Monday, August 7, 2017

AidilFitri 2017 - Beraya di KiddieLand The Mall dan Jerudong Park

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Orang lain sibuk beraya ke rumah-rumah, tetapi kami pula beraya di Mall dan JP hahaha. OKlah tu kan?? Since tak ada tempat nak pergi beraya, aku mengambil kesempatan membawa anak-anak buahku bermain di WestPark KiddieLand The Mall dan Jerudong Park Playground. Di kampung mereka jarang dapat keluar bermain ke tempat macam ni.

Pada 4 Syawal kami ke Mall bermain di indoor playground KiddieLand. Best tempat ni cos ada ruang menunggu yang besar dan ada juga dijual minuman serta makanan ringan. Sementara kami menemankan anak-anak buah main, mak dan hubby duduk santai di ruang menunggu sambil makan fries. Aku selalu membawa baby Kahfi main di sini so dia memang sangat-sangat suka. Maklumlah orang baru dapat kaki. Diapun dah boleh stabilkan badan bila bermain. Memanjat tak usah cakaplah...itulah kepakaran dia sekarang ni walaupun tak berapa nak pro hehehe. Yang mama dia ni pun apa kurangnya ikut main macam budak-budak ahahaha.

BTW bayaran masuk ke sini cuma B$7 untuk kanak-kanak; separuh harga (B$3.50) untuk yang masih kategori bayi macam baby Kahfi. Orang dewasa tak payah bayar walaupun korang ikut main sekali dalam tu hehehe. One thing, make sure pakai stokin kalau tidak tak boleh masuk ke tempat permainan. But no worries di sini ada jual stokin juga (tak sure berapa harganya).






































Haaa ada juga aku record video dorang ni bermain tau. Nak tengok tak? Jom klik link ini https://www.instagram.com/p/BV6qgQlg7tOcwM2upCNFo-LkLk9EJYDs9ApJes0/?taken-by=krisyayusmira

Dah penat bermain, kami singgah lunch di Restoran Tindulang Mulaut. Restoran ni favourite encik suami especially Nasi Ayam Penyet dan sate. Dan sudah tentulah hubby makan ayam penyet. Akupun terjebak sama makan nasi tapi aku makan Kambing Panggang nyum nyum yummy siap ada cicah kicap tau itu yang buat sedap tu. Hmmm dah malar ke laut diet aku ni since Ramadhan. Dah start makan nasi dan makanan manis-manis.


Ikan Sweet and Sour

Kambing Panggang Dengan Nasi + Cicah Kicap (yummy)

Ayam Penyet
Pada 5 Syawal pula kami ke Jerudong Park Playground. Mahal juga tiket masuk untuk kami 5 dewasa dan 3 budak. Mak pun kena bayar tiket walaupun dia tak main apa-apa (as long as masuk ke dalam memang kena bayar) tapi mak bayar tiket special under warga emas dah lupa berapa tapi all and all kitorang bayar B$75 (ini dah kira harga promo tau) cos kitorang masuk ke Water Park juga sebab tu jadi mahal. Tapi bayaran ni dah cover semua permainan yang ada di dalam JP termasuk taman tema air. Firstly kitorang main double decker carousel dan pedal boat dulu cos Water Park belum buka. Then anak-anak buah sempat lagi main sekejap di playground berhampiran water park tu. Yang paling seronok baby Kahfi lah dia ni memang suka main air. Tak sabar-sabar dia nak menerpa masuk dalam air tu hahaha.

Gerbang Pintu Masuk JP















Selepas bermain double decker carousel dan pedal boat, kami beralih ke JP Water Park. Sempat lagi anak-anak buah bermain di mini playground berdekatan dengan water park tu.









Masa untuk bermain air dan bermandi-manda. Tadhaaaaa................





Dia merajuk sebab tak bagi turun main hehehe


Tak sabar nak main air lah tu
My Sis and My Mom


Reaksi TERUJA



Tengok tu nak jalan sendiri dan main sendiri

My sis and her sons

Amboiiii romantiknya babah



Apa kes ni??? hahaha

Excited main air


tu dia macam berlatih gimnastik pula hahaha


Anak buah Hani excited sangat sampai rambut mengerbang



close up...Kahfi is super duper happy

hahaaa yang ini dia paling suka



Haaa yang ni link video from my IG...let's see how happy they were playing around.

https://www.instagram.com/p/BV-KTHRgh29RrScfdrtpRBtV-pCSrpM5ikUyfs0/?taken-by=krisyayusmira

Selain tu, adik dan anak-anak buah ada bermain bumper car, ferris wheel dan junior coaster. Ishh berani betul dorang tau kalau akulah kena bagi duitpun aku tak mahu naik hahaha (penakut). Sebenarnya banyak lagi permainan boleh main tapi hari dah malam perutpun lapar. Kesian juga pada mak dia penat berjalan nasib baiklah ada train yang boleh dinaiki di sekitar JP untuk ke sana ke mari tak lah banyak sangat berjalan kaki.

My mom tengah berjalan

Naik train







Hahahaa besarnya mulut nganga...teriakkah atau ketawa tu?







Yang ni link from my IG; dorang main bumper car dan junior coaster.

https://www.instagram.com/p/BV-G1IgA_EZZZYsjCrd9H6wONVqdmeHeF_CezY0/?taken-by=krisyayusmira

https://www.instagram.com/p/BV-Ach2gSxJb8T5M5KboaZbk7x4yliLumeBsS80/?taken-by=krisyayusmira

Kami makan malam di Restoran Aminah Arif Jerudong. This is one of our favourite restaurant. Aku suka pakej makanannya B$16 set nasi berlauk complete with soup and lalapan (sambal & ulam). Kalau nak tambah menu lain just add on dan bayar extra.









Hahahaa panjangkan entri ni huhuhu...actually tak panjang manapun yang buat panjang tu cos gambar beribu-ribu lemon hehehe. Lepas dah makan tu of courselah terus balik rumah; kan dah penat plus kenyang so apa lagi mesti nak cari katil pula untuk buat peta dunia (tidur)....Zzzzzzzz...that's all for now...nanti sambung lagi entri lain pula. Chaooo!

No comments:

Post a Comment