Friday, September 2, 2016

Raya 2016 - 6 hingga 13 Syawal (di KK)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Dah banyak cerita tentang Raya di Brunei, kini sampailah giliran cerita di Kota Kinabalu pula. Kami bertolak balik ke KK pada 6 Syawal dan berada di sana sehingga 13 Syawal. Alhamdulillah perjalanan balik sangat cepat kerana tidak ada queue yang panjang di semua checkpoint yang kami lalui. Kami sampai agak awal dan sempat ronda-ronda jalan-jalan cari makan sebelum balik ke rumah hehehe.

Seperti tahun-tahun yang sudah, kami beraya ke rumah kakak-kakak aku. So below are all the pictures.

Blue Theme - Ready to go
Dengan anak-anak buah - Hadira & Iman




Blue Theme




Gambar-gambar di bawah ni gambar baby Kahfi dengan anak-anak buahnya (means my cucu - anak-anak my anak buah). Yang bambam montel tu baru masuk 3 bulan beratnya dah 8kg sedangkan baby Kahfi 6 bulan baru 6kg lebih. Kesian baby Kahfi tenggelam hahahaa.

Baby Dhiya & Baby Kahfi

Sorry baby Kahfi, tak dapat lawan baby Dhiya walaupun baby naikkan perut hahahaa

aloloooo so cute

ehh ehhh kenapa baby Kahfi nangis....kena buli dengan anak buah???

Baby Dhiya, Baby Ziyad & Baby Kahfi
Baby Ziyad & Baby Kahfi sebaya; beza cuma 2 hari
Kemudian pada 11 Syawal, kami mengadakan Open House di kampung. Hari yang sama juga ada majlis persandingan sepupu aku. So sebelah siangnya kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu dan sebelah petang hingga ke malam pula kami sibuk melayan tetamu dan mengadakan tahlil pada malamnya.

Brown Theme - To Cousin's Wedding Ceremony





My heroes

Cantik pemandangan dibelakang tu kan




Dengan pengantin perempuan yang cantik
Pada waktu petang kami sempat menyambut harijadi anak-anak buah. Dorang ni memang tiap kali aku balik kampung minta belikan kek nak sambut harijadi katanya. Excited anak-anak buah aku lepas sorang, sorang tiup lilin hehehe.



Ini jak gambar yang sempat diambil itupun blurr (anak buah aku yang bujang ambil gambar) belum pro dia ni hahaha
Kemudian sebelah malam pula kami mengadakan tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah bapa Sulaiman bin Gadat serta ahli keluarga yang lain yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga segala dosa mereka diampunkan dan roh mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin yang beriman Aamiin.








Selepas tahlil, masa untuk bermain bunga api. Yang paling seronok ialah anak-anak buah yang kecil-kecil ni. Bestnya tengok dorang ni terjerit-jerit, terlompat-lompat suka melihat bunga api. Suasana macam ni lah yang selalu aku rindukan bila berada di Brunei. Riuh rendah dan bising suara anak-anak buah. Keluarga aku memang keluarga besar aku ada 9 adik beradik, 27 orang anak buah dan 7 cucu. Kalau termasuk anakku sendiri baby Kahfi, mak aku ada 28 cucu semuanya dan 7 orang cicit hehehe.   


Aku juga sempat bergambar dan wefie dengan anak-anak buah yang sumandak (anak dara) they are so close with me you know.




Memang seronok dan meriah raya di kampung. Cuma tahun ni kami tak banyak berjalan beraya seperti tahun-tahun yang lalu. Kalau tahun-tahun sebelumnya kami beraya ke rumah saudara-saudara mak dan arwah bapa. Semuapun agak jauh kerana mereka tinggal di daerah lain seperti di Ranau, Papar, Keningau dan Tambunan. Hendak ke sana kenalah menaiki kenderaan selama beberapa jam. Jalanpun ada yang masih jalan kampung belum berturap sepenuhnya. Tapi seronok pengalaman beraya ke sana especially cuaca yang sejuk, pemandangan yang cantik dan makanan yang sedap-sedap hehehe. In shaa Allah lain tahun panjang umur ada rezeki hendak beraya ke sana bawa baby pula.



No comments:

Post a Comment