Thursday, January 15, 2015

PART 1: THROWBACK: Cuti-Cuti Cinta @ Genting Higlands

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Part 1.

Kali ni entri pasal 3 tahun lepas punya cerita hahahaa bukan lagi jeruk, bukan lagi pekasam tapi cerita yang dah basi ni baru sekarang keluarkan dari peti besi huahuahua. Cerita ni pasal honeymoon kitorang kat Genting Highlands I called it as Cuti-Cuti Cinta. Kitorang pergi tu hujung tahun 2011 right after our wedding ceremony. So kiranya honeymoon lah hehehe

Kalau aku memang dah beberapa kali sampai kat Genting ni tapi my hubby is first time jadi hubby lah yang lebih excited. detail penerbangan dah tak ingat tapi kitorang pergi naik Air Asia kalau tak silap 31hb Disember 2011 sampai kat LCCT pun tengah malam terus ambil teksi naik Genting dan Alhamdulillah sampai ke destinasi awal pagi sekitar jam 3/4 pagi macam tu. Penat sangat-sangat dan ngantuk dan penat dan ngantuk memang tak dapat nak dijelaskan kepenatan dan kengantukan itu hiiiyyy sambil sengih in real. Yang sedihnya dalam keadaan kepenatan tu berlakulah pula episod duka dalam percutian bulan madu kami. Mana tidaknya rupa-rupanya booking kami tu kena tunggu (waiting list) sebab menggunakan voucher yang kami ambil dari agen. Dari sebelum subuh tu kami menunggu sampailah ke petang hampir nak masuk malam baru dapat check-in di SINI. Dalam hati kami Tuhan saja yang tahu betapa geramnya dengan agen yang menguruskan penginapan ini. Sepatutnya kami mendapat layanan 1st class al-maklumlah orang honeymoon weeikksss over huhuhuu tapi kami sedar semua tu ujian dari Allah kami redha dan Alhamdulillah kami dapat tempuhi dengan sabar dan mood kami pun tidaklah spoilt sangat. Pengantin barulah katakan tak kan nak bad mood pula kan huhuuu

Semasa kami di Genting tu cuaca sangat-sangat sejuk. Bila bercakappun seperti keluar asap dari mulut.The worst part is because of the cold weather we keep on getting hungry arrghhh sudahnya kerja kami asyik nak makan saja ergghhh sudahlah dua-duapun put on weight memang kejam kedinginan itu menjebakkan kami kepada aktiviti makan yang melampau hahahaa. Terus-terang kalau duduk lama-lama kat Genting ni mau jatuh papa kedana semua pun mahal. Kitorang yang stay 2 malam saja pun rasa cepat sangat kempis dompet dan poket hahahaa.

Bah (aiseeyyy keluar bahasa Sabah) jom tengok-tengok gambar kitorang masa kat sana. Aku share gambar-gambar yang semuanya ada muka hubby saja sebab waktu tu mak masih freehair sekarang mak dah bertudung jadi tak nak lah upload gambar-gambar seksa dulu-dulu tu lagi (mun paham bisai...yang ni bahasa Kadayan Brunei) ertinya kalau faham bagus / faham-fahamlah sendiri entah betul ke tidak aku ni hahahaaa

Kitorang stay 2 malam kat hotel ni


 

 

 







 

Gambar-gambar di bawah ni gambar kitorang dalam Ripley's Believe It Or Not






 

 


















Ni lah kedai makan tempat kami nongkrong makan-makan (Al-kisahnya aku kena food poisoning 3 hari kat Genting 3 hari CIRBIR huarrggghhh tension aku)


Hubby Tengah Enjoy FISH Massage....sukanya dia




 Haaaa Sempat Lagi Naik Cable Car...Ini WAJIB hehehe



Bye-Bye Genting TILL WE MEET AGAIN...Chaaakkkk!!!

Sadly one more episod duka terjadi waktu kitorang turun dari Genting tu. Rushing punya pasal kitorang pun ambil teksi sapu dari Genting ke KL. Teksi tu apek Cina yang bawa. Ada seorang lagi penumpang macam orang India (tourist kot). Ayoyoyoo memang super duper double triple merabakkan dada punya experience lah hahahaa ambik kau segala kecacatan bahasa keluar. Betapa teruknya pengalaman yang kami rasai sepanjang turun Genting tu. Apek Cina tu drive kalah Schumacher apa dia ingat trek F1 ke apa. Astaghfirullahalazim hanya Tuhan yang tahu perasaan kami waktu tu. Dalam dada ni dah jadi laut berombak tinggi bukan ombak rindu tau tapi ombak tsunami yang membadai guuusss semangat lajunya memang sangat menakutkan sampai pucat lesi muka kami termasuk penumpang India tu. Kami bertiga saling toleh menoleh dengan muka ketakutan macam nampak kuntilanak hahahaa but speechless tak dapat cakap apapun. Macam mana nak cakap apek Cina tu dari mula dia drive sepanjang perjalanan turun bukit tu dia chong cheng chong cheng cakap Cina tak henti-henti bercakap dalam HP, macam-macam intonasi ada tapi semuanya nada marah, gaduh dengan bini kot huhhhh! 

Ergghhh sakitnya hati ini memang berderau darah naik turun darah panas darah sejuk terasa hampir dengan mati pun ada. Gila kau dia balun mau 120/140 teksi tu turun bukit macam nak terjun ke gaung rasanya. Ya Allah masa tu aku tak henti-henti berdoa memohon Allah lindungi kami. Seksanya hanya Allah yang tahu dalam teksi tu walaupun cuma 20 minit saja tapi perasaan takut tu seolah-olah 20 jam. Yes dalam masa kurang daripada 20 minit kitorang sampai di lebuhraya the Apek Cina tu really a crazy reckless driver membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Belum pernah seumur hidup aku berdepan dengan situasi macam tu dan belum pernah aku memaki hamun orang tapi that day memang kesabaran sudah sampai di penghujungnya. Aku memang bahasakan apek tu GILA....sorry to say but he really is huarrgghhhhh kalau ingat balik pun masih rasa tekanan dan ketakutan itu dan kemarahan itu. Dan yang lebih menyakitkan hati bila sudah sampai di lebuhraya dengan manisnya spontaneously si apek itu perlahankan teksi dan bawa setakat 60/80 sahaja. Don't you think it's creepy??? Don't you think he is something wrong somewhere??? Don't you think he bullied us??? I think he is CRAZY...OK baiii hahahaaa. Anyway moral of the story jangan naik teksi sapu lebih baik naik bas ataupun ambil teksi yang bertauliah biar mahal sedikit tetapi pemanduan lebih berhemat. Sekian.... 



BACA SAMBUNGAN CERITA DI SINI




No comments:

Post a Comment