Wednesday, September 14, 2016

Our Sunday & Monday - Bonding Time

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Let's talk about Sunday and Monday particularly the recent one. Sunday for sure is a rest day from office but Monday recently is a public holiday for Aidil Adha. Usually kami balik ke kampung aku di KK Sabah tapi tahun ni tak dapat balik cos aku dah kehabisan cuti. Sangat menyedihkan kerana aku dah tak ada cuti malahan cuti aku untuk tahun depanpun aku dah ambil beberapa hari (advance pro-rated) untuk sambut Raya AidilFitri yang lalu dan cuti emergency waktu baby Kahfi sakit bulan lepas uhuuk uhukkk cedey tau! Hmmm nampaknya lepas ni kalau aku nak bercuti lagi terpaksa potong gaji huaarrgghhhh....

On Sunday kami membawa baby Kahfi jalan-jalan ke Pantai Muara. First time bawa baby ke Pantai tapi kitorang tak pergi tepi pantaipun just bawa baby pusing-pusing dengan stroller. Seronok baby Kahfi tapi cuaca agak panas cos Pantai Muara ni jauh daripada tempat kitorang tinggal. Sampai disanapun sudah agak lewat sekitar jam 10 pagi dah panas terik. Jadi kami tak mahulah lama-lama kesian baby kepanasan. Kiranya kami just jalan-jalan, ambil angin, bawa baby lihat pemandangan sekeliling biar luas pandangannya. Malangnya kami tak dapat pondok kosong kerana semuanya penuh (kalau sampai lambat memang tak dapat tempat). So kami just duduk lepak di tempat duduk ni kesian deh lo huhuuu...

Babah dan baby yang ganteng

Macam manalah gambar ni boleh pecah-pecah pula hmmmm muskyil aku tau


ada tisu atas dahi baby cos dia sedu...petua hilangkan sedu katanya hehehe




Hai handsome muaahhhh

reaksi malas tengok kamera boring dia balik2 kena suruh tengok hehehe

aikhhh kenapa muncung tu...panaskah???


Tengok video tu betapa seronoknya si baby. Jangan hairan tengok ada cebisan tisu atas dahi baby. Itu petua untuk menghilangkan sedu hehehe.

Seterusnya cerita the next day, Monday. Oleh kerana tidak ada apa-apa acara hari ini kami membawa baby Kahfi ke pantai lagi untuk picnic pula disebelah petang; di Pantai Tungku yang tidak jauh dari tempat kami tinggal. Plan nak picnic ni on the spot saja sebenarnya. Hubbypun OK so pagi tu aku dah bersiap-siap masak apa yang patut. Masak simple saja mihun goreng udang, sosej goreng, karipap sardin, karipap ikan tahai dan roti goreng madu. 


the food simple but tasty

Kebetulan adik-beradik hubby baru balik daripada memancing jadi merekapun singgah di Pantai Tungku untuk join kitorang. The more the merrier.

dengan adik beradik hubby & anak-anak buah




muaahhhh sayang anak mama


makan biskut Baby Bites

Minum Air Putih




dan aku dah terjebak makan mihun goreng pula...ohh my diet!!!

  

No comments:

Post a Comment