Friday, March 6, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 2 - Part 2 (Kopi Luwak Cikole) 9/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Pada mulanya kami bercadang hendak ke Danau Situ Pattengang dan Kebun Strawberi tetapi disebabkan hujan kami menukar rancangan mengikut cadangan pak supir untuk melawat kilang kopi luwak. Mesti you all tertanya-tanya apa sebenarnya kopi luwak ni kan? Haaaa inilah dia kopi musang yang famous juga rupanya hehehe. Kopi ni dihasilkan melalui biji kopi daripada 'najis' musang yaakkk macam geli kan tapi untuk makluman kopi ini mempunyai persijilan HALAL. Tengok gambar ni kalau tak percaya.
  
Dah tak ingat jam berapa kitorang sampai di tempat ni tapi memang dah masuk tengahari. Masa ni belum lunch lagi tapi perutpun tak rasa lapar masih mood jalan-jalan. Sesampai kami disini kami dialu-alukan oleh staff yang bertugas disana sangat ramah orangnya dan bersopan-santun. Satu budaya yang cukup mengkagumkan kami ialah kesopanan mereka dan cara mereka berkomunikasi dengan pelancong sangat lemah-lembut di mana-mana tempat kami pergi pun sama memang 'çair' lah eheheee. 

Kami diberikan penerangan tentang tempat ini, cara mereka menjaga musang-musang yang terdapat di sini termasuk diet musang dan terdapat juga doktor khas bagi musang-musang ini wow!!! 'beniaga musang lebih untung dari beniaga unta'(ambil dialog P-Ramlee 3 Abdul daa kasi tukar sikit hahaha) dan termasuk cara pemprosesan kopi luwak dimana mereka masih mengamalkan cara tradisional untuk mendapatkan rasa kopi luwak yang original.
Menurut staff di KLC ini proses penghasilan kopi luwak memakan masa selama 2 bulan kerana proses yang digunakan adalah manual. Biji kopi dari 'najis'musang akan mengalami pengelupasan kulit sebanyak 2 kali sebelum diproses menjadi serbuk kopi. Kami juga ditunjukkan pokok kopi yang tumbuh daripada biji kopi yang dikeluarkan melalui 'najis'musang ini. Lihatlah betapa suburnya pokok kopi ini huhuhuu
Di bawah ni gambar pemprosesan kopi luwak, tidaklah begitu lengkap tapi at least ada serba sedikit daripada proses-prosesnya.
Kami juga sempat bergambar sakan dengan musang yang begitu jinak. Namanya siapa yaa aduhh siapa yaaa aduhh lupa ni. Betul musang ni ada nama tapi sorry I really forgot huarrgghhhh.

The best part is COFFEE TIME....tadhaaaa.....hehehe. Yes kami minum kopi luwak ni (tak lupa baca Bismillah tau) we have tasted it and for sure it is super tasty sangat sedap kerana kopi yang diberi makan kepada musang-musang di sini adalah kopi Priangan Arabica. Pada mulanya rasa malu-malu kucing nak cuba kopi ni weikksss konon jak! Waktu kitorang di tempat ni ada ramai juga pengunjung lain, ada yang dari Semenanjung Malaysia terjerit-jerit dorang takut dengan musang tu hahahaa. Ada juga banyak testimoni dari pengunjung-pengunjung lain tentang rasa kopi luwak ini.
Kita Minum Dulu...Secawan Kopi ni berharga Rp35,000 (B$3.80/RM9.88)
Antara testimoni yang ada
Untuk ole-ole buat diri sendiri kami membeli sekotak kopi luwak huhh memang mahal tapi beli di sini lebih murah berbanding beli di tempat lain kerana di sini dikira harga kilang. Hmmm sekotak kecil Rp375,000 (B$40.76/RM105.98) huhuuu mahal tu tapi memang kopi ni sangat mahal kalau minum di tempat lain secawan boleh mencecah puluhan ringgit huff. Yeah cukup puas hati sampai hajat hubby minum kopi luwak siap dapat beli sekotak lagi bawa balik. Up to now baru minum sekali rasa sayang pula nak minum selalu takut cepat habis hahahaaa. 
Dah pekena kopi luwak ni barulah timbul rasa lapar kami. Destinasi seterusnya ialah Kampung Daun.


Tips Melancong 6: Jika anda melawat ke tempat-tempat yang tidak ada didalam itinerary awal atau ditukar saat-saat akhir, pastikan anda stay in budget. Jangan terlebih belanja di tempat tersebut pula kerana anda mungkin akan over budget.


BACA SAMBUNGAN DI SINI: BANDUNG DAY 2 - PART 3

Thursday, March 5, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 2 - Part 1 (Tangkuban Perahu) 9/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Keesokan harinya 9/02/2015 itinerary kami yang pertama ialah Gunung Tangkuban Perahu. Ianya merupakan sebuah gunung yang mempunyai lagenda tersendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lagenda tersebut silalah layari pautan ini LAGENDA

Bayaran masuk ke GTP adalah antara yang termahal. Menurut supir kami harga tiket telah dinaikkan baru-baru ini daripada Rp75,000 melonjak naik sehingga Rp250,000 (B$27.17/RM71.72) per orang bagi pelancong asing, hmmmm. Lagi satu bayaran parking untuk kereta sewa pun kita yang kena bayar Rp20,000 (B$2.17/RM5.73) Nasib baiklah teringin sangat ke sana kalau tidak rasa macam tak berbaloi.

Sebelum bertolak kami bersarapan dulu di Coffee House hotel. Alhamdulillah pilihan makanan yang disajikan bervariasi dan sedap dimakan.
Sarapan dulu sebelum jalan

Bubur ayam ni sangat sedap tau...
bubur nasi dihidang berasingan dengan sup ayam kemudian tambahkan condiments yang disediakan berasingan

Antara menu yang ada...nyum nyumm
Selesai bersarapan kamipun bertolak ke Gunung Tangkuban Perahu sekitar jam 8.30 pagi. Cuaca agak merisaukan kami kerana mendung dan ada tanda-tanda hujan akan turun. Menurut Mas Hendra jika hujan maka sangatlah rugi ke Gunung itu kerana kawah tidak akan kelihatan disebabkan kabus tebal dan masa akan disia-siakan kerana perjalanan ke sana mengambil masa 1-2 jam. Tapi kami tetap positif kerana memang Tangkuban Perahu adalah destinasi utama yang hendak kami lawati. Jadi perjalanan tetap diteruskan. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang meninggalkan kesan di hati kami. Memang kehidupan warga di sini jauh berbeza dengan kehidupan di Brunei hatta di Malaysia. Rata-rata penduduk di sini berusaha keras untuk mencari rezeki dengan apa juga cara yang mereka mampu really adore their spirit and hardwork. Ada yang mencari rezeki dengan menjadi pegawai traffic tidak bertauliah, ada yang berjaja di tepi jalan, ada yang sambil berjalan kaki menjual barang-barang, ada yang membawa kereta kuda dan macam-macam lagi.

Mas Hendra memberitahu di sana tidak ada sistem hadlaju mahupun sistem jalanraya seperti kita di sini. Masing-masing dengan cara sendiri. Namun apa yang memeranjatkan ialah mereka saling memberi ruang untuk pemandu lain sama ada kereta, bas, van, motosikal atau kereta kuda sekalipun. Seolah-olah mereka saling memahami keperluan masing-masing untuk bergerak pantas atau lambat di jalan raya. Dan penggunaan hon memang perkara biasa di sana. Sedangkan kalau di sini apabila dihon pemandu lain akan marah kepada kita. Pada mulanya aku dan suami agak terperanjat dengan penjelasan Mas Hendra tetapi setelah melihat sendiri dan mengalami keadaan itu di sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri tanda faham. Kadang-kadang kita mengeluh merasa kehidupan kita sangat susah tapi sebenarnya di tempat lain seperti di Bandung ini terlalu ramai yang jauh lebih susah dari kita. Astaghfirullahalazim betapa mudahnya kita berkeluh-kesah dan selalu mempersoalkan nasib diri. Apapun memang rasa bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia dan sekarang menetap di Brunei bersama suami tercinta.

Jalan menuju ke Gunung Tangkuban Perahu ni agak tinggi juga. Yang lucunya semasa dalam perjalanan naik bukit tu sempat lagi kami dipintas oleh kereta kuda yang sarat dengan muatan hahaha.
Dipendekkan cerita kami sampai ke Gunung lebih kurang jam 10.00 pagi. Dan benarlah seperti yang diduga hujan turun sewaktu kami masih dalam perjalanan, ohhh cedey hatiku ini hisk hisk hisk. Chaiyo2x teruskan ekspedisi mari kita tawan Gunung Tangkuban Perahu cheeeewahhh hahahaa. Alhamdulillah sampai juga kami ke puncak Gunung. Belum sempat kenderaan kami parking berduyun-duyun penjual mengerumuni kereta kami ada yang membawa payung untuk disewa dan macam-macam barang jualan. Awal-awal lagi supir dah pesan kalau tak nak beli dicuekin saja (jangan layan). So kitorang pun confident tak melayan. Muka pun buat serius hahaha tapi dorang ni tak makan saman. Tak layan ke, muka serius ke, muka tebuan ke dorang still approach insist menjual barang-barang dorang tu. Yang paling tak menyenangkan dorang ikut ke mana saja kita pergi langsung tak ada privasi dan perasaan pun tak senang, geram dan rasa nak marahpun ada hohohoo....serius memang annoyinglah.

Disebabkan penjual-penjual ini jugalah kitorang tak dapat nak usha kedai-kedai yang jual souvenir di sekitar gunung ni sebab dorang tu asyik melekat mengekori ke mana kita pergi. Dah lah tu suka-suka hati bercakap bagi pihak kita aikhhh naik boring aku hahahaa sakit hati tau!!! Tapi dorang ni dengan baik hati akan tolong kita ambil gambar dah tu mcm pro macam-macam style dorang akan instruct dan tempat-tempat/angle yang menarik untuk shoot gambarpun dorang tahu. Tujuan dorang nak ambil hati kita supaya nanti kita beli barang-barang dorang tu. Tapi supir dah pesan sekali kita beli dengan seorang penjual yang lain-lain pun akan datang dan mereka akan terus-terusan memaksa kita untuk beli. Disebabkan itu kami langsung tidak membeli dari penjual-penjual ni. Tapi kami sempat juga beli beberapa helai T-shirt Tangkuban Perahu dari kedai souvenir dan aku dapat sehelai sweater yang comel yaiii sukanya aku.
Tu dia...dengan hujan yang berderaian romantik gitu ahakksss
SubhanAllah indahnya ciptaan Allah...speechless tengok ni di depan mata sangat-sangat cantik

Aiseeyyman posing lah si kawan ni hehehe
chaaaakkkk perasan comel lah tu huahuahua

Informasia kantora...kantor informasi lah

Antara souvenir yang dijual

Tu dia penjual yang di belakang tu ikut ke mana saja kami pergi. Yg lain-lain dah lebih dulu menunggu di bawah...grrhhhh

Setelah penat berjalan di sekitar kawasan Gunung kami pun duduk berehat sekejap. Tapi tak dapat berehatpun cos penjual-penjual tu pun ikut bersantai di sekeliling kami sambil siap suruh kami posing bagai tolong ambil gambar. Sebenarnya dalam hati kami masih mahu berlama-lama di sini tetapi situasi yang dicetuskan oleh penjual-penjual ini membantutkan hasrat kami. Adalah sangat tidak patut keadaan seperti ini dibiarkan berlaku di kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara khususnya yang mana para pelancong semestinya inginkan keselesaan, kebebasan dan privasi sendiri. Jika ada lain kali, kami mungkin akan berfikir panjang untuk kembali ke sini. Harga tiket masuk yang mahal sangat tidak berpatutan dengan keadaan persekitaran yang tidak memuaskan hati menjurus kepada sikap penjual-penjual itu. Kami memang tidak puas berada di sini tetapi apakan daya semakin lama kami menunggu semakin rimas kami rasakan.

Akhirnya kami pun meninggalkan Gunung Tangkuban Perahu dengan seribu satu macam perasaan. Iya bermacam-macam perasaan. Perasaan sedih kerana tidak puas berada di sana, perasaan serba salah kerana tidak membeli apa-apa dari penjual-penjual itu, perasaan geram, perasaan rimas, perasaan takut dan macam-macam lagi. Namun perasaan yang paling kuat menghantui aku adalah perasaan kagum terhadap keunikan dan keindahan ciptaan Allah S.W.T juga betapa hebatnya aturan yang Maha Esa kepada setiap manusia yang berbagai ragam dan cara. Yang pasti pengalaman berada di Gunung Tangkuban Perahu ini akan melekat di hati kami selamanya sebagai tanda kebesaran Allah dan kekuasaannya dalam mentadbir alam maya ini....SubhanAllah Maha Suci Allah....Alhamdulillah...Allahuakbar.


Tips Melancong 5 : Berhati-hati dengan penjual yang menjual barangan secara terbuka di mana-mana tempat yang kita lawati. Pastikan kita tahu bagaimana untuk mengelakkan diri dari ditipu dengan harga yang mahal. Kalau berminat untuk membeli terus sahaja tawar harga dalam kadar 70% kerana harga yang mereka kenakan memang tidak masuk akal (mahal).


BACA SAMBUNGAN DI SINI: BANDUNG DAY 2 - PART 2

Wednesday, March 4, 2015

Cuti-Cuti Cinta: Bandung Day 1 - Part 3 (Hotel) 8/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Dah puas menikmati hidangan yang lazat dan bermalas-malasan bersantai sambil melihat pemandangan yang cantik, akhirnya lewat jam 10 malam kami bertolak ke hotel dari Stone Café. Lebih kurang jam 10.30 malam baru kami sampai di Fave Hotel Premier Cihampelas, Bandung. Nak tahu lebih lanjut tentang hotel Fave ni bolehlah layari DISINI. Hotel ni hotel 3 bintang saja tetapi layanan yang diberikan memang first class begitu juga bilik yang ditawarkan sangat selesa, luas dan bersih, thumbs up!!! Untuk 5 malam di sini kami membayar Rp2,407,900 (lebih kurang B$259/RM673.40)

Muka hubby dah penat seharian dalam perjalanan plus ngantuk kekenyangan hahaha....

Baru nak check-in sekitar jam 10.30 malam

Lepas check-in terus masuk bilik refresh ourselves then masuk tidur. Esok adalah satu lagi episod perjalanan yang panjang....

Sambil-sambil tu jom layan gambar-gambar hotel, dalam bilik, di koridor, di lobi dan gambar-gambar posing kami yang tak berapa nak cun ni heheheee

Bilik Deluxe (Standard)

Area Lobi





OK lah ZZZ dulu....To be continue.....


Tips Melancong 4: Booking hotel awal-awal dan sebelum booking tu Google dahulu, pastikan kita mendapat maklumat yang terperinci tentang hotel yang kita tempah.


BANDUNG DAY 2 - PART 1

Cuti-Cuti Cinta : Bandung Day 1 - Part 2 (Special Dinner) 8/02/2015

Bismillairrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ok sambungan dari SINI

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3-4 jam menaiki kereta (kalau tak jamm) haaa kalau jamm mau 8-10 jam di jalan huhuuu. Kitorang sampai di Bandung sekitar jam 6 petang macam tu. Sempatlah singgah beberapa FO (Factory Outlet). Memang planning nak jenjalan dulu, dinner then last baru check-in hotel. Sebabnya kitorang dah bayar sewa kereta mahal jadi kenalah gunakan sebaik mungkin mengikut masa yang ditetapkan. Kalau kitorang check-in hotel awal mesti banyak masa terbuang haaa that's why lah pintar kan hohoho. Sayangnya tak ambil gambar FO masa tu dah lewat rushing nak pergi ke tempat dinner pula. Kalau tak salah kitorang sempat pergi FO Grande.

Tapi sebelum tu masa sampai Bandung tukar Pak Supir lagi. Kali ni Pak Supir yang ini jadi supir permanent untuk kitorang selama 3 hari, namanya Mas Hendra (nak panggil Pak nampak masih muda kot kot lebih muda dari kami) tak percaya, ni gambar orangnya.


Supir kami Mas Hendra yang pakai jaket tunjuk thumbs up lagi dia hehehe
Lepas shopping sekejap di FO kami terus ke Stone Café untuk our special dinner sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 tahun (belated). Dah arrange awal sebenarnya untuk dinner ni (thanks to Pak Tony yang tolong arrangekan dan staff Stone Café Miss Irma yang cantik). Jom layan gambar-gambar kitorang kat Stone Café memang best tempat ni. Untuk tempat makan ada disediakan pondok-pondok yang dinamakan Saung.
Happy 3 Years Wedding Anniversary to US both...Hope our marriage will last to Jannah Ameen Ya Rabb 
The Saung Decor

The Live Band



The beautiful Saung specially decorated for US


Yellow roses...my favourite colour yaiiiii

Our super delicious main course...5 stars (Yummy)

Our supper delicious dessert....5 stars (yummy)
Agak lama juga kitorang lepak kat Saung Stone Café ni menikmati hidangan yang super duper lazat dan pemandangan panorama waktu malam yang indah di Bandung. It is so refreshing, the fresh air, the cool weather the beautiful scenery really make us peaceful and happy. And the most important is LOVE IS IN THE AIR.....BTW harga makanan kitorang agak mahal Rp525,525 (B$57.12/RM148.51). Daripada jumlah harga ni terdapat 2 jenis cukai (service: Rp22,750/B$2.47/RM6.42) dan (tax: Rp47,775/B$5.13/RM13.34).  Tetapi walaupun mahal, kami sangat berpuas hati kerana makanannya sangat sedap dan setting yang menarik termasuk live band yang menyanyikan lagu istimewa buat kami. Sememangnya special dinner ini meninggalkan kesan yang mendalam dihati kami dan mengeratkan lagi kasih sayang diantara kami.

Tips melancong 2: Pastikan PASSPORT valid (tidak tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas daripada tarikh ke luar negara) dan jangan lupa bawa ke airport.



Tips Melancong 3: Kalau boleh jangan makan di gerai-gerai kecil tepi jalan untuk mengelakkan food poisoning tapi kalau rasa nak cuba juga pastikan kebersihan tempat makan tu dan kawasan sekitar sebelum makan. Bukannya apa takut-takut perut kita sensitif kerana tak biasa dengan makanan di sini jadi lebih baik berhati-hati supaya tak kena sakit perut.


BANDUNG DAY 1 - PART 3

Cuti-Cuti Cinta : Bandung Day 1 - Part 1(Perjalanan) 8/02/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Burung merpati terbang sejoli
Hinggap dipohon riuh bernyanyi
Lama rasanya tidak bersua
Salam sejahtera pembuka bicara

Beduk dipalu dicanang gendang
Tari perawan pesona gemalai
Madah pujangga indah dikarang
Sejambak cinta sekalung budi

Cheewahhh...berpantunlah sangat hahaha. Baiklah, dah lama kan tak update blog Duniaku @ My World ni al-maklum lah busy memanjang. Hari tu kan dah bagitahu pasal sibuk buat tender. Now ni tender dah settle so bolehlah chill sambil update blog.

OK cerita pertama aku pasal Cuti-Cuti Cinta yang dijanjikan sebelum ini nak cerita panjang lebar ni tapi banyak yang ingat-ingat lupa cos tak rekod pun dalam buku segala aktiviti kitorang sepanjang percutian 8 hari tu. Aku mula dari Day 1 start bertolak dari Brunei International Airport. Flight kitorang jam 11.50 pagi (boleh tengok details as per ticket below). Oh ya sebelum berangkat, kami menambah luggage (kg) di kaunter RBA untuk tambahan 10kg kami dikenakan bayaran B$82/RM213.20.

Bandar Seri Begawan to Jakarta
Sunday, February 08, 2015
Departure:
11:50
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam - Brunei International
Arrival:
13:10
Jakarta, Indonesia - Soekarno Hatta International, terminal 2
Airline:
Royal Brunei BI735
Duration:
2:20
Aircraft:
Airbus Industrie A319
Fare type:
Sky Flexi/Economy Restricted

Thanks to My adik ipar yang hantar kitorang ke airport

Happy face in flight....ready to fly
Earphone dengar mengaji (bacaan ayat-ayat Al-Quran) & makan time
 
 
Perjalanan mengambil masa 2 jam 20 minit. Sesampai di airport Jakarta sepatutnya ada orang yang menunggu kami iaitu agen kereta sewa yang sudah kami booking awal tetapi batang hidung orang tu pun tak Nampak. melilau mata sana sini mencari signboard nama kita nehi nehi nehi tak ada huhhh. Dah lah bad experience masa nak keluar airport (clearance & immigration) hmmm malas nak cerita hahahaa yang penting jenuhlah berbaris dengan kaki nak patah rasanya berdiri lama...well complaint pun tak guna cos memang mcm tu agaknya keadaan sehari-harian di airport tu. If I may comment a little maybe on the disorganized system but I better keep it myself huhuhuu.

Nasib baiklah line HP aku boleh roaming dapatlah contact Pak Supir. Rupanya dia memang dah ada di airport tu tunggu kat luar agaknya. Haaa ni lah gambar suamiku yang ganteng, kitorang tengah penat & agak bad mood time ni disebabkan karenah dalam airport dan Pak Supir yang entah dimanakah keberadaannya. Ke hulu ke hilir kami berangkut beg mencari si Pak Supir. Nasib baik beg kami tu tidak disi dengan barang yang banyak, ala-ala kosong gitu hiiiyyy. 
Datang dengan 2 beg kosong...balik nanti haaaa tungguuu dan lihat hehehe


Tak berapa lama kemudian jumpa juga dengan Pak Supir, nama dia Wawan kalau tak silap. Tapi rupanya yang akan membawa kami ke Bandung bukannya Pak Wawan ni tapi Pak Agus hmmm tukar-tukar orang pula, apa-apa saja lah yang penting sampai ke destinasi dengan selamat kan hubby kan kan kan.

Hari tu hari minggu traffic ok lah not bad tak adalah jamm (macet) sangat. Ikut jalan highway ke Bandung smooth je jalanpun cantik pemandangan cantik best!!! Haa ni gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Jakarta ke Bandung mostly gambar-gambar ni di Jakarta. Kitorang ada juga singgah dua kali di tempat rehat sepanjang lebuhraya tu singgah ke toilet dan beli minuman.
 

OK nanti sambung Part 2 pula (Part ceritera di Bandung) tungguuuu...

Tips melancong 1: Paling penting mesti tukar duit siap-siap. Ni contoh duit Rupiah

Jadi jutawan sekejap...duit juta-juta tapi Rupiah je punn hahahaa


SAMBUNGAN CUTI-CUTI CINTA: BANDUNG DAY 1 - PART 2