Thursday, January 15, 2015

PART 2: THROWBACK: Cuti-Cuti Cinta @ Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Part 2: Sambungan dari SINI.

Selepas 2 malam 3 hari di Genting kitorang pindah stay di Bukit Bintang Kuala Lumpur untuk 1 malam. Stay 1 malam saja tapi punyalah semangat kami berjalan seharian the whole day sempat lah ke KLCC, Batu Caves, Zoo Negara dan Menara KL lepas tu sambung malam shopping dan makan-makan candle light dinner. Actually it was my birthday YES 2/01/2012...Happy Birthday To Me!

Dah lupa nama hotel yang kami stay tu tapi lokasinya di Bukit Bintang berdepan dengan Low Yat Plaza kalau tak salah. Memang happening di sekitar kawasan Bukit Bintang ni apalagi kalau waktu malam. Di sini memang night life lebih menonjol dengan aktiviti-aktiviti hiburan malam, kelab sana sini, orang membuat persembahan secara terbuka, muzik yang bingit, pelancong-pelancong asing, tak kurang juga the local yang lepak-lepak sibuk dengan urusan masing-masing macam kami ahaakks emmm malasku ingau (bahasa kadayan Brunei) mind my own business hehehe.

OK lah yang ini gambar-gambar di sekitar KL semuanya ada muka hubby saja tau. My Face biarlah rahsia kwang kwang kwang hahahaa rahsialah sangat tooinngss hahahaa

Destinasi Pertama - KLCC

 











Destinasi ke-2 kami ialah Batu Caves. Sebanyak 272 anak tangga perlu didaki untuk sampai ke kuil di bahagian atas gua yang terdapat di sini. Tetapi kami tidak naik sampai ke atas kerana kekangan masa banyak tempat lagi yang ingin kami lawati jadi cukuplah sekadar bergambar kenangan di bahagian bawah Batu Caves saja.
Destinasi Ke-2 - Batu Caves

Seterusnya destinasi kami ialah Zoo Negara. Aku dah beberapa kali masuk ke sini manakala hubby pula pertama kali. Memang cukup luas dan menarik tetapi kami pun tidak banyak menghabiskan masa di sini memandangkan ada tempat lain lagi yang hendak kami lawati.

Destinasi Ke-3 - ZOO Negara

Destinasi terakhir kami pada hari itu ialah KL Tower. Di sini pun kami cuma mengambil gambar di bahagian luar sahaja dan di sekitar galeri.

Destinasi Ke-4 - KL Tower
The Purple Glitter Guy - Bukit Bintang (ingatkan patung rupanya orang) hahahaa


Our Candle Light Dinner malam tu memang superb. Aku lah yang paling bahagia huhuhuu sambut birthday lah katakan ada kek dan ada hadiah lagi dari hubby. Ohh bahagianya hati berbunga-bunga dalam hati ada taman hahahaha. Terima kasih hubby for the sweet delicious dinner, tasty cake, nice flower and beautiful necklace...muaahhhh love you so much!








BACA SAMBUNGAN DI SINI

No comments:

Post a Comment