Sambungan dari SINI https://yus-ain2.blogspot.com/2017/08/aidilfitri-2017-raya-di-brunei.html
Then 6 Syawal, kami balik ke Kota Kinabalu Sabah, menghantar dorang balik plus beraya di kampung pula. Nak dijadikan cerita berlakulah adegan yang telah melambatkan perjalanan kami. Setibanya kami di Imigresen Tedungan Malaysia, kami diarahkan untuk balik semula ke Brunei kerana passport hubby habis mukasurat (yang kosong cuma 1 mukasurat sahaja itupun dah ada 1 cop imigresen) aduiii macam manalah boleh lupa check passport. Tak pasal-pasal kitorang patah balik dan bergegas ke Imigresen Brunei untuk buat passport hubby. Dahlah queue sangat panjang kena tunggu 100 lebih orang baru turn hubby. Aduhh time tu kitorang dah tak senang duduk; dengan tak sarapan lagi (dah lebih jam 10 pagi). Kesian dengan mak dan anak-anak buah; baby Kahfi pun sama. Kami sendiri perut dah keriuk-keriuk.
Excited nak balik kampung siap sedondon ready for Tahlil....malangnya tak sempat huhuuu sedih |
Alhamdulillah akhirnya settle juga urusan membuat passport hubby. Sementara menunggu passport siap, kami ke Restoran Yusof di Delima untuk mengisi perut. Masing-masing dah lapar tahap gaban. Sekitar jam 11.40 hubby terima message passport dah siap. Kami tinggalkan dorang yang lain di restoran tu (dorang masih makan) dan bergegas ke Imigresen untuk mengambil passport hubby. Selepas tu barulah kami kembali semula ke restoran dan bertolak ke sempadan. Seperti yang dijangka, kami tiba di kampung dah malam sekitar jam 8 malam; tahlil dah selesai dan orang-orang kampungpun ramai yang dah balik. But still sempat hidangkan makanan yang aku bawa. lebihannya bahagi-bahagikan pada adik beradikku. We are so tired, sleepy and hungry...mencekik, makan tak ingat dunia hahaha. Moral of the story...selalulah check dokumen-dokumen penting anda siapa tahu mungkin dah expire, pages habis atau tak cukup muka surat (trust me you have no choice but to do a new one....Imigresen tak akan bagi muka punya) so better beringat sebelum kena.
Well lupakan kisah yang menyesakkan dada ini huhuuu let's share our Raya stories in my kampung pula. Since kitorang terlepas tahlil tak sempatlah aku nak gambar itu ini. Cuma sempat gambar hujung-hujung dan time dorang main bunga api. Seperti biasa kami memang #teamhavoc riuh sekampung hahaha.
Ini jak yang sempat digambar....tahlil dah selesai tetamu dah balik huhuuu kesian kami kan |
Si kecik ni inda pandai penat sampai2 terus bermain |
Ini link dari my IG dorang ni sibuk main mercun....jangan report polis pula yeee hohoho...
https://www.instagram.com/p/BWEA-57gOcwBxhZzKOfoLhUDEZNl4pR0jZhyfw0/?taken-by=krisyayusmira
The next day pula kitorang pergi beraya ke rumah makcik di Papar sambil-sambil berziarah, rumah kawan my sis dan rumah abang my BFF di Kg. Ketiau.
https://www.instagram.com/p/BWEA-57gOcwBxhZzKOfoLhUDEZNl4pR0jZhyfw0/?taken-by=krisyayusmira
The next day pula kitorang pergi beraya ke rumah makcik di Papar sambil-sambil berziarah, rumah kawan my sis dan rumah abang my BFF di Kg. Ketiau.
Tengok tu bukan main lagi mcm budak besar jak mau main basikal |
My anak2 buah yang cantik with my hubby |
Bergambar berdua dulu sementara si baby tidur |
Alolooo baby Kahfi tidurlah pula |
Nasi Arab yang sangat sedap (sampai licin kami kebas) hahaha...Thanks Bro Wahid; pandainya masak untung bini hang hehehe |
Just click the link to my IG below to see the karaoke video:
https://www.instagram.com/p/BWEPwm6AzOkKvGOzBo3rKCFR4Bp0v5epN7tf6I0/?taken-by=krisyayusmira
Then pada 8 Syawal pula kitorang beraya di rumah kakakku, Kak Aidah. Dorang ni lah yang karaoke di rumah Bro Wahid tu. Haaa jangan marah sambung karaoke pula di rumah sendiri. My sis ni sangat pandai memasak jadi ada orang tu makan sampai tak ingat dunia. Siapa? Siapa? Siapa?...hahahaa akulah siapa lagi?
Pakai baju biasa sahaja...no more theme colour hehehe |
Bakso....sedapnya sehingga nak pengsan kesedapan hahahaa |
Below is the link to my IG for the karaoke videos:
https://www.instagram.com/p/BWGlm4CgCx7K1MOIEBaD_Xi5GQBzIopIDOWEtw0/?taken-by=krisyayusmira
BTW korang tak percaya ekk suara aku hilang? Bukannya totally hilang cuma suara aku jadi sarut (rock steady). Tak percaya tengok video ni
https://www.instagram.com/p/BWG1pf_ghdwYbz5DVQKOqQ3536GZwhlsBQ6Fq40/?taken-by=krisyayusmira
9 Syawal tu kitorang bertolak balik ke Brunei; sekejap sangat rasanya cuma 3 hari di kampung entah bila lagi dapat balik sob sob (nak nangis boleh tak???) huhuuu.
Yang ni video Kahfi sebelum kitorang bertolak balik. Dia ni suka sangat dengan kucing. Ketawa besar dia tengok kucing bersin hahaha. Macam-macam karenah dia di kampung tapi Alhamdulillah dia tak kekok sebaliknya dia sangat seronok berada di kampung.
https://www.instagram.com/p/BWGyh0ngJllAKTZ87sOpHmdVR-ufQ9Ja_z7qdY0/?taken-by=krisyayusmira
Yang ini dia bye bye ayam. Boleh dengar suara aku yang masih ala-ala ratu rock Ella hahaha.
https://www.instagram.com/p/BWGtATIAj-Qte1XBxzUkvXJWOmgSUg02-N1EAs0/?taken-by=krisyayusmira
OK itulah sahaja kisah aku di AidilFitri 2017 ni. In shaa Allah ada umur panjang, ada rezeki bertemu dengan Ramadhan dan Syawal ditahun depan. Semoga Allah izin Aamiin. BTW lupa pula nak share gambar angpau@duitraya Kahfi tahun ni (ini harus dishare kalau tidak tak afdal posting ni) ngeehhh syok sendiri hahahaa.
Duit Raya Kahfi di Brunei....Alhamdulillah |
Duit Raya Kahfi di KK....Alhamdulillah |
No comments:
Post a Comment