Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Pada 3 Januari 2015 baru-baru ini aku dan keluarga di kampung telah mengadakan Tahlil untuk arwah bapa kesayangan Sulaiman Bin Gadat. Menjelang setahun pemergian bapa pada 10 Januari 2015. Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat baik, cerah sepanjang hari. Hari itu juga merupakan Maulidurrasul iaitu ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bacaan Surah Yassin dimulakan sejurus selepas Asar diikuti dengan tahlil dan juga doa selamat. Sepanjang membaca Yassin hatiku merasa sangat sayu, sungguh cepat masa berlalu sedar tak sedar sudah hampir setahun arwah bapa pergi meninggalkan kami. Beginilah kehidupan ada yang datang dan ada yang pergi, ada yang muncul dan ada yang hilang inilah resam kehidupan meskipun ada pepatah mengatakan...."patah tumbuh hilang berganti" namun kehilangan seorang ayah atau ibu tidak akan ada gantinya.
Al-Fatihah untuk arwah bapa tersayang Sulaiman Bin Gadat.
No comments:
Post a Comment