Sunday, August 13, 2017

Cabaran 7 Hari Tanpa Minyak Masak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Semangat berkobar-kobar untuk melestarikan kisah Cabaran 7 Hari Tanpa Minyak Masak di blog ini hahaha. Mencabar diri sendiri atas faktor-faktor yang tidak dapat dibendung lagi iaitu berat badan yang semakin naik dengan lajunya, sendi-sendi yang mula terasa kebas-kebas dan rasa 'tidak sihat' yang berpanjangan. I've been through this all over again....again and again since 2013; since I was suspected 'rheumatoid arthritis' and confirmed obese. My weight back then is almost 90kg. What I did back in 2013 is ATKINS DIET which I managed to reduce my weight to 68kg. Tapi biasalah lumrah manusia selepas dah turun berat tu mulalah mentekedarah balik (makan tak ingat dunia) sampai tak sedar berat dah naik ke 72kg pada bulan Mac 2015. It was then when I found out on my pregnancy end of April 2015. Actually masa tu I'm planning to start back my Atkins tapi....well I bet you know It didn't happen due to my pregnancy. And walahhhh my weight reversed back to 2013 90kg to be proud off hahaha.

Selepas bersalin tu I'm struggling to reduce my weight and managed to bring it down to 75kg. Kemudian aku kembali berATKINS dan berjaya turunkan sehingga 66kg exactly 1 year ago. But then I was bored, disappointed and mad cause after that my weight went static even for a couple of months jangankan sekilo 2/3 gram pun tak ada turun...I hate it...I feel useless (I mean tak berbaloi aku berdiet) so akupun mula mentekedarah semula hahaha terukkan...and even worst I consumed too much 'sweet' (gula) eventhough I was warned to be careful with my blood sugar because I have a high tendency to get diabetes (During my pregnancy as early as 6 months I was marked "GDM On Insulin")

Tengok tu berat aku 1 tahun yang lalu...10/08/2016...66kg

And so aku dah totally wipe out Atkins. Meneruskan hidup seperti biasa dengan aktiviti makan yang melampau (you know what I mean....makan manis dan karbohidrat)...ironically I feel guilty and regret but at the same time rasa puas...enjoy makan sedap-sedap hahaha (weird humanbeing) kaaaaaan. And then berat aku berbalik semula ke 75kg hahaha (diet yoyo sangatkan). Dalam tempoh ini aku dah selalu rasa badan 'tak sihat' (tak sihat as in mudah pening kepala, rasa lemah, cepat penat, moody, etc). Also rasa kebas-kebas di tapak kaki, jari jemari pun sudah kembali. So I need to be firmed...I re-started my Atkins again and successfully obtained my 2016 weight (66kg) yeahhh happy mode! But then time puasa dan raya baru-baru ni dietku malar ke laut. I started consume karbohidrat especially nasi dan kuetiaw. Imagine masa Raya tu almost everyday aku mentekedarah melantak makan manis-manis, nasi dan semua makanan yang high-carbo. Aku dah rasa badan makin lama makin berat. Pakai heels pun rasa cepat sakit kaki, semut-semutan dan sampai berlaku cramping. Tapi I tell you once dah makan nasi dan makanan yang manis-manis ni rasa susah sangat untuk stop. Kena detox semula dan bermula lagi dari awal.

As always still I ignore the sign...masih ego dengan kepuasan membuncitkan perut ngehehehe. Dan aku tak dapat menepis godaan makan kuetiaw goreng ayam di Restoran Nadz, Kiarong tu kalau sehari tak makan aku rasa resah gelisah bagaikan makan tak kenyang mandi tak basah hahaha serious you all sedap gila (nyaman hantap kata org Kedayan Brunei) tiap-tiap hari aku sarapan benda alah tu macam manalah tak cepat gemuk huhhh! Until 1 fine day....last month 1st July 2017 to be exact. Masa tu kami laki bini membawa baby Kahfi ke klinik (review appointment). Dari jauh aku nampak penimbang berat tu melambai-lambai memanggil diriku. Pada mulanya aku buat-buat tak nampak hahaha tapi at last aku kalah. Hmmm sekali aku timbang ambik kau 70.2KG....what??? melopong aku terkejut dalam 2 bulan berat aku 'memius' (Bahasa Kedayan Brunei)@meroket/melaju.......naik lebih 4kg. Nah dari sinilah lamunanku tersentak....terhenti lamunan bila ku dikejutkan dengan beratku yang telah melonjak ke 70.2kg...aduii aku tertekan....tertekan....tertekan...tolong...tolong....tolong!!!

This is where the 7 Days Without Cooking Oil Challenge comes in. Aku menyahut cabaran diri sendiri cos aku tertanya-tanya kenapa setelah 66kg beratku menjadi statik langsung tak ada penurunan walaupun aku masih konsisten Atkins. And so....this is the story about my 7 days without cooking oil. But then it's not only about the 'cooking oil' yaa; it's more than that....

Aku memulakan cabaran ini pada 7/08/2017 (yes it tooks me a month to really boost my courage and strength to do it) and guess what when I started this challenge my weight is already turned to 71kg (sigh). So dari 7/08/2017 - 13/08/2017 (7 hari) aku hanya makan makanan yang direbus, dipanggang atau kukus sahaja. Langsung tidak menjamah makanan yang tinggi karbohidrat (nasi, mee, mihun, kuetiaw, roti, kuih-muih dan yang sekeluarga dengannya). Selain itu aku juga melakukan senaman (jogging/bristwalk) setiap hari (selepas kerja ambil baby di day care dan terus zoom ke Damuan untuk jogging). Thank you to my hubby yang support sanggup menjaga baby Kahfi waktu aku jogging....thank you so much...I heart you. Aku juga melakukan sit up sebanyak 100 kali selepas bangun tidur dan sebelum tidur  dan minum air putih 2-3 liter sehari. Oh yaa hampir terlupa aku juga minum teh hijau 2 kali sehari (sarapan pagi dan malam sebelum tidur). Dan hasilnya bila aku timbang pagi tadi 14/08/2017 this is the reading (senyum sampai ke telinga). Yeahh mission accomplished and successful.


Alhamdulillah I lost 7kg in 1 week...believe it or not
To make it clearer, I listed below the ways; manalah tahu kalau ada yang ingin mencuba: 
1. Makan masakan tanpa minyak selama 7 hari 7 malam (rebus/panggang/kukus)
2. Atkins Diet MENU iaitu NO SUGAR AT ALL dan TIDAK BOLEH makan semua jenis makanan yang tinggi karbohidrat (nasi, mee, mihun, kuetiaw, roti, kuih muih dan yang sewaktu dengannya)
3. Jogging/bristwalk - sekurang-kurangnya 30 minit sehari
4. Sit-up 100 kali setiap pagi dan sebelum tidur malam
5. Minum air 2-3 liter setiap hari
6. Minum teh hijau (kosong) 2 kali sehari

YES memang susah terutama sekali melawan RASA hendak makan itu ini tapi alah bisa tegal biasa, kalau betul-betul ingin melakukannya pasti BOLEH!

Yang ini gambar-gambar makanan yang aku makan selama 7 hari tu (menu yang diulang-ulang untuk breakfast, lunch dan dinner). Who knows it can inspires someone somewhere atau anyone anywhere.... sharing is caring! kan kan kan...Aku tengah entrikan resipi-resipi makanan ni dalam blog ni (My Page) tapi masih belum siap still in my Draft folder...nanti kalau dah siap aku akan copy paste link page tu disini for reference. Ok ini dia linknya (to be updated from time to time) https://yus-ain2.blogspot.com/p/my-own-resipi.html

Ayam rebus halia tanpa minyak

Ayam rebus halia tanpa minyak & sup bayam merah

Kerabu peria tomato


Ayam rebus halia bawang putih tanpa minyak

Sup ayam carrot tanpa minyak

Sup petola & isi ayam

Grilled GingerSalmonBlackPepper

Sawi tumis telur tanpa minyak

Bayam hijau tomato tumis tanpa minyak

Ayam Panggang 2 Benua

Kangkung tumis belacan tanpa minyak

Telur Kukus ala-ala Cup Cake

Telur kukus ala-ala cup cake & Kangkung tumis belacan tanpa minyak

Ayam masak kunyit tanpa minyak

Telur kukus udang blackpepper

Telur kukus udang blackpepper & Sambal lada udang tumis tanpa minyak

Telur separuh masak (2 biji)

Brokoli yogurt blackpepper (masak menggunakan microwave)

Brokoli Kukus & Ayam rebus halia tanpa minyak

Kobis tumis telur tanpa minyak

Salmon blackpepper (masak menggunakan microwave)
Aku minum Teh Hijau brand ni

Well aku akan berusaha untuk meneruskan makan tanpa minyak masak ni untuk sebulan ini  in shaa Allah (YES I CAN DO IT! AND YES YOU CAN DO IT TOO!). Mudah-mudahan aku dapat mencapai berat badan ideal yang sepatutnya iaitu 58kg Aamiin. Wish me luck....Adiooos....Amigos...Byeeeeee.
   


Wednesday, August 9, 2017

AidilFitri 2017 - Raya di Kota Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI https://yus-ain2.blogspot.com/2017/08/aidilfitri-2017-raya-di-brunei.html

Then 6 Syawal, kami balik ke Kota Kinabalu Sabah, menghantar dorang balik plus beraya di kampung pula. Nak dijadikan cerita berlakulah adegan yang telah melambatkan perjalanan kami. Setibanya kami di Imigresen Tedungan Malaysia, kami diarahkan untuk balik semula ke Brunei kerana passport hubby habis mukasurat (yang kosong cuma 1 mukasurat sahaja itupun dah ada 1 cop imigresen) aduiii macam manalah boleh lupa check passport. Tak pasal-pasal kitorang patah balik dan bergegas ke Imigresen Brunei untuk buat passport hubby. Dahlah queue sangat panjang kena tunggu 100 lebih orang baru turn hubby. Aduhh time tu kitorang dah tak senang duduk; dengan tak sarapan lagi (dah lebih jam 10 pagi). Kesian dengan mak dan anak-anak buah; baby Kahfi pun sama. Kami sendiri perut dah keriuk-keriuk. 

Excited nak balik kampung siap sedondon ready for Tahlil....malangnya tak sempat huhuuu sedih
Sebenarnya kitorang rushing nak balik sebab ada tahlil di kampung petang tu. Kalau ikutkan perjalanan biasa, kitorang boleh sampai di kampung sekitar jam 2/3 petang macam tu. Memang in time untuk tahlil. Tapi dah jadi macam ni hati memang dah tahu tak akan sempat sampai. Dah lah aku membawa barang-barang untuk dihidangkan nanti....kek, biskut dan minuman tin. Hmm nak marahpun tak ada gunanya. Mungkin ada hikmahnya perjalanan kami dilewatkan. Husnuzon pada Allah...siapa tahu mungkin kalau jalan awal ada halangan di jalan atau mungkin ada masalah-masalah lain yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik.  

Alhamdulillah akhirnya settle juga urusan membuat passport hubby. Sementara menunggu passport siap, kami ke Restoran Yusof di Delima untuk mengisi perut. Masing-masing dah lapar tahap gaban. Sekitar jam 11.40 hubby terima message passport dah siap. Kami tinggalkan dorang yang lain di restoran tu (dorang masih makan) dan bergegas ke Imigresen untuk mengambil passport hubby. Selepas tu barulah kami kembali semula ke restoran dan bertolak ke sempadan. Seperti yang dijangka, kami tiba di kampung dah malam sekitar jam 8 malam; tahlil dah selesai dan orang-orang kampungpun ramai yang dah balik. But still sempat hidangkan makanan yang aku bawa. lebihannya bahagi-bahagikan pada adik beradikku. We are so tired, sleepy and hungry...mencekik, makan tak ingat dunia hahaha. Moral of the story...selalulah check dokumen-dokumen penting anda siapa tahu mungkin dah expire, pages habis atau tak cukup muka surat (trust me you have no choice but to do a new one....Imigresen tak akan bagi muka punya) so better beringat sebelum kena. 

Well lupakan kisah yang menyesakkan dada ini huhuuu let's share our Raya stories in my kampung pula. Since kitorang terlepas tahlil tak sempatlah aku nak gambar itu ini. Cuma sempat gambar hujung-hujung dan time dorang main bunga api. Seperti biasa kami memang #teamhavoc riuh sekampung hahaha.

Ini jak yang sempat digambar....tahlil dah selesai tetamu dah balik huhuuu kesian kami kan
Si kecik ni inda pandai penat sampai2 terus bermain





Ini link dari my IG dorang ni sibuk main mercun....jangan report polis pula yeee hohoho...

https://www.instagram.com/p/BWEA-57gOcwBxhZzKOfoLhUDEZNl4pR0jZhyfw0/?taken-by=krisyayusmira

The next day pula kitorang pergi beraya ke rumah makcik di Papar sambil-sambil berziarah, rumah kawan my sis dan rumah abang my BFF di Kg. Ketiau.










Tengok tu bukan main lagi mcm budak besar jak mau main basikal

My anak2 buah yang cantik with my hubby
















Bergambar berdua dulu sementara si baby tidur


Alolooo baby Kahfi tidurlah pula

Nasi Arab yang sangat sedap (sampai licin kami kebas) hahaha...Thanks Bro Wahid; pandainya masak untung bini hang hehehe
Haaa di rumah Bro Wahid ni sempat lagi kitorang karaoke tapi aku tak dapat nyanyi cos hilang suara (tiba-tiba pula boleh hilang suara) I guess sebab banyak makan manis dan minum sejuk kot. Yang menyanyi abang ipar dan anak-anaknya; boleh tahan dorang ni menyanyi tau suara sedap-sedap.

Just click the link to my IG below to see the karaoke video:

https://www.instagram.com/p/BWEPwm6AzOkKvGOzBo3rKCFR4Bp0v5epN7tf6I0/?taken-by=krisyayusmira

Then pada 8 Syawal pula kitorang beraya di rumah kakakku, Kak Aidah. Dorang ni lah yang karaoke di rumah Bro Wahid tu. Haaa jangan marah sambung karaoke pula di rumah sendiri. My sis ni sangat pandai memasak jadi ada orang tu makan sampai tak ingat dunia. Siapa? Siapa? Siapa?...hahahaa akulah siapa lagi?


Pakai baju biasa sahaja...no more theme colour hehehe
 







Bakso....sedapnya sehingga nak pengsan kesedapan hahahaa


Below is the link to my IG for the karaoke videos:

https://www.instagram.com/p/BWGlm4CgCx7K1MOIEBaD_Xi5GQBzIopIDOWEtw0/?taken-by=krisyayusmira

BTW korang tak percaya ekk suara aku hilang? Bukannya totally hilang cuma suara aku jadi sarut (rock steady). Tak percaya tengok video ni
https://www.instagram.com/p/BWG1pf_ghdwYbz5DVQKOqQ3536GZwhlsBQ6Fq40/?taken-by=krisyayusmira


9 Syawal tu kitorang bertolak balik ke Brunei; sekejap sangat rasanya cuma 3 hari di kampung entah bila lagi dapat balik sob sob (nak nangis boleh tak???) huhuuu.

Yang ni video Kahfi sebelum kitorang bertolak balik. Dia ni suka sangat dengan kucing. Ketawa besar dia tengok kucing bersin hahaha. Macam-macam karenah dia di kampung tapi Alhamdulillah dia tak kekok sebaliknya dia sangat seronok berada di kampung.

https://www.instagram.com/p/BWGyh0ngJllAKTZ87sOpHmdVR-ufQ9Ja_z7qdY0/?taken-by=krisyayusmira

Yang ini dia bye bye ayam. Boleh dengar suara aku yang masih ala-ala ratu rock Ella hahaha.

https://www.instagram.com/p/BWGtATIAj-Qte1XBxzUkvXJWOmgSUg02-N1EAs0/?taken-by=krisyayusmira


OK itulah sahaja kisah aku di AidilFitri 2017 ni. In shaa Allah ada umur panjang, ada rezeki bertemu dengan Ramadhan dan Syawal ditahun depan. Semoga Allah izin Aamiin. BTW lupa pula nak share gambar angpau@duitraya Kahfi tahun ni (ini harus dishare kalau tidak tak afdal posting ni) ngeehhh syok sendiri hahahaa.

Duit Raya Kahfi di Brunei....Alhamdulillah


Duit Raya Kahfi di KK....Alhamdulillah