dan adik beradik
hubby.
|
Ready to go |
|
Orange theme |
Rumah pertama kitorang pergi ialah rumah tuan Pengarah JPP. JPP ni jabatan kerajaan yang joint venture dengan syarikat tempat aku berkerja dan projek yang dijalankan tersebut adalah dibawah tanggungjawab aku. Setiap tahun aku akan menerima jemputan daripada tuan Pengarah ni. Menariknya walaupun beliau seorang Pengarah dan serba mampu tetapi semua juadah dimasak sendiri oleh isteri beliau. Malahan tuan Pengarah sendiri turun padang. Beliau memang sangat pandai memasak kerabu mangganya tersangat sedap thumbs up! aku pun tak dapat challenge hehehe. Gambar-gambar dibawah ni ketika berada di rumah tuan Pengarah.
|
Rumah Pertama
bersama Tuan Haji Manan, Pengarah JPP Brunei
|
|
Dibelakang tu kolam ikan |
|
Nampak tak tanda putih di dahi baby dan dahi aku pun ada sikit
Tuan Pengarah dan isterinya menepung tawar aku dan baby...katanya adat untuk anak sulung lepas tu dia bagi duit raya special untuk baby Kahfi Alhamdulillah terima kasih Tuan
|
Memang sedap-sedap masakan isteri Tuan Pengarah ni sehingga menjilat jari huhuhu. Hubby pun puji tau (kalah masakan di kedai).
Rumah ke-2 ni rumah babu (makcik)
hubby (adik beradik mak mertua aku). Banyak juga bergambar di sini sebab kitorang agak lama disini menunggu
family yang lain untuk beraya bersama-sama ke rumah saudara-saudara lain.
|
Rumah ke-2...Babu Cute (yang pakai baju batik hijau muda berkacamata) |
|
sempat lagi bergambar ber3 |
Gambar-gambar seterusnya pula gambar kitorang beraya di rumah-rumah yang lain. Silakan tengok yaa......
|
Rumah ke-3 |
|
Rumah ke-4 |
|
Rumah ke-5 |
|
Rumah ke-6 |
Untuk Raya ke-3 ni kami sempat beraya ke-6 buah rumah sahaja kerana kedudukan tempat yang agak jauh dan agak lama juga kami singgah di setiap rumah-rumah ni cos bukan orang lain mostly rumah makcik dan adik-beradik hubby.
No comments:
Post a Comment