Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Just back to work today after 4 days warded. Bukan aku yang masuk wad tapi si kecil Kahfi. Dah 2 kali baby ditahan di wad sekali semasa Raya dan baru-baru ini 18 Sept 2016 kena tahan lagi. Ya Allah kasihannya dengan anak aku ni malar sakit since 4 months old. Memanglah kata orang baby biasanya akan sakit-sakit dalam proses membesar tapi hati ibu ini sukar untuk tenang setiap kali baby kurang sihat.
Well si baby ditahan kali ini kerana muntah-muntah. Pada mulanya kitorang fikir dia muntah biasa, muntah susu tapi bila diberi buburpun dia akan muntah juga. Apa saja yang dibagi makan padanya akan dimuntahkan balik. Sampai satu tahap aku dah panik sebab tidurpun baby boleh termuntah. Terus aku bagitahu hubby kena bawa baby ke hospital, emergency. Aku tak sanggup tengok dia muntah-muntah terus sampai dah lembik badan. Kami membawa baby Kahfi ke RIPAS sekitar jam 11 malam dan dia diobserve di wad kecemasan kanak-kanak. Selepas diberikan ubat penghalang muntah baby looks better a bit. Kemudian dia diberikan ORS (air garam) untuk melihat sama ada dia muntah lagi atau tidak. Alhamdulillah baby tak muntah so doktor izinkan kitorang balik around 3 a.m.
|
Emergency - Wad Kanak-Kanak (1st visit) |
Baby terus tidur lena until
he woke up in the morning and started vomiting again.
Oh nooo mamanya ni panik semula. cepat-cepat kitorang siapkan
baby dan bergegas semula ke hospital sebab doktor dah pesan kalau dia muntah-muntah lagi kena bawa ke hospital semula.
And so baby was admitted sebab kata doktor tak boleh
repeat medicine lagi.
|
Emergency - Wad Kanak-Kanak (2nd visit) |
|
Selepas diambil darah...standby tunggu dihantar ke wad |
Part yang paling sedih bila tangan
baby dicucuk untuk ambil darah.
Hubby tak nak tengok tak sampai hati katanya. Hmmm memanglah sesiapapun mak bapa kalau boleh tak nak tengok anak kesakitan tapi semua tu untuk kebaikan dan kesihatan
baby. Kita sebagai orang tua perlulah lebih kuat supaya
baby pun dapat
positive energy dan semangat. Terpaksalah aku kebalkan hati kuatkan semangat sorang-sorang bersama
baby. Alhamdulillah
baby Kahfi
is a very strong baby boy. Dia cuma merengek sedikit sewaktu dicucuk jarum selepas itu dia diam sahaja sampailah di wad sewaktu dimasukkan drip untuk menambah air badannya
baby tidak menangis. Cuma dia sedikit rimas dengan tiub drip tu sebab susah dia nak bergerak dan bermain. Tidurpun tak lena
poor baby mama kasihan sangat-sangat but
I know you can deal with it cos mama is with you all the time and mama loves you loads.
|
Day 1 - Santai Makan Baby Bites |
|
Day 2 - Pakai napkin untuk ambil sampel urin |
|
Day 2 - Knp tidur ternganga tu baby??? |
|
Day 3 - bangun awal subuh bermain |
|
Day 3 - Kaki siap juntai-juntai hehehe |
|
Day 3 - Sleeping with mama (mama dia ni pun ikut tidur atas katil baby) hahahaa |
Selama 4 hari
baby ditahan. Sampel darah, urin dan najisnya diambil untuk diuji. Alhamdulillah semua
result positif tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan virus. Kata doktor
it's a viral infection; muntah-muntah cirit-birit biasa yang
usually akan sembuh sendiri cuma memakan masa sedikit.
I have to slowly feed him little by little until his tummy is ready to accept the portion he used to consume before. Hari ke-4 tu keadaan
baby semakin baik
the whole day tak ada muntah dan tak ada cirit-birit juga
so doctor allows us to go home, Alhamdulillah.
|
Day 4 - Drip tambah air dihentikan (3 bottle given) |
|
Day 4 - sibuk bermain |
|
Baby ini bukan berus gigilah ini sikat rambut nak...hahahha |
|
Happy face....smileeee (doktor bagitahu boleh balik rumah) |
One more thing, semasa dalam wad tu baby Kahfi dapat kawan-kawan baru. Seronok depa bersembang.
So cute watching them talking; see the picture below ada video juga tapi tak dapat
upload cos oversize more than 100mb hehehe.
Another one more thing hehehe; alkisahnya aku dan hubby pun kena sakit perut time baby warded ni. Puncanya makanan dari hospital ni. Padahal aku makan sedikit sahaja; sosej goreng dan fish fillet tapi lepas makan sikit tu terus perut rasa semacam aku stop makan. Tak lama hubby sampai dia pula try makan. Hubby pulun habiskan semua hahaha walaupun aku dah bagitahu perut rasa semacam lepas makan. Dan start daripada tu aku mual-mual dan sakit perut. Petangnya aku mulai muntah-muntah dan cirit-birit. Hubby pula katanya balik malam tu lepas melawat baru start rasa perut meragam. Dia pun diarrhea juga tapi hubby ni jenis yang cepat baik. The next day dia dah ok siap boleh makan macam-macam. Aku 2 hari langsung tak isi perut sebab tak selera nak makan. Lagipun tak larat keep on keluar masuk tandas hehehe. Since then, aku langsung tak makan makanan dari hospital ni fobia....takut sakit perut lagi hahaha.
|
Haaa inilah makanan yang telah mendatangkan penyakit kepada kami suami isteri |