Wednesday, January 14, 2015

Excapade - My Favourite Dine In Restaurant

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum ni @ dulu-dulu aku ni bukannya pandai makan sushi pun. Tak tahulah macam mana boleh lately ni jadi pandai pula dan addicted to it. Yang peliknya my hubby pun kes sama juga tiba-tiba pula pandai makan sushi hahahaha.

Ceritanya bermula 3-4 bulan lepas selepas kitorang mencuba sushi 'Tori Katsu Maki'. Memang tersangatlah sedap sampai kami repeat makan benda alah tu beberapa kali dalam masa seminggu hahahaa ini memang kes ketagih betul ni bukan cobaan tapi betul-betul huhuhuu. Well actually aku dan hubby pernah juga sesekali makan di restoran makanan Jepun ni tapi menu kitorang mostly 'Salmon Asparagus' saja dan makanan yang fully cooked.

OKlah dipendekkan cerita selepas tried 'Tori Katsu Maki' sushi tu bermulalah episod ketagih kami. Pantang bila teringin makan cepat-cepat kami zoom ke Excapade. Excapade ni restoran sushi tu lah tapi sebenarnya banyak juga makanan-makanan yang betul-betul dimasak disajikan di sana tapi of course lah berkonsepkan dan beresipikan masakan Jepun. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Excapade ni bolehlah layari website https://www.facebook.com/pages/Excapade-Sushi/48655645793

Baru-baru ni 29/12/2014 (konon-konon dinner penutup tahun 2014 lah ni) kami ke Excapade lagi tapi kali ni bukan berdua saja tapi serombongan dengan family hehehe. Menyelam sambil minum air bolehkah guna peribahasa ni? emmmm sebabnya kami ke sana untuk makan-makan dan surprise birthday anak buah juga tapi yang part surprise tu memang kebetulan saja. Planning nak makan-makan tu memang awal-awal dah set dengan family. Kemudian last minute my biras inform pasal nak buat surprise untuk birthday daughter dia. So aku pun ON je lah tak ada masalah lagi best sambil menyelam sambil minum air...aikhhh lagi lagi peribahasa ni...emmm macam tak sesuai lah hahahaa

Anyway memang surprise betullah birthday celebration my anak buah ni. Apa tidaknya tiba-tiba lampu dimalapkan then kedengaran musik happy birthday then keluar kek then kami pun nyanyilah lagu yang paling popular tu haaa apalagi lagu happy birthday lah kan kan kan. Memang enjoy dinner malam tu dengan our most favourite dish 'Tori Katsu Maki', 'Salmon Asparagus' & 'Tori Karage' uppsss tidak dilupakan my favourite Japanese Green Tea habis seteko aku pulun huahuahua.

Jom layan gambar-gambar kitorang malam tu.





Hubby & Me



The Birthday Girl "Damia"

Like Mother Like Daughter
 

Haaa yang gambar-gambar di bawah ni lah menu yang kitorang order. Bukan berdua saja tau tapi serombongan tu ramai kan macam cerita Rombongan Cik Kiah ke sukan komanwel pula huhuhu
  
              
 


 


Haaa ni lah menu FAVOURITE kami tu
 

 

 
Yang ini pula gambar-gambar the crowd yang super sporting and happening malam tu. Aunty-aunty my hubby and his cousin and anak buah. Thanks semuanya yang join dinner ni muaahhh sayaaang kamu semua ketat-ketat muaahhhh lots of love.

 








Muka-muka kenyang & ENJOY...yeaahhh Craving SATISFIED!!!


No comments:

Post a Comment