Officially opening a category for my baby entries; Cuti-Cuti Baby Kahfi. Kononnya ini adalah untuk menceritakan tentang percutian bersama anakanda tersayang. Since dia dah berumur setahun dan dah pandai bawa berjalan jadi mama nya ni pun create this topic. So lepas ni percutian kami bukan lagi bertajuk Cuti-Cuti Cinta tapi Cuti-Cuti Baby Kahfi. However all the entries will still be under Cuti-Cuti Cinta as the main LABEL.
1/01/2017 - hari baru di tahun baru azam baru semuanya baru hehehe. Kami memulakan perjalanan balik ke Kota Kinabalu Sabah. Alhamdulillah tidak banyak kenderaan di jalan dan semua checkpoint pun lengang. Kami bertolak lebih kurang 12.30 tengahari selepas menghadiri jemputan kahwin sepupu hubby. Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Bangar Temburong untuk mengisi perut sambil memberi makan baby. Kemudian kami teruskan perjalanan sampailah ke Kota Kinabalu sekitar jam 6 petang.
Sebenarnya hari ini ada sambutan majlis harijadi abang iparku jadi kami terus singgah di rumah mereka di SMK Bandaraya. Sayangnya kami sampai lewat semua acara sudah habis cuma tinggal penyampaian hadiah. Ruginya kami tak sempat ikut cabutan bertuah dan pertandingan karaoke huaarggghhh tapi aku bukannya dapat menyanyipun cos tengah sakit tekat batuk-batuk dan selesma. Namun kami diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hmmm double dukacita sudahlah tak dapat ikut bertanding, tak dapat hadiah apa-apa kena sampaikan hadiah pula pada orang...geram tak??? hahahaa kesian deh lo huhuuu no no no just kidding no hard feeling tak baik tau!
Menghadiri Majlis Pernikahan Sepupu Hubby sebelum bertolak balik KK....baby Kahfi tertidur |
Tak apalah tak dapat hadiah yang penting dapat makan best best. Yang penting dapat makan masakan Kak Aidah yang sedap-sedap especially sambal ikan masin yummy sedap hingga menjilat jari. Yang penting dapat jumpa keluarga mak, adik beradik, anak-anak buah, cucu, makcik dan lain-lain. Yang penting mereka semua seronok. Yang penting semua baik-baik saja. Yang penting adalah mereka dan bukannya kami.
Kami tak dapat berlama-lama di rumah mereka kerana sudah keletihan selama 6-7 jam perjalanan. Lagipun hari dah malam kasihan baby seharian belum mandi mesti dia dah rasa rimas. And so kami pun beredar balik ke rumah mak. Lebih kurang 40 minit memandu naik bukit sampailah kami di Kampung Kebayau, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment