Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Lebih kurang seminggu lagi aku akan bercuti-cuti cinta yahoooo happy sangat-sangat, hati berbunga-bunga jiwa bergelora sukma menari-nari sambil berlagu bersenda ria seolah-olah dalam hati ada taman bunga hahahaa. Sudah lebih 3 bulan plan bercuti ni aku dan hubby bincang kononnya nak tunggu lepas hujung tahun mengharapkan duit bonus. Kalau tidak memang susah nak bercuti-cuti ni melainkan bagi orang-orang yang mampu atau yang memang menyimpan tabung khas untuk bercuti. Entah dari mana ilham nak melancong ke seberang ni datang. Tiba-tiba sahaja hati ini dan fikiran ini seakan-akan dipanggil ataupun terpanggil untuk ke sana. Wieeee pelik juga aku tapi tak lama pun pelik sekejap jak hehehe lepas tu terus excited then apa lagi bermulalah episod ala-ala spy aku dengan bantuan Mr. Google mengintip, mengintai, mensave, mengcopy, mempaste dan mencetak apa jua maklumat mengenai tempat yang akan aku pergi ni. Thanks to Mr. Google yang cukup sporting memberikan semua maklumat yang diperlukan huhuhuu.
Punyalah excited nak pergi bercuti sampaikan 3 bulan sebelum nak pergi aku dah sibuk membuat persiapan dari segi fizikal dan mental cheewahh. Persiapan dari segi kewangan memang tak adalah kan tadi dah tulis mengharapkan duit bonus hohoho. Eh ehh betullah jujur ni. Hmmm terfikir juga macam mana kalau tak ada bonus? Toinggsss terdiam blurr sekejap hahahaa. Well kitorang bulatkan tekad CONFIRM pergi bercuti so awal-awal dah booking flight ticket dari bulan November 2014 tarikh nak pergi bercuti 8 Febuari 2015 lebih kurang seminggu dari sekarang. Masing-masing berfikir panjang pasal flight ni cos nak jimat tapi perasaan kurang senang pula. Bukanlah nak mengatakan naik MAS atau Air Asia tak selamat tetapi disebabkan incident-incident yang berlaku kepada kedua-dua penerbangan ini; MAS tragedi MH370 yang hilang dan belum ditemui sehingga kini dan kemudian disusuli tragedi MH17 yang ditembak jatuh dan kemudian baru-baru ini pula pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di laut Jawa membuatkan hati ini tidak keruan jadinya. Sebenarnya semua yang terjadi adalah ketentuan Allah hanya DIA yang Maha Mengetahui. Tetapi untuk memuaskan hati masing-masing kami akhirnya sepakat untuk menempah penerbangan Royal Brunei Airlines (RBA) walaupun harganya agak mahal.
Haaa selepas dah beli tiket flight tu bermulalah pula hari-hari aku mengatur rancangan. Sekejap ini sekejap itu sekejap sana sekejap sini hishhh excited sangat entah berapa kali aku ubah print ubah print jadual perjalanan dan itinerary kami nanti shhhhh jangan bising-bising tau ini rahsia entah berapa banyak kertas office aku pakai untuk print tapi tak apa yang edit-edit tu boleh re-cycle guna balik untuk rough paper amacam pandai tak ehehee. OKlah sebenarnya banyak maklumat yang aku tengok dan baca tentang Bandung dan Jakarta ni termasuklah blog-blog dan pengalaman bloggers yang pernah ke sana. Antaranya yang paling banyak aku baca adalah most of them labelkan Bandung ni sebagai syurga membeli belah (shopping paradise), makanan yang sedap-sedap dan tempat-tempat melawat yang sangat cantik. Ada juga yang berkongsi emosi bersimpati dengan golongan marhaen disana yang rata-ratanya terpaksa bersusah-payah untuk mencari rezeki. Satu hal lagi di Indonesia mereka mengamalkan budaya TIPS yes you read it correctly apapun yang dilakukan disana especially pelancong hendaklah membayar tips kepada mereka alah bukannya banyakpun sekadar ikhlas hati dalam IDR2k atau 5k mereka sudah cukup bersyukur.
Antara yang masuk dalam list percutian kami adalah tempat-tempat berikut:
1. Kawah Putih http://www.kawah-putih.com/
2. Gunung Tangkuban Prahu http://www.indonesia-tourism.com/west-java/tangkuban-perahu.html
3. Strawberry Farm http://www.naturallembang.com/
4. Floating Market http://www.floating-market-bandung.com/
5. Sari Ater Hotspring http://www.indonesia-tourism.com/west-java/ciater-hot-spring.html
6. De Ranch http://deranchlembang.com/id/
7. Transtudio http://transstudioworld.net/about/
8. Pasar Baru http://www.pasarbarutradecenter.co.id/
9. Factory Outlet http://bandungsae.com/febi.htm
Manakala di Jakarta pula, tempat-tempat yang bakal kami lawati adalah seperti berikut:
1. Masjid Istiqlal http://masjidistiqlal.or.id/
2. Taman Mini Indonesia http://www.tamanmini.com/
4. Ancol Dream Land https://www.ancol.com/destinasi/ocean-dream-samudra
Sememangnya banyak destinasi menarik di sekitar Bandung dan Jakarta. Antaranya yang tidak termasuk dalam list kami ialah SAFARI http://bogor.tamansafari.com/
In shaa Allah lain waktu kalau ada kesempatan kami akan melawat ke Safari pula.
This is just a teaser for our upcoming vacation to Bandung and Jakarta. The real version and full stories will be detailed soon after we completed the journey. Wish us luck and safe travel...In shaa Allah.