Tuesday, January 24, 2017

Cuti-Cuti Baby Kahfi: Part 6 (7/01/2017) - Zoo Lokawi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Pada 7/01/2017 pula last day kami di KK; kami ke Zoo Lokawi. Kalau tak salah ini kali ke-3 aku ke zoo ni. Hmmm tak sangka keadaan di zoo ni tersangatlah mengecewakan; terlalu daif (seperti lebih teruk dari padang jarak padang tekukur) hehehe. Sepatutnya semakin lama apa lagi di awal tahun baru 2017 zoo ini semakin berkembang dan lebih menarik minat pelancong tetapi apa yang disajikan mata, telinga dan hidung malah segala-galanya terlalu menyedihkan. Kawasan persekitaran seperti terbiar tidak dijaga. Bau najis binatang begitu tajam menusuk. Keadaan ini benar-benar menggamit rasa tidak puas hati dan mengundang tanda-tanya sejauh mana faktor kebersihan dan keselamatan di sini. Sudah pasti najis-najis binatang ini bila tidak diuruskan dengan cara yang betul akan bertukar menjadi gas yang merbahaya pada kesihatan. Apatah lagi yang sering mengunjungi tempat ini adalah kanak-kanak. Adalah sangat tidak patut aspek kebersihan diletak ke tepi.

Jujur, aku merasa sangat tidak berpuashati. Bayaran yang dikenakan boleh dikategorikan agak mahal. Aku rasa bagi pelancong asing, ini benar-benar tidak berbaloi dan memalukan. Serius, keadaan di seluruh zoo ini terlalu menyedihkan. Binatang-binatang yang ada juga seperti tidak terjaga. Burung untanya kurus melidi seperti tak cukup makan. Burung merak yang dahulunya begitu cantik seperti telah hilang serinya. Gajah-gajah yang ada juga kelihatan kurus dan tidak terurus. Apa lagi keldai tua yang ada di zoo ini sejak ia mula dibuka kelihatan begitu uzur dan tua macam sakit terukpun ada. Hmmm kalau ikutkan hati nak saja aku keluar tapi memandangkan tiket dah bayar mahal aku kuatkan semangat untuk meredah bau busuk dan semua senario yang menyedihkan itu.

One more thing trem (keretapi) pun rosak dan tidak diselenggara dengan baik. Aktiviti naik gajah juga telah lama dihentikan menurut penjaga kaunter tiket. Nampak sangat zoo ini tidak beroperasi dengan sempurna. Apakan daya kami terlanjur datang dan tanpa sengaja terpaksalah kami meneruskan aktiviti menjelajah zoo ini. Memang tak selesa dengan panas yang membara diselubungi pula oleh bau busuk. Kasihan pada baby Kahfi dan anak-anak buahku yang masih kecil. This is really a bad pollution to the atmosphere and the surroundings. Sorry to say....but this is real!

OKlah enough with curhat yang menyakitkan hati ini. Jom lah tengok gambar-gambar semasa kami di sana. Ada video juga yang aku sempat ambil.

OTW....bersama kanak-kanak ria






The Trio...baby Kahfi, babah & mama



Di Pintu Masuk...Nampak gah dari luar

Trem yang Nampak cantik tapi tidak berfungsi


Inipun tidak berfungsi....apapun tak ada huhhh!

Rangka haiwan ni dah Nampak macam vintage
Gajah semua slim

Burung unta yang kurus melidi


Beruangpun kurus



Tengok....harimaupun kurus kering


Di luar sebelum entrance....Nampak gah kan tapi....hmmm

Seladang yang sdh tua

Orang Utan nampak tak ceria


Burungpun tak berkicau







Sedihnya tengok....dulu masa first datang montok jak burung unta ni






Rusa pun mengurus....tak kan semua binatang diet
















Like mother like daughter....kakak ipar Kak Mia dan anak daranya Hani











Kesian....tua dan kurus



Anak buah....Hadira





Burung ni jak yang agak ceria





Hmmm Hilang seri......
















Yang ni videonya (still struggling to upload the video)....malar error....will keep on trying.

Hmmm since video tak dapat upload (file too big katanya), so I just share the link from my IG. Feel free to click the link below yaa.

Part 1

Part 2

Part 3

Aku benar-benar berharap agar pihak pengurusan zoo ini akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan yang menyeluruh serta menumpukan perhatian pada pengurusan operasi yang lebih cekap, bersih dan tersusun. Sesungguhnya zoo ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negara Malaysia khususnya di Sabah. Adalah tidak wajar keceriaan dan keindahan zoo ini dibiarkan tercemar oleh sistem pengurusannya sendiri.... sangat-sangat mengecewakan!!! Please wake up do something!!!

P/s: This blog and all entries (especially this one) is only my PERSONAL opinion. It doesn't represents others and the words used to describe my feeling and my thinking is solely from me without any influence from others. If you feel unhappy or disagree with me, feel free to comment. Thanks.