Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Seperti dijanjikan di entri ini
http://yus-ain2.blogspot.com/2017/03/cuti-cuti-baby-kahfi-kk-lagi.html kali ini aku menulis tentang majlis perkahwinan anak buahku. Anak bungsu kepada kakak sulungku. Majlis perkahwinan anak buahku ini berkonsepkan tradisional dengan pakaian adat dan makanan yang dihidangkan juga masih mengekalkan tradisi gotong-royong walaupun sekarang ni banyak pilihan catering.
Majlis dimulakan dengan Akad Nikah pada 17 Mac 2017 yang lalu. Diikuti dengan Majlis Bersanding pada 18 Mac 2017. Jom sama-sama kita tengok gambar-gambar semasa majlis tersebut. Gambar-gambar di bawah ni gambar sewaktu Majlis Nikah.
|
Kreatifkan...macam mana entah gambar ni boleh jadi macam ni (aku yang ambil gambar) |
|
Dengan anak-anak buah yang manis-manis semua |
|
My adik bungsu |
|
Alolo baby Kahfi cinonet jak di tengah2 |
|
Selepas selesai akad nikah |
|
Eh ehh anak mama kenapakah??? |
|
Gambar ramai |
|
My sis dengan anak2nya (baru lepas nangis ni) |
|
Mama, adik & anak buah Haiqal |
Seterusnya Majlis Bersanding pada 18 Mac 2017. Keluarga suami dari Brunei turut datang memeriahkan majlis, Alhamdulillah terima kasih semua. Di majlis ini pasangan pengantin menukar baju sebanyak 3 kali; pakaian Melayu, pakaian adat Dusun dan pakaian adat Bugis. Gambar-gambar dibawah ni ketika pengantin mengenakan pakaian Melayu berwarna hijau emas (temanya gold).
|
Pakaian Melayu |
|
Akulah tu Makcik Pengantin Perempuan |
|
Door Gift |
|
Cantik bunga telur ni |
|
From aunty to anak buah (Gift from Us) |
|
My laukong |
|
Mamaku sayang |
|
Si comel Kahfi anakku |
|
My adik bungsu |
|
My anak buah Fiha |
|
My anak buah Pipa |
|
My anak buah from left Fifi, Azza & Redha |
|
My lovely Sis in Law (2 dari kanan) Lisa |
|
My adik bungsu lelaki (tengah) Soleh |
|
My Brunei Family |
Haaa yang dibawah ni pakaian adat Dusun.
Since dah pakai baju Dusun tu mempelaipun kena paksa menari tarian Sumazau hahaha.
You can watch the video by clicking this ig link:
https://www.instagram.com/p/BRx_y9-BAZB1eV8-RzZi6Yhi9-JsRg_K7Ir_EA0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en
|
Pakaian Adat Dusun |
Yang ini pakaian adat Bugis, Khabarnya ada kisah disebalik pakaian ini. Sebenarnya bukan ini baju yang awalnya dipilih pengantin tetapi baju yang dihantar salah. Memandangkan kesuntukan masa dan tiada pilihan lain pengantin terpaksa memakai pakaian ini. Tetapi pakaian ini sangat cantik dan padan pula dengan pengantin. Nasib baiklah mood pengantin tak spoilt kan.
|
Pakaian Adat Kaum Bugis |
Antara makanan yang disajikan ketika majlis ini adalah kuih muih dan masakan kampung seperti kerabu pucuk betik, tuhau, sambal ikan masin dan banyak lagi. Tidak lupa juga sup bakso kakakku yang terlajaklah sedap.
Dari pagi sampai ke malam kami 3 beranak berkampung di sini badan mandi peluh, make up cair dan tudungpun biut sana sini hahaha. baby Kahfi pun kusut kepenatan kesian baby nak tidurpun payah sebab agak bising dengan karaoke dan orang ramai ke sana ke mari. Kami meninggalkan majlis sekitar jam 8 malam. Tak sempat melihat potong kek sebab tak larat sangat rasa nak pengsan pun ada hahaha. Tahniah anak buahku diatas mahligai yang dibina. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dapat cahayamata yang comel-comel Amiin ya Allah.
No comments:
Post a Comment