Friday, January 20, 2017

Cuti-Cuti Baby Kahfi : Part 2 (2/01/2017) - Likas Square Apartment Hotel

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Pada 2/01/2017 kami check-in ke Likas Square Apartment Hotel untuk 2 malam. It's a special day for me; my birthday yippy thanks hubby for the treat. Bestnya dapat bersantai di hotel sambil bawa baby mandi kolam. Tak lupa juga anak-anak buahku yang lain. dah tak sabar-sabar dorang nak swimming. Ini pertama kali kami stay di hotel ni. Dulu-dulu pernah tumpang 'bedudun' (lepak) saja waktu adik-beradik hubby turun bercuti ke KK. Kami pula tidur di kampung hanya melawat mereka di hotel dan lepak-lepak sekejap.

Since kami akan tinggal 2 malam, aku request peralatan memasak. Punyalah cekik darah hotel ni sampaikan nak memasakpun kena charge RM10 sehari. Lain lagi parking kena bayar setiap kali keluar hotel tau geram betul. Wifi pula bercatu sehari limit cuma 1gb boring betul tapi kami tak guna pun. and guess what kalau kita tak guna wifi tu for that particular day, the next day tak boleh access dah kena minta another password and new quota huhuuuu. Untuk 2 malam di hotel ni kami kena RM700 (RM50 dalam ni deposit katanya). Waktu kami check out balance yang kena pulangkan sekitar RM45 selepas tolak parking fee.

OK lah malas nak cerita banyak, jom layan gambar-gambar sekitar hotel dan gambar di swimming pool.

The Reception
Dengan baby, adik dan anak-anak buah yang excited
Sea View



Master Bed Room - ada toilet dalam ni
Bilik Ke-2

Bilik ke-3

Ruang Tamu

Dapur

Ada Peti Sejuk

Bar Table




Seterusnya gambar-gambar di swimming pool pula.

baby Kahfi ready for swimming





Seronoknya anak mama ni
















Dah penat mandi-manda, kami keluar makan tengahari di Indah Permai, Restoran Brunei Sate House. Restoran ni dah jadi favourite hubby pula dah.


Set sate ayam dan set sate ayam + daging (RM20/set)

Set sate kambing RM20 siap dengan nasi impit & fries


Aku punya soto daging + urat...nyum nyum

Pau ayam untuk baby Kahfi

Set sate ayam & Set sate ayam + daging
Balik dari lunch tu dah petang, budak-budak nak swimming lagi kemaruk betul hahaha. Baby Kahfi pula dah low bat kesian dia kepenatan tertidur.

My Sleeping Handsome
Since baby tidur lena (lama juga dia tidur), kitorangpun malas nak keluar jadi malam tu kami dinner di hotel saja, aku masak sikit. Walaupun it's my birthday tapi rasa malas sangat nak keluar makan penaaaaat seharian berjalan dan mandi kolam. Since it was my birthday hubby belikan sushi dan kek coklat kecil untuk celebrate hehehe thanks hubby. Sushi dan kek coklat tu pun dah boleh jadikan kek. Dinner luar untuk birthday belated saja esok esok kata hubby.

My birthday cake....Happy Birthday To Me





Sedap makan ramai-ramai apalagi ada mak....bestnya birthday kali ni
 


BTW Sementara aku memasak, baby Kahfi seronok bonding with nenek.






Then the next day morning aku masak lagi untuk sarapan pula. Kalau nak sarapan di café hotel kena bayar RM15/orang.

simple but tasty

Bangun awal budak ni mau mandi kolam


Nah sempat lagi aku rakam video-video ni; baby Kahfi bukan main seronok lagi main air.



More videos link from my IG. Feel free to click the following links:

https://www.instagram.com/p/BPos4Vvh26jmd0LJ6kxXiNn8bUBTXKgGmVrw_A0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en

https://www.instagram.com/p/BPoswfshjzqRET-8L_xAY1jM48vCFNEkmT2g480/?taken-by=krisyayusmira&hl=en

https://www.instagram.com/p/BPosfBsh7nViF16dvo5DkpS6Vna2X0oTJpmNwQ0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en



Thursday, January 19, 2017

Cuti-Cuti Baby Kahfi : Part 1 (1/01/2017) - Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Officially opening a category for my baby entries; Cuti-Cuti Baby Kahfi. Kononnya ini adalah untuk menceritakan tentang percutian bersama anakanda tersayang. Since dia dah berumur setahun dan dah pandai bawa berjalan jadi mama nya ni pun create this topic. So lepas ni percutian kami bukan lagi bertajuk Cuti-Cuti Cinta tapi Cuti-Cuti Baby Kahfi. However all the entries will still be under Cuti-Cuti Cinta as the main LABEL.

1/01/2017 - hari baru di tahun baru azam baru semuanya baru hehehe. Kami memulakan perjalanan balik ke Kota Kinabalu Sabah. Alhamdulillah tidak banyak kenderaan di jalan dan semua checkpoint pun lengang. Kami bertolak lebih kurang 12.30 tengahari selepas menghadiri jemputan kahwin sepupu hubby. Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Bangar Temburong untuk mengisi perut sambil memberi makan baby. Kemudian kami teruskan perjalanan sampailah ke Kota Kinabalu sekitar jam 6 petang.

Menghadiri Majlis Pernikahan Sepupu Hubby sebelum bertolak balik KK....baby Kahfi tertidur
Sebenarnya hari ini ada sambutan majlis harijadi abang iparku jadi kami terus singgah di rumah mereka di SMK Bandaraya. Sayangnya kami sampai lewat semua acara sudah habis cuma tinggal penyampaian hadiah. Ruginya kami tak sempat ikut cabutan bertuah dan pertandingan karaoke huaarggghhh tapi aku bukannya dapat menyanyipun cos tengah sakit tekat batuk-batuk dan selesma. Namun kami diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hmmm double dukacita sudahlah tak dapat ikut bertanding, tak dapat hadiah apa-apa kena sampaikan hadiah pula pada orang...geram tak??? hahahaa kesian deh lo huhuuu no no no just kidding no hard feeling tak baik tau!

Tak apalah tak dapat hadiah yang penting dapat makan best best. Yang penting dapat makan masakan Kak Aidah yang sedap-sedap especially sambal ikan masin yummy sedap hingga menjilat jari. Yang penting dapat jumpa keluarga mak, adik beradik, anak-anak buah, cucu, makcik dan lain-lain. Yang penting mereka semua seronok. Yang penting semua baik-baik saja. Yang penting adalah mereka dan bukannya kami.

Gambar-gambar ketika penyampaian hadiah.








Kami tak dapat berlama-lama di rumah mereka kerana sudah keletihan selama 6-7 jam perjalanan. Lagipun hari dah malam kasihan baby seharian belum mandi mesti dia dah rasa rimas. And so kami pun beredar balik ke rumah mak. Lebih kurang 40 minit memandu naik bukit sampailah kami di Kampung Kebayau, Alhamdulillah.