Friday, August 4, 2017

ThrowBack Baby Kahfi Warded

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ni throwback pasal baby Kahfi warded lagi untuk kesekian kalinya. Dah lama aku nak story tentang kejadian ni tapi bila nak mula menaip ada saja halangannya; sibuk dengan kerja-kerja office, banyak sebutharga dan kontrak-kontrak yang bakal expire perlu diuruskan kesinambungannya. Well at this point of time aku agak free disebabkan the whole country masih mood raya dan kebanyakan office dan jabatan-jabatan kerajaan masih mode bercuti atau paling tidak sibuk mengadakan open office sana sini.

Ceritanya terjadi sebelum bulan Ramadhan baru-baru ni. 3 weeks before Ramadhan to be exact on 6th May 2017. Hari tu hari Sabtu; usually kami hantar Kahfi ke day care for half day if Saturday tapi that particular day kami tak ambil baby tengahari cos kami nak bersihkan satu lagi bilik di rumah sebab my mom, my sister and my baby fruits are coming over for Raya. Tengah bertungkus-lumus mengemas tu (bilik ni merangkap stor so memang penuh dengan harta kitorang yang menimbun especially pakaian) mana dengan habuk sana sini aku balik-balik bersin acchuuummm!! Tiba-tiba aku terdengar suara hubby berteriak day care call something wrong about Kahfi....sudah aku yang panic terus ambil HP hubby..."hello mom can you come to fetch Kahfi he is not responding the temperature suddenly increase to 39"...itu yang aku dengar sayup-sayup suara penjaganya dari day care.

Both of us terus terlompat we are in shocked...aku tak sempat tukar baju dengan baju rumah lengan pendek aku capai tudung sarungkan ke kepala terus berlari keluar; hubbypun sama. Kami terus zoom ke day care. sesampai kami di day care aku nampak one of the care taker sedang mengendong Kahfi. He looks pale the face and all over his body pucat tak ada darah. Jantungku berdegup kencang aku macam rasa nak pengsan terus kucapai Kahfi dan memeluknya erat. Ku panggil-panggil namanya sambil cuba menggoyang-goyangkan tangannya tapi tak ada respon. Bila kuangkat tangannya dan aku lepaskan terus terkulai lemah. Tak sempat meminta apa-apa penjelasan dari day care kami terus membawa baby ke hospital bahagian kecemasan. Di dalam kereta aku panggil-panggil lagi "Kahfi...anak...baby...sayang...anak mama"....macam-macam panggilan keluar dari mulutku. Aku dah mula menangis. Aku panik, takut, bingung dan terkejut. Sampai satu tahap aku dah macam histeria cos Kahfi is not responding at all. Matanya pun tak dapat dibuka. At that moment I really feel that I'm going to lose him. My hubbypun menangis sama.

Dah sedar tapi masih lemah
Tiba di Emergency RIPAS aku segera turun dari kereta sambil mendukung baby Kahfi aku menjerit-jerit "doctor doctor nurse nurse tolong tolong my baby is not responding" dengan airmataku yang bercucuran. Sumpah aku sangat-sangat takut kehilangan satu-satunya anak kami; Kahfi satu-satunya harta kami di dunia ini. Tak terbayangkan bagaimana untuk aku menghadapi jika aku benar-benar kehilangan anak ini. Ya Allah tolonglah jangan ambil dia dariku ya Allah tolonglah ya Allah izinkan kami untuk bersama lebih lama izinkan aku membesarkannya dan melihat dia menjadi dewasa ya Allah kasihanilah kami....begitu aku meratap didalam hati. Ya Allah aku benar-benar speechless.

Kahfi terus dibawa masuk ke dalam wad kecemasan kanak-kanak. Doktor mengarahkan nurse untuk mencucuk drip (masukkan air) sambil doktor menggosok-gosok tangan, kaki dan badannya yang pucat lesi. Kahfi mula cuba membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sangat lemah. Pernafasannya perlahan-lahan kembali normal. Kemudian tangannya dicucuk diambil darah. Selepas saja dicucuk mukanya mula bertukar kemerahan dan kulitnya juga beransur turn to pinky again. Ya Allah Alhamdulillah syukur. baby Kahfi dah sedar sepenuhnya dan mula memanggil mama mama babah babah. Kami laki bini sudah boleh bernafas lega tapi masih trauma dan terkejut dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi.

Keadaan Kahfi semakin baik selepas ditambah air. Namun doktor mengesyorkan agar dia dimasukkan ke wad untuk observation selama beberapa hari. Kami akur. doktor ingin melakukan beberapa ujian untuk mengenalpasti penyebab Kahfi tidak bertindakbalas (more or less unconscious) secara tiba-tiba. Kata doctor biasanya ada dua penyebab yang boleh menyebabkan keadaan sedemikian berlaku sama ada kurang gula ataupun sawan. Kami juga ditanya jika ada history dalam keluarga yang ada masalah sawan. So far both our families tak ada yang menghidap penyakit ni. Gula dalam darah Kahfi pun OK tak ada masalah. Jadi waktu tu both doctor and ourselves are clueless tak tahu apa puncanya. Tanya day care kata mereka badannya tiba-tiba naik panas lalu mereka bagi paracetamol. Mereka pun tak pasti apa sebenarnya yang terjadi sebab sebelum itu baby Kahfi sedang tidur jadi mereka tidak berada bersamanya setiap masa. It's hard to find out what exactly happened before his temperature suddenly increased to 39 above. Padahal sewaktu kami menghantarnya awal pagi he is 100% fit aktif dan sihat. Menyesal pula rasanya tak ambil dia awal as usual.

Dalam Wad...dia dah boleh makan (I'm still sad...bahana terkejut) 
Tidur


Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah perasaan takut kehilangan anak itu sangat-sangat menakutkan. YES seolah-olah jantung berhenti berdegup....rasa sangat sakit di dada. Rasa sesak yang menghimpit betul-betul rasa susah untuk bernafas. Sukar untuk aku jelaskan perasaan itu. Ya Allah betapa kerdilnya kami hambaMU yang hina ini. Semoga Engkau panjangkan umur anak kami Muhammad Quranizam Kahfi dan permudahkan proses pembesarannya ya Allah Aamiin. Sesungguhnya hanya kepadaMu lah tempat kami bermohon, tempat kami berlindung dan meminta pertolongan.



yang ni panas badannya tak turun2 walaupun sdh dimasukkan ubat



Alhamdulillah aku dibenarkan cuti beberapa hari untuk menemani Kahfi di wad. Selama 5 hari di hospital keadaan Kahfi semakin baik. Namun punca dia tidak bertindakbalas tidak diketahui sehingga kini. Kemungkinan disebabkan suhu badannya yang naik mendadak, but aside from that, there is no further explanation from doctor. Ujian darah, air kencing dan najisnya semua normal tidak menunjukkan apa-apa yang membimbangkan. Cuma kata doktor ada viral infection...akupun tak faham sangat setiap kali baby Kahfi tak sihat atau dimasukkan ke wad memang ini diagnosis yang diberitahu doctor "VIRAL INFECTION" furthermore kata doctor ini suatu keadaan yang normal bagi bayi di bawah usia 2 tahun....nothing to worry...hmmm OK hanya mampu berkata OK walaupun perasaan dalam hati NOT OK...agaknya perasaan seorang ibu memang begini...terlalu inginkan kepastian dan risau dengan kesihatan anak sampaikan sukar untuk bertenang. It visible from my face especially my eyes, the way I speak, my smile and even my gesture....I tend to move here and there (mundar-mandir) bila rasa insecure, risau dan takut-takut. Anyhow since Kahfi dan sembuh sepenuhnya, akupun tak ada motif nak demand lebih-lebih pada doktor; mereka ada ramai lagi patient yang perlu dijaga. Aku bersyukur Kahfi dah sihat seperti biasa. Dia dischanged pada 10 May 2017.

Since dia dah sembuh, doktor benarkan bawa jalan-jalan di kawasan hospital. Kitorang bawa ke playground di luar hospital tapi tak bermain cuma ambil angin. Selain itu ada juga bawa dia turun sarapan di kantin hospital.

Di playground kawasan luar hospital (dia dah OK time ni)

Berselera dia makan di kantin hospital


sambung makan mee goreng di wad


BTW sebelum discharge sempat lagi Kahfi bermain di indoor playground wad pediatrik tu. As a mother, happy sangat dapat tengok dia bermain dan aktif semula. Look at these pictures...I recorded some videos as well.









Yang ni link video dia tengah main di indoor playground wad pediatrik ni https://www.instagram.com/p/BT5ZO9KBZ9gmNx5guV2WlmBOWZITKn0NdmLZvk0/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BT5ZO9KBZ9gmNx5guV2WlmBOWZITKn0NdmLZvk0/?taken-by=krisyayusmira

Ya Allah mudah-mudahan kejadian seperti ini tidak akan berulang di masa depan. I'm so scared of losing him. Semoga Kahfi membesar dengan sihat dan dijauhkan dari sebarang jangkitan kuman atau jangkitan penyakit yang merbahaya Aamiin Ya Allah. I'm still thinking whether to find another day care for him or not cos day care yang sekarang ni since Kahfi 2 months old dah hantar ke sana. Bonding dengan penjaga dan kawan-kawan di day care tu dah established begitu lama sampaikan dia sangat selesa setiap kali dihantar ke sana. he is so happy to see his friends. I just hope that they will be more alert and focus to monitor Kahfi since dia ada kes masuk wad yang kerap. Ya Allah jauhkanlah sebarang musibah dan peliharalah kesihatan serta keselamatan anakku ini ya Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
  

No comments:

Post a Comment